Premier League 2020/21: Crystal Palace 0-0 Manchester United

Manchester United turun dalam perlawanan ke-27 Premier League dan sekali lagi berpeluang untuk menjarakkan diri dengan Leicester City yang sekadar mencatatkan keputusan seri menentang Burley dalam perlawanan yang berlangsung lebih awal.

Dalam perlawanan sebelum ini peluang untuk Manchester United menjarakkan mata dibazirkan selepas seri dengan Chelsea di mana Leicester City tewas kepada Arsenal.

Kemenangan ke atas Crytal Palace akan membolehkan Manchester United menjarakkan diri 3 mata di depan Leicester dan mengurangkan jurang kepada 12 mata dengan Manchester City.

Edison Cavani telah kembali ke kesebelasan utama selepas beberapa perlawanan menghilang.

Perlawanan ini dilangsungkan dalam cuaca malam yang sedikit berkabus dan memberi kelebihan kepada Manchester United berjersi kuda belang melakukan penyamaran.

Awal perlawanan menyaksikan benteng pertahanan Manchester United menjadi huru-hara diperlakukan oleh para pemain Palace yang ghairah menyerang untuk 10 minit pertama.

Percubaan Namenja Matic sedikit terbias namun berjaya ditepis keluar oleh penjaga gol Crystal Palace, Vicente Guaita.

Tidak lama selepas itu percubaan Marcus Rashford pula hanya sedikit keluar yang hampir menyapa tiang gol.

Separuh masa pertamaa berakhir begitu sahaja ditenggelami kabus tanpa sebarang jaringan buat kedua-dua pasukan.

Bersambung permainan untuk tempoh 45 minit terakhir kabus kelihatan semakin tebal atau mungkin mata semakin kuyu dengan permainan agak membosankan.

Selepas sejam perlawanan berlalu masih tiada lagi gol kunjung tiba dan perlawanan hanya hiasi dengan percubaan-percubaan yang biasa-biasa.

Pada minit ke-76, Daniel James masuk menggantikan Edison Cavani dan segera mendapat peluang untuk menjaringkan gol.

Lambungan Luke Shaw disundul kemas oleh James namun sempat dikeluarkan oleh pertahanan Crystal Palace.

Dipenghujung perlawanan Crystal Palace memperolehi peluang terbaik mereka sepanjang perlawanan apabila Patrick van Aanholt hanya berdepan Dean Henderson sahaja.

Namun Dean Henderson menang dalam pertarungan satu lawan satu ini apabila berjaya menyelamatkan percubaan Patrick van Aanholt.

Dan itulah percubaan bahaya yang terakhir dalam perlawanan ini dan perlawanan tamat seri tanpa jaringan. Seri lagi.

Sekali lagi Manchester United membazirkan peluang untuk menjarakkan kedudukan dan mengambil keputusan seri buat kali ke-4 dalam 5 perlawanan terakhir.

Dalam 8 perlawanan terakhir Setan Merah mencatatkan 5 seri 1 tewas dan hanya dua kemenangan.

Crystal Palace: Guaita, Ward, Kouyate, Cahill, Van Aanholt, Milivojevic, McCarthy, Ayew, Eze, Townsend, Benteke.

Subs: Butland, Dann, Mateta, Schlupp, Wickham, Batshuayi, Kelly, Hannam, Riedewald.

Manchester United: Henderson, Wan-Bissaka, Bailly, Maguire, Shaw, Matic, Fred, Fernandes, Greenwood, Rashford, Cavani.

Subs: De Gea, Tuanzebe, Lindelof, Williams, Telles, McTominay, Shoretire, Amad, James.

BACA:  Abang Lingard Bantai Keane Dan Neville Kerana Bersikap Berat Sebelah