Arsenal meneruskan rentak kemenangan mereka bagi mencari slot ke kejohanan Eropah musim hadapan dan dua kekalahan awal selepas Premier League kembali bersambung makin dilupakan.
Kesilapan bukan-bukan penjaga gol Norwich City, Tim Krull telah dihukum oleh Pierre-Emerick Aubameyang dengan satu tolakan mudah tanpa rasa melekit.
Granit Xhaka kemudian menggandakan kedudukan dengan satu rembatan dari sudut sempit. Separu masa pertama Arsenal mendahului Norwich CIty dengan dua gol.
14 – Pierre-Emerick Aubameyang has scored 14 goals in his last 14 games against sides starting the day in the relegation zone. Reaper. pic.twitter.com/KXxMfEOvXW
— OptaJoe (@OptaJoe) July 1, 2020
Pierre-Emerick Aubameyang terus menjarakkan kedudukan dengan jaringan kedua peribadi juga melalui satu gol mudah.
Kesilapan Josip Drmic membuat hantaran ke kotak penalti sendiri mengundang padah apabila bola sampai ke kaki Pierre-Emerick Aubameyang yang tidak dikawal.
Pierre-Emerick Aubameyang mencipta rekod tersendiri apabila menjadi pemain Arsenal paling pantas menjaringkan 50 gol di Premier League.
50 – Pierre-Emerick Aubameyang has scored his 50th Premier League goal in fewer appearances (79) than any other @Arsenal player, and is the 6th fastest to this total among all Premier League players. Clinical. pic.twitter.com/YWjDZJzFsP
— OptaJoe (@OptaJoe) July 1, 2020
Hanya 79 perlawanan diperlukan Aubameyang untuk menjaringkan 50 gol.
Secara keseluruhan berada ditangga kelima di belakang Andrew Cole, Alan Shearer, Ruud Van Nistelrooy, Fernando Torres dan Muhamad Salah.
Cedric Soares yang membuat debut selepas kembali daripada kecederaan panjang menjaringkan gol keempat. Debut gol buat pemain muda ini.
Hanya 229 saat diperlukan Cedric Soares untuk menjaringkan gol dalam debutnya bersama ARSENAL.
Line-up Arsenal 4-0 Norwich City
Arsenal: Martinez, Mustafi (Holding 45), Luiz, Kolasinac, Bellerin (Cedric 77), Ceballos, Xhaka, Tierney, Nelson (Willock 57), Lacazette (Nketiah 62), Aubameyang (Pepe 82)
Subs: Macey, Sokratis, Maitland-Niles, Saka
Norwich: Krul, Aarons, Godfrey, Tettey, Lewis, Trybull (Idah 45), Buendia (Hernandez 45), Rupp (Vrancic 75), McLean, Cantwell (Stiepermann 75), Pukki (Drmic 45)
Subs: Duda, McGovern, Thomas, Martin