Premier League 2020/21: Arsenal 3-1 Aston Villa

Arsenal malalui jalan kebenaran apabila kembali ke landasan kemenangan dan mara ke kedudukan pertengahan Premier League dengan kemenangan 3-1 ke atas Aston Villa di Stadium Emirates.

Pasukan bimbingan Mikel Arteta bermula buruk musim ini apabila tewas dalam tiga perlawanan pertama dan menang tiga perlawanan berikutnya sebelum mencatatkan dua keputusan seri dalam dua perlawanan terakhir.

Arsenal telah memenangi lima perlawanan dalam tujuh perlawanan terakhir di Stadium Emirate dengan satu kalah dan satu seri.

Selepas mencatatkan keputusan yang bernasib baik apabila seri 2-2 ketika menentang Crystal Palace pada pertengahan minggu Arsenal membuka perlawanan minggu ke sembilan menentang Aston Villa.

Tanpa aksi Eropah, Arsenal kini boleh dianggap sebagai pasukan pengisi kekosongan aksi bola sepak apabila bermain di pagi hari selasa dan juga awal pagi sabtu.

Arsenal telah menggegarkan jaring terlebih dahulu namun dibatalkan kerana offside dan Thomas Partey akhirnya membuka tirai jaringan dengan menyudahkan umpanan Emile Smith-Rowe.

Ini merupakan gol pertama Thomas Partey sejak menyertai Arsenal dari Atletico Madrid musim lalu selepas 40 perlawanan dalam semua kejohanan melalui percubaan ke-49.

Bekas penjaga gol Arsenal, Emiliano Martinez melakukan penyelamatan yang baik untuk menafikan Bukayo Saka namun terciduk lagi akhirnya sebelum rehat.

Matt Targett telah menjatuhkan Alexandre Lacazette dalam kotak penalti namun tidak diendahkan pengadil pada awalnya dan mujur ada Video Assistan Referee (VAR).

Keadilan telah berjaya ditegakkan oleh VAR lalu memberi sepakan penalti diatas penganiayaan dilakukan ke atas Alexandre Lacazette.

Pierre-Emerick Aubameyang gagal menjaringkan sepakan penalti pada penghujung separuh masa pertama apabila sepakannya berjaya ditepis oleh Emiliano Martinez.

Namun bola muntah kembali kepada Pierre-Emerick Aubameyang yang terus menolak masuk untuk gol kedua Arsenal. Hanya Mohamed Salah yang menjaringkan gol lebih banyak berbanding Pierre-Emerick Aubameyang di Premier League setakat ini.

Sebelas minit bersambung babak kedua, Emile Smith-Rowe terus menjarakkan kedudukan dengan gol ketika hasil bantuan gol daripada Pierre-Emerick Aubameyang.

Pemain gantian Aston Villa, Jacob Ramsey yang masuk menggantikan Emiliano Buendia telah berjaya menjaringkan gol pertama Aston Villa namun gol tersebut hanya mampu menjadi gol saguhati.

Jacob Ramsey melencongkan rembatan menarik melepasi Aaron Ramsdale lapan minit sebelum tamat permainan dengan menyempurnakan suapan padu Leon Bailey.

Tiada aksi kebangkitan dari Aston Villa selepas Jacob Ramsey mengurangkan defisit gol sehinggalah tamat perlawanan.

Jacob Ramsey menjaringkan gol pertama beliau untuk Aston Villa selepas 30 penampilan dan Jacob Ramsey (20 tahun 147 hari) menjadi pemain termuda Aston Villa menjaringkan sejak Jack Grealish (20 tahun 3 hari) melakukannya pada September tahun 2015.

The Gunners melebarkan rekod tanpa kalah mereka di Premier League kepada enam perlawanan dan memberi melebarkan kekalahan Aston Villa kepada tiga perlawanan berturut-turut selepas liga kembali bersambung.

Kemenangan ini melonjakkan Arsenal ke tangga ke-9 dengan 14 mata berkongsi mata dengan Manchester United, West Ham United dan Everton lalu mewujudkan kembali peminat mereka ke alam nyata selepas menghilang entah ke mana.

Kesebelasan utama Arsenal : Ramsdale, Tomiyasu, White, Gabriel, Tavares, Lokonga, Partey, Saka, Smith Rowe, Aubameyang, Lacazette

Pemain simpanan : Leno, Holding, Cedric, Maitland-Niles, Kolasinac, Elneny, Pepe, Odegaard, Martinelli

Kesebelasan utama Aston Villa : Martinez, Cash, Konsa, Tuanzebe, Mings, Targett, Douglas Luiz, McGinn, Buendia, Ings, Watkins

Pemain simpanan : Steer, Hause, Young, Nakamba, Sanson, Ramsey, El Ghazi, Bailey, Archer

BACA:  Legenda Arsenal Yakin Manchester United Akan Jadi Lauk Arsenal Malam Ini