Premier League 2020/21: Chelsea 0-2 Liverpool

Perlawanan melibatkan pasukan 6 besar teratas bagi musim 2020/21 dimulakan dan disajikan kepada peminat bola sepak seluruh dunia dengan perlawanan yang melibat Chelsea dan Liverpool.

Kehangatan perlawanan sudah dirasai pada minggu lepas lagi apabila Frank Lampard dan Jurgen Klopp saling menyindir pembelian-pembelian mega yang dilakukan oleh kedua-dua kelab.

Frank Lampard pula membalas secara sinis sindiran Klopp itu yang dianggap sebagai sesuatu yang menggelikan cuping telinga.

Sepanjang jendela perpindahan ini Chelsea telah membelanjakan £200 juta untu merekrut pemain baharu ke Stamford Bridge.

Jurgen Klopp mungkin tidak sedar beliau pernah membeli pemain yang memecahkan rekod dunia mengikut posisi.

Akhirnya perlawanan yang dinanti ramai kunjung tiba selepas masing-masing masih segar dan terhibur dengan kekalahan Manchester United.

Jika minggu lalu pada perlawanan pertama perlawanan menjadi milik Mohamed Salah dengan jaringan hatrik kali ini Sadio Mane pula menjadi wira Liverpool.

Tenyata Liverpool pasukan lebih baik dalam 90 minit permainan ini dan Chelsea masih gagal untuk memberi saingan kepada penyandang juara itu.

Walaupun Liverpool lebih mengancam namun Chelsea masih lagi untuk bertahan sehingga Andreas Christensen dilayangkan kad merah kerana memeluk Sadio Mane.

Pada mulanya hanya kad kuning namun Video Assistant Referee(VAR) lebih adil dalam membuat penilaian, kad kuning ditarik dan kad merah dilayangkan.

Bermain 10 orang menyebabkan segalanya berubah bagi Chelsea dan memudahkan kerja Liverpool.

Gerakan Mohamed Salah, Roberto Firmino dan Sadio Mane menghasilkan satu gol sundulan cantik daripada pemain Senegal bernombor 10 itu melalui satu sundulan pada minit ke-50.

Empat minit kemudian Sadio Mane sekali lagi mencatat nama selaku penjaring apabila memberi pengajaran kepada kesilapan Kepa Arrizabalagi ketika membuat hantaran.

Pantas Mane menyambar dan melarikan bola sebelum membuat satu tolakan mudah membuatkan Kepa kelihatan seperti bodo kepa.

Thiago Alcantara membuat debut dengan permainan penuh meyakinkan masuk menggantikan Jordan Henderson pada separuh masa kedua.

Walaupun bermain 45 minit sahaja Thiago Alcantara telah mencatatkan 75 hantaran yang sempurna lebih banyak berbanding satu pasukan Chelsea yang bermain 90 minit.

Jorginho pula gagal menyempurnakan sepakan penalti selepas Timo Werner dijatuhkan Thiago Alcantara dan Alisson Becker cemerlang menepis keluar untuk terus melukakan Chelsea.

Chelsea sesekali menyerang melalui Timo Werner yang liar tetapi penyudahnya kelaut dalam.

Chelsea (4-3-3): Kepa; James, Christensen, Zouma, Alonso; Kante, Jorginho (Barkley 79), Kovacic (Abraham 79); Havertz (Tomori 46), Mount, Werner

Subs not used: Azpilicueta, Caballero, Giroud, Hudson-Odoi

Liverpool (4-3-3): Alisson, Robertson, Van Dijk, Fabinho, Alexander-Arnold; Wijnaldum, Henderson (Thiago 46), Keita (Milner 64); Mane, Firmino (Minamino 86), Salah

Subs not used: Adrian, Jones, Origi, Tsimikas

BACA:  Premier League 2021/22: Manchester City 6-3 Leicester City