Premier League 2020/21: Aston Villa 1-3 Manchester United

Manchester United turun bermain untuk perlawanan pertama dari tiga perlawanan dalam tempoh lima hari menentang Aston Villa demi memenuhi kepdatan jadual perlawanan.

Ole Gunnar Solskjaer mengecam orang yang mengatur jadual dan menyifatkan individu tersebut tidak pernah bermain bola sepak dan menyatakan mustahil untuk pemain bertahan secara fizikal dengan jadual sepadat ini.

Manchester United garang dari awal permainan seakan-akan Ole Gunnar Solskjaer mahukan kemenangan dalam tiga perlawanan yang padat ini dan mengesahkan tempat selaku naib juara dan fokus kepada perlawanan akhir Europa League.

Setan Merah mengasak dengan percubaan dari Mason Greenwood kemudian Luke Shaw pula merembat sebelum Paul Pogba mencuba lemah dengan kaki kiri.

Selepas itu Aston Villa perlahan-lahan mendapat rentak dan mula menyerang kembali dan berjaya mendapatkan beberapa sepakan penjuru.

Perlawanan kemudian menjadi tenang dan mula memasuki fasa sendu dan membosankan. Bola banyak berlegar dikawasan tengah sahaja.

Pada minit ke-24 menyaksikan Aston Villa mendahului melalui rembatan Bertrand Traore yang gagal dikekang Victor Lindelof.

Mason Greenwood datang dari sebelah kanan dan melepaskan rembatan kencang namun berjaya ditepis Emilio Martinez dan dikeluarkan oleh Ezri Konsa, rasanya inilah percubaan paling padu Setan Merah diseparuh masa pertama.

Sebelum tamat perlawanana Ollie Watkins sempat melakukan satu rembatan dari luar kotak penalti namun berjaya diselamatkan Dean Henderson.

Seperti awal permainan, tempoh lima minit separuh masa kedua ini berlangsung rancak dengan saling berbalas serangan dan percubaan mengancam terhasil.

Douglas Luiz telah menjatuhkan Paul Pobga seleas menerima hantaran dari Aaron Wan Bissaka dan Pogba yang berpuasa itu akhir jatuh selepas beberapa kali diasak dalam kotak penalti. Liat betul Pogba ni nak jatuh.

Tiada masalah buat Bruno Fernandez yang merupakan pakar sepakan menyamakan kedudukan dengan menghantar Emi Martinez terbang ke arah bertentangan.

Empat minit hantaran Aaron Wan Bissaka kepada Mason Greenwood tidak dibazirkan lagi dengan rembatan kaki kiri dan sekali lagi Emi Martinez tewas.

Dalam tempoh emapat minit sahaja Manchester United berada di depan. What a comeback?

Harry Maguire mengalami kecederaan selepas berlaga dengan pemain Aston Villa yang dikasari oleh Edison Cavani. Permainan dihentikan dan Maguire diberikan rawatan sebelum kembali ke padang.

Selepas masuk semula belum sempat permainan dimulakan Maguire terduduk di padang dan tidak mampu meneruskan perlawanan. Eric Bailly masuk menggantikan Maguire.

Kebimbangan Ole Gunnar Solskjaer telah terjadi dengan kepadatan jadual dan semoga kecederaan Harry Maguire tidak teruk.

Edison Cavani yang masuk menggantikan Mason Greenwood menjaringkan gol ketiga melalui satu tanduk tajam menyudahkan umpanan Marcus Rashford.

Ini merupakan gol kelapan Edison The El Matador Cavani dalam tujuh perlawanan untuk semua kejohanan bersama Manchester United.

Aston Villa bermain 10 orang selepas Ollie Watkins dilayangkan kad kuning kedua selepas melakukan simulasi ketika perebutan bola dengan Dean Henderson.

Kebangkitan sensasi kali ke-10 Manchester United musim ini dan kemenangan yang terus menangguhkan kejuaraan Manchester City secara sah kepada satu perlawanan lagi.

Manchester United kini hanya memerlukan satu lagi kemenangan daripada baki empat perlawanan untuk mengesahkan tempat kedua mereka selaku naib juara.

Aston Villa (4-2-3-1): Martinez; Cash, Konsa, Mings, Targett; Douglas Luiz, McGinn; Traoré, Barkley, El Ghazi; Watkins.

Subs: Heaton, Wesley, Nakamba, Elmohamady, Hause, Davis, Ramsey, Philogene-Bidace, Chukwuemeka.

Man Utd (4-2-3-1): Henderson; Wan-Bissaka, Lindelöf, Maguire, Shaw; McTominay, Fred; Greenwood, Bruno Fernandes, Pogba; Rashford.

Subs: De Gea, Bailly, Cavani, Mata, Alex Telles, Matic, Williams, van de Beek, Tuanzebe.

Baca Juga

Baca Juga