Premier League 2020/21: Arsenal 0-1 Burnley

Arsenal meneruskan aksi yang penuh kelakar di Premier League dan teruk membuktikan kepada dunia bahawa mereka adalah satu pasukan bola sepak yang lemah dan lembik.

Di Europa League bukan main bermaharajalela dengan mencatatkan 100 peratus kemenangan di Kumpulan B dengan 20 gol dan 5 bolos dalam 6 perlawanan.

Tapi pasukan di kumpulan B Europa League tu hanyalah Molde, Rapid Wien dan Dundalk, entah koran pernah dengar tak nama kelab-kelab ni.

Bermain teruk dan buruk benda biasa dalam bola sepak namun jika mengutip kad merah dan tewas pula dengan gol sendiri, itu malapetakan dan bencana.

Dalam perlawanan ini Arsenal menguasai perlawanan dengan 64 peratus penguasaan bola dan pada separuh masa pertama Arsenal melakukan 8 percubaan dan hanya satu percubaan tepat.

Burnley pula tidak berjaya melakukan percubaan tepat langsung dalam dua percubaan mereka.

Mungkin merasakan Arsenal hebat dan menguasai perlawanan, Granit Xhaka telah mengutip kad merah pada minit ke-56.

Xhaka telah mengasari Dwight McNeil menyebabkan para pemain mula menolak sesama sendiri sambil menjerit dan Xhaka dilayangkan kad kuning.

Pemain Switzerland itu telah mencekik leher Ashley Westwood dan menolaknya ke tanah. Ganas.

Namun Video Assistant Referee(VAR) telah membuat semakan dan membatalkan kad kuning tersebut untuk satu kad merah dan menghalau Xhaka keluar dari padang.

Mohamed Elneny terselamat dari kad merah selepas membuat satu tindakan bodoh sebelum gol sendiri terhasil dan hanya dilayangkan kad kuning.

Sepakan penjuru Ashley Westwood telah berjaya mencari kepala Pierre Emerick-Aubameyang yang sedang kemarau gol yang memasuki tahap kemaruk.

Tidak dapat jaringkan gol lawan, maka gol sendiri menjadi sasaran Pierre Emerick-Aubameyang. Betul-betul kemaruk gol sehingga tak kenal mana gawang sendiri.

Jaringan Aubameyang itu sudah cukup untuk mengutip 3 mata berharga dan terus mengeluarkan diri dari zon penyingkiran.

Kekalahan ini menyebabkan Arsenal terus kekal ditangga ke-15 liga dan hanya 5 mata sahaja dari zon penyingkiran.

Arsenal memulakan musim ini dengan baik apabila menyambung momentum musim lalu dengan beberapa kemanisan bola sepak sehingga memunculkan kembali penyokong mereka.

Penghujung musim lalu mereka berjaya menewaskan Manchester City, Liverpool dan muncul juara Piala FA lalu Mikel Arteta disanjung tinggi.

Awal musim juga menyaksikan mereka memuji pendekatan Arteta yang bermain tidak cantik tapi mencipta kemenangan.

Kini dah la main tak cantik, kalah pula tu dan lawan menang sebab penyerang sendiri yang kemarau gol jaring gol sendiri.

Arsenal (4-2-3-1) Leno; Bellerin, Holding, Gabriel, Tierney; Elneny, Xhaka; Willian, Lacazette, Saka; Aubameyang.

Substitutes: Runarsson, Mustafi, Ceballos, Maitland-Niles, Willock, Smith Rowe, Nketiah.

Burnley (4-2-3-1) Pope; Lowton, Tarkowski, Mee, Taylor; Brownhill, Westwood; Brady, Rodriguez, McNeil; Wood.

Substitutes: Peacock-Farrell, Pieters, Long, Dunne, Benson, Barnes, Vydra.

Referee Graham Scott.

BACA:  Kisah Jurulatih Korea Utara Tergamam Saat Emmanuel Eboue Faham Bahasa Korea