Premier League 2020/21: Chelsea 4-1 Sheffield United

Share on facebook
Share on twitter

Chelsea meneruskan aksi cemerlang dengan meneruskan rentak kemenangan untuk kembali berada di landasan sebagai pasukan pencabar kejuaraan liga bagi musim ini.

Sheffield United bukanlah lawan sebenar Chelsea dan itulah yang dibuktikan oleh Chelsea dalam perlawanan ini apabila Chelsea menang selesa 4-1.

Hakim Ziyech terus mempamerkan aksi cemerlang apabila telah mencipta dua assist dalam perlawanan ini untuk membantu kebangkityan Chelsea.

Hakim Ziyech telah mencipta rekod peribadi tersendiri apabila menjadi pemain paling banyak mencipta peluang dalam satu perlawanan musim.

Dalam perlawanan menentang Sheffield United ini Hakim Ziyech telah mencipta 6 peluang dan 2 assist.

David McGoldrick mengejutkan Chelsea dengan gol pendahuluan ketika perlawanan belum pun sampai 10 minit melalui satu flick yang sangat jahat.

Tammy Abraham yang melihat McGoldrick menjaringkan gol yang sangat jahat di depan matanya kembali menyamakan kedudukan dengan melantunkan bola ke gawang.

Boleh tahan jahat juga gol Abraham dan Ben Chilwell memastikan Chelsea mendahului sebelum tamat separuh masa pertama.

Pemain pertahanan veteran, Thiago Silva membuka buku rekod jaringan bersama Chelsea dengan satu sundulan flick.

Timo Werner tidak ketinggalan dalam mencetak nama selak penjaring dengan gol keempat sekaligus melengkapkan kemenangan 4-1 Chelsea.

Malang buat Sheffield United yang hanya mengutip satu mata dalam 8 perlawanan Premier League musim ini dan berada di kedudukan tercorot liga.

Chelsea: Mendy, James, Zouma, Thiago Silva, Chilwell, Kovacic, Kante, Mount, Ziyech, Abraham, Werner.

Subs: Rudiger, Jorginho, Caballero, Giroud, Hudson-Odoi, Azpilicueta, Emerson Palmieri.

Sheffield United: Ramsdale, Basham, Egan, Stevens, Baldock, Berge, Norwood, Lundstram, Lowe, Brewster, McGoldrick.

Subs: McBurnie, Sharp, Burke, Jagielka, Robinson, Verrips, Osborn

BACA:  Premier League 2020/21: Southampton 1-0 Liverpool
Share on facebook
Share on twitter