Premier League 2020/21: Brighton & Hove Albion 1-1 Liverpool

Pasukan paling power di muka bumi, Liverpool turun menentang Brighton & Hove Albion dengan hati yang terluka selepas tewas kepada Atalanta sebuah kelab dari Serie A di saingan Champions League.

Selepas kembali dari rehat untuk memberi laluan kepada perlawanan antarabangsa, Leicester City yang merupakan pasukan agak liat mudah ditewaskan Liverpool dengan jaringan 3-0.

Penyokong Liverpool mendabik dada dan meanggap pasukan sokongan mereka terlalu unggul kerana menang mudah walaupun kehilangan tonggak utama kerana kecederaan.

Beberapa hari kemudian mereka tewas kepada Atalanta dan lebih menarik Liverpool gagal mencatatkan sebarang percubaan tepat dalam perlawanan itu. Kosong.

Lalu para penyokong Liverpool meratib mereka kalah sebab ramai pemain mereka cedera, penyokong Liverpool kan apa kau nak harap?

Liverpool bermula yakin dan menghiburkan seperti biasa pada awal perlawanan namun Brighton & Hove Albion bukanlah kayu dalam bermain bola sepak.

Hantaran lolos membunuh telah berjaya menemui Aaron Connolly yang hanya berdepan Alisson Becker sahaja dalam situasi satu lawan satu.

Tapi sayang lencongan bola yang dilakukan oleh Conolly gagal menemui sasaran.

Brighton & Hove Albion beroleh peluang keemasan lagi apabila pengadil menghadiahkan sepakan penalti selepas Neco Williams menjatuhkan Aaron Connolly.

Namun Neal Maupay gagal menyempurnakan sepakan penalti apabila sepakannya tersasar walaupun sudah berjaya menghantar Alisson Becker terbang ke arah yang salah.

Beberapa minit selepas itu Maupay telah dikeluarkan bukan kerana gagal menjaringkan penalti tetapi disebabkan oleh kecederaan.

Liverpool akhirnya berjaya berada dihadapan pada minit ke-34 bermula daripada sepakan Alisson mencari Roberto Firmino yang melambungkan kepada Mohamed Salah.

Salah tenang melakukan larian solo dan melakukan satu penyudah yang tenang namun Video Assistant Referee(VAR) nyata mencemburui Liverpool.

Dari semakan kembali oleh VAR, Salah telah didapati berada dalam keadaan offside yang amat nipis, mungkin hanya hujung kasut sahaja.

Jaringan tersebut telah dibatalkan oleh VAR dan kedudukan kekal 0-0 sehingga tamat separuh masa pertama.

Jelas satu kesilapan buat Brighton yang gagal menghasilkan gol kerana mereka gagal menyaingi kecergasan yang ada pada pemain Liverpool untuk baki 45 minit.

Akhirnya pada minit ke-60, Diogo Jota meletakkan Liverpool dihadapan selepas menyempurnakan umpanan Mohamed Salah.

Sadio Mane yang masuk menggantikan Mohamed Salah selepas gol pertama menggandakan kedudukan pada minit ke-83 melalui satu sundulan tajam.

Gol ini berpunca daripada sepakan percuma dan sekali lagi VAR mencemburui Liverpool apabila gol tersebut dibatalkan kerana offside.

Pada minit ke-93, VAR telah menghadiahkan Brighton sepakan penalti selepas pemeriksaan secara terperinci dilakukan melalui ulang tayang video.

Andrew Robertson jelas kelihatan telah merembat kaki Danny Welbeck ketika mahu mengeluarkan bola.

Kali ini Pascal Gross tidak mengulangi kesilapan Maupay dan berjaya mengikat kembali kedudukan dengan permainan berbaki seminit dua lagi.

Keputusan seri dan satu mata meletakkan Liverpool dipuncak buat seketika selepas 10 perlawanan dengan mengumpul 21 mata.

Brighton (3-4-2-1) Matthew Ryan; Ben White, Lewis Dunk, Adam Webster; Joel Veltman, Yves Bissouma, Pascal Gross, Solly March; Aaron Connolly, Danny Welbeck; Neal Maupay.

Substitutes: Jason Steele, Daniel Burn, Adam Lallana, Steven Alzate, Jayson Molumby, Leandro Trossard, Alireza Jahanbakhsh.

Liverpool (4-2-3-1) Alisson Becker; Neco Williams, Nathaniel Phillips, Fabinho, Andrew Robertson; James Milner, Georginio Wijnaldum; Takumi Minamino, Roberto Firmino, Diogo Jota; Mohamed Salah.

Substitutes: Adrian, Konstantinos Tsimikas, Rhys Williams, Jordan Henderson, Curtis Jones, Sadio Mane, Divock Origi.

BACA:  Premier League 2020/21: Liverpool 0-0 Manchester United