Premier League 2020/21: Crystal Palace 1-1 Tottenham Hotspur

Tottenham Hotspur gagal memanfaatkan perlawanan menentang Crystal Palace ini untuk terus melebarkan kedudukan di tangga teratas Premier League.

Crystal Palace bangkit mengikat Spurs untuk masing-masing berkongsi mata dalam perlawanan yang rancak walaupun jaringan gol agak terbatas.

Kecemelangan kedua-dua penjaga gol, Hugo Lloris dan Vicente Guaita menafikan pesta gol terjadi.

Hary Kane membuka tirai jaringan pada minit ke=23 selepas melepaskan rembatan dari jarak jauh luar kotak penalti.

Penjaga gol Crystal Palace, Vicente Guaita gagal menyelamatkan rembatan Kane yang agak liar walaupun menuju ke tengah gawang.

Crystal Palace menyamakan kedudukan pada minit ke-81 yang berpunca daripada sepakan percuma Eberechi Eze.

Hugo Lloris gagal menangkap kemas dan telrlepas begitu saja lalu disambar Jeffrey Schlupp.

Crystal Palace (4-4-2) Guaita; Clyne, Kouyate, Cahill, van Aanholt; Schlupp, Milivojevic, McArthur, Eze; Benteke, Zaha.

Substitutes: Butland, Ward, Tomkins, Townsend, Riedewald, Ayew, Batshuayi.

Tottenham Hotspur (4-2-3-1) Lloris; Aurier, Alderweireld, Dier, Reguilon; Sissoko, Hojbjerg; Bergwijn, Ndombele, Son; Kane.

Substitutes: Hart, Doherty, Rodon, Davies, Lo Celso, Alli, Lucas Moura.

Referee Kevin Friend.

BACA:  Steven Bergwijn Meledak Dua Gol Pada Masa Kecederaan Bantu Spurs Comeback Tewaskan Leicester