Pertemuan antara Liverpool menentang Arsenal menjadi perlawanan tumpuan minggu ini di kaca televisyen dan merupakan perlawanan yang paling banyak gol terhasil dalam sejarah Premier League iaitu 166 gol.
Daripada jumlah 166 gol yang dihasilkan daripada 57 perlawanan ini hanya 72 milik Arsenal dan baki selebihnya iaitu 94 gol lagi menjadi milik Liverpool.
Diharap perlawanan kali ini akan terus melebarkan rekod sebagai perlawanan paling banyak menghasilkan gol.
166 – No fixture in Premier League history has seen more goals scored than Arsenal vs Liverpool (166). 94 of these goals have been scored by Liverpool, the most goals the Gunners have shipped against a single opponent in the competition. Popcorn. pic.twitter.com/msKYWXa7Eo
— OptaJoe (@OptaJoe) April 2, 2021
Rekod Liverpool apabila bertemu Arsenal di laman lawan tidaklah begitu cantik, Liverpool hanya menang dua kali daripada 20 perlawanan ditempat Arsenal dengan 9 kekalahan dan 9 seri.
Liverpool hanya menang 2-0 pada Ogos 2011 dan kemudian 5 tahun kemudian pada Ogos 2016 dengan jaringan 4-3. Jaguh kampung?
Mampukah Liverpool mencatatkan kemenangan di Emirates dan ini sesuatu yang wajib dilakukan jika mahu beraksi di Eropah musim depan.
2 – Liverpool have won just two of their last 20 Premier League away games against Arsenal (D9 L9), winning 2-0 in August 2011 and 4-3 in August 2016. Uncommon. pic.twitter.com/ijPkdkqDDk
— OptaJoe (@OptaJoe) April 3, 2021
Sejak awal permainan selepas wisel permulaan ditiup pengadil tiada aksi menarik yang dipamerkan oleh kedua-dua pasukan dan tiada sebarang percubaan tepat terhasil.
Arsenal terus tidak melakukan apa-apa percubaan hanya tenang menunggu permainan pressing Liverpool yang nyata membuatkan permainan menjadi bosan.
Insiden paling menarik selepas 20 minit permainan adalah selepas Alexandre Lacazette telah berdarah dibahagian mata selepas disiku secara tidak sengaja oleh Nathaniel Phillips.
Arsenal touched the ball just once in the Liverpool penalty area in the first 25 minutes. pic.twitter.com/S99UZnOqxz
— Squawka Football (@Squawka) April 3, 2021
Memasuki minit ke-26 sundulan yang teramat lemah yang mudah dirigat Bernd Leno daripada Sadio Mane menjadi percubaan paling menarik setakat ini.
Percubaan Roberto Firmino menyusul selepas hantaran cantik beliau kepada Mohamed Salah sebelum itu mudah dipatahkan oleh Arsenal.
Rasanya percubaan pemain veteran Liverpool, James Milner menjadi percubaan paling berbahaya pada separuh masa pertama namun tidak menemui sasaran walaupun agak padu rembatan dilepaskan.
1 – Arsenal attempted just one shot in the first half of a Premier League home game for the first time since November 2015 vs Spurs. Pinned. #ARSLIV
— OptaJoe (@OptaJoe) April 3, 2021
Tempoh 15 minit pertama diseparuh masa kedua tiada apa yang berubah permainan masih membosankan sehinggalah Diogo Jota masuk menggantikan Andrew Robertson pada minit ke-61.
Hanya tiga minit sahaja diperlukan Diogo Jota di padang untuk memecahkan kebuntuan dengan gol pembukaan perlawanan melalui satu sundulan sesedap rasa.
Hantaran cantik Trent Alexander-Arnold yang Jurgen Klopp bandingkan dengan Lionel Messi tepat mencari kepala pemain kebangsaan Portugal itu.
9 – Mohamed Salah has been directly involved in nine goals in nine Premier League appearances against Arsenal, scoring seven and assisting two more. Consistency. #ARSLIV pic.twitter.com/6GLSPcoa0w
— OptaJoe (@OptaJoe) April 3, 2021
Empat minit kemudian Mohamed Salah menggandakan kedudukan dengan satu gol yang sangat jahat apabila melalukan bola dibawah telur Bernd Leno untuk gol kedua.
Gabriel gagal untuk membentes Mohamed Salah yang liar hanya berhadapan dengan Bernd Leno dan ruang yang sempit antara celahan kaki Leno yang mengepit menjadi sasaran Salah.
Berbaki lapan minit permainan masa sebenar, Diogo Jota terus membuktikan kejaguhan dengan gol kedua peribadi dan gol ketiga perlawanan.
4 – Diogo Jota has scored four Premier League goals against Arsenal, against no side has he netted more in the competition. Poacher. pic.twitter.com/klF3AHWWJO
— OptaJoe (@OptaJoe) April 3, 2021
Sememangnya kemasukan Diogo Jota telah mengubah perlawanan dan menajamkan ketumpulan penyudah Liverpool dan gol pertama Jota menambah keyakinan anak buah Jurgen Klopp.
Jota merupakan pemain yang membawa Liverpool menjadi juara krismas sebelum menjadi sendu, sesendu-sendunya kerana kecederaan yang dialami Jota.
Selepas Jota kembali, Liverpool juga kembali pandai menjaringkan gol dan mengutip mata berharga dan ini merupakan margin kemenangan terbesar Liverpool ke atas Arsenal di tempat lawan.
Arsenal: Bernd Leno, Calum Chambers, Rob Holding, Gabriel, Kieran Tierney, Thamos Partey, Daniel Ceballos, Nicolas Pepe, Martin Odegaard, Pierre-Emerick Aubameyang, Alexandre Lacazette.
Subs: Hector Bellerin, Willian, Cedric Soares, Pablo Mari, Reiss Nelson, Mohamed Elneny, Edward Nketiah, Matthew Ryan, Gabriel Martinelli.
Liverpool: Alisson Becker, Trent Alexander-Arnold, Nathaniel Phillips, Ozan Kabak, Andrew Robertson, Thiago Alcantara, Fabinho, James Milner, Mohamed Salah, Roberto Firmino, Sadio Mane.
Subs: Giorginio Wijnaldum, Naby Keita, Adrian, Alex Oxlade-Chamberlain, Curtis Jones, Diogo Jota, Konstantinos Tsimikas, Xhredan Shaqiri, Rhys Williams.
Referee: Martin Atkinson (W Yorkshire).