Premier League 2020/21: Brighton & Hove Albion 1-3 Chelsea

Chelsea yang kembali berbelanja dalam pasaran perpindahan pemain dengan sangat meriah turun untuk perlawanan pertama Premier League bagi musim 2020/21 menentang Brighton & Hove Albion.

Aksi Chelsea dengan deretan pemain baharu nyata menjadi tumpuan, namun Frank Lampard hanya menurunkan dua pemain baharu Chelsea, Timo Werner dan Kai Hvertz di kesebelasan utama.

Berdasarkan jangkaan ramai, Chelsea tidak akan berdepan masalah untuk mengutip 3 mata penuh ke atas Brighton & Hove Albion.

Itulah yang terjadi namun permainan agak hambar dan tersekat-sekat di skali 6 dipamerkan Chelsea dan masih memerlukan masa untuk menguatkan ikatan kimia antara pemain.

Jorginho menjaringkan gol pembukaan perlawanan pada minit ke-23 melalui satu sepakan penalti dengan satu lojakan unik ke udara sebelum menendang.

Sepakan penalti dihadiahkan oleh pengadil selepas Timo Werner telah dijatuhkan oleh penajga gol Brighton & Hove Albion, Mat Ryan.

Leandro Trossard menyamakan kedudukan melalui satu rembatan leret dari luar kotak penalti yang mudah menewaskan Kepa Arrizabalaga 9 minit selepas babak kedua bersambung.

Sejak menyertai Chelsea pada 2018, Kepa Arrizabalaga telah melepaskan 19 gol dari luar kotak. Paling banyak berbanding penjaga gol lain di Premier League.

Jaringan penyamaan Brighton & Hove Albion hanya bertahan kurang dua minit sahaja apabila Reece James kembali meletakkan Chelsea dihadapan dengan satu tendangan padu.

Pada minit ke-66, pemain pertahanan Chelsea, Kurt Zouma menjaringkan gol Voli yang terbias Adam Webster untuk terus menjarakkan kedudukan kepada 3-1.

Jorginho dan Reece James menjadi nadi kemenangan Chelsea dengan masing-masing menjaringkan satu gol dan mencipta satu assist.

Pemain kecil molek Brighton & Hove Albion, Tariq Lamptey mencuri tumpuan dalam perlawanan ini dengan permainan yang agak meyakinkan.

Kemenangan ini membolehkan Chelsea mengutip mata ke-2000 mereka dalam 1077 perlawanan di Premier League dan Chelsea menjadi pasukan ketiga melepasi 2000 mata.

Sejak Premier League di jenamakan semula pada 1992 hanya Manchester United (2234 mata) dan Arsenal (2014 mata) yang sudah melepasi 2000 mata.

Brighton XI: Ryan, White, Webster, Dunk, Lamptey, Lallana, Bissouma, Alzate, March, Maupay, Trossard.

Subs: Stephens, Gross, Jahanbakhsh, Steele, Burn, Veltman, Connolly.

Chelsea XI: Kepa, James, Christensen, Zouma, Alonso, Loftus-Cheek, Jorginho, Kante, Havertz, Werner, Mount.

Subs: Rudiger, Barkley, Abraham, Caballero, Giroud, Hudson-Odoi, Azpilicueta.

BACA:  Hazard Hampakan Liverpool Dan Morata Di Anfield