Roy Hodgson yang mengumunkan akan meninggalkan Crystal Palace dan bersara sebagai pengurus pada penghujung musim ini telah menerima Guard of Honor dari pasukan sendiri dan juga Arsenal.
Ini merupakan sebagai tanda penghormatan kepada pengurus penuh berpengalaman itu yang telah mewarnai dunia bola sepak. Selamat bersara Uncle Roy.
Suasana hiba menyelubungi Selhurst Park kerana majlis perpisahan dilangsukan untuk pengurus yang berusia 73 tahun itu.
πΆ ππ'π¨ π€π£π π€π π€πͺπ§ π€π¬π£β¦ πΆ
Roy Hodgson walks out at Selhurst Park as the manager of Crystal Palace for the final time β€οΈ pic.twitter.com/5al0v6kUJC
β Football on BT Sport (@btsportfootball) May 19, 2021
Roy Hodgson merupakan pemain kelahiran akademi Crystal Palace dan kemudian kembali menamatkan karier sebagai pengurus di kelab kelahirannya, kisah dongeng.
Biasa pemain je yang tamatkan karier dan bersara dengan kelab kelahiran. Lain macam kisah Uncle Roy.
Nicolas Pepe membuka tirai jaringan pada minit ke-35 dengan satu voli cantik selepas menyempurnakan lambungan Kieran Thierney.
Martinelli & Pepe tonight pic.twitter.com/BbxJj4qD55
β ARSENAL KENYA (@ArsenalInKenya) May 19, 2021
Crystal Palace tidak mahu mengalah dan berjaya menyamakan kedudukan melalui Christian Benteke dengan melakukan satu sundulan terbang.
Gol Christian Benteke berpunca daripada sepakan percuma Andros Townsend.
Ketika perlawanan hampir saja berakhir dengan keputusan seri 1-1, Arsenal telah dirasuk sesuatu dan ada bisikan ditelinga supaya mereka menjaringkan gol.
4 β Crystal Palace striker Christian Benteke has scored in four consecutive Premier League appearances for the first time since April 2013. Renaissance.
β OptaJoe (@OptaJoe) May 19, 2021
Dua gol Arsenal ini terhasil pada masa kecederaan.
Gabriel Martinelli telah menyempurnakan umpanan Martin Oedegaard dengan satu jaringan yang tidak bergaya langsung dengan satu terpaan yang terkena paha.
Satu tapping mudah dilakukan Gabriel Martinelli menolak masuk ke gawang.
19 β Aged 19 years and 335 days, Gabriel Martinelli is the youngest ever player to score a 90th minute winner for Arsenal in a Premier League game. Fearless.
β OptaJoe (@OptaJoe) May 19, 2021
Beberapa saat sebelum perlawanan tamat, Nicolas Pepe sekali lagi meledak dengan gol ketiga dan kedua peribadi dalam perlawanan ini.
Nicolas Pepe telah kerasukan Lionel Messi apabila secara solo berjaya melepasi kepungan empat pemain Crystal Palace disebelah kanan padang.
Pepe berjaya lolos dan memasuki kotak penalti dengan penuh bergaya kemudian dikepung lagi tiga pemain dan sekali lagi lolos.
60 β Arsenal have never lost a Premier League game in which a teenager has scored in, with tonight (Gabriel Martinelli scoring) being the 60th such match for the Gunners in the competition, winning 50 and drawing 10. Impressive. pic.twitter.com/LLKx6SwPl8
β OptaJoe (@OptaJoe) May 19, 2021
Pepe tidak menoleh lagi apabila melepaskan rembatan untuk gol ketiga. Gila-gila.
Kemenangan penuh bergaya Arsenal ini tidak memberi sebarang makna lagi kerana peluang mereka untuk bermain di Eropah sudah tertutup.
Crystal Palace (4-3-3): Guaita 6.5; Ward 6.5, Cahill 7, Tomkins 7, Mitchell 7; McCarthy 6.5 (Rieldewald 82), Kouyate 6.5, Schlupp 6.5; Townsend 7, Benteke 7 (Ayew 79), Zaha 6.5.
Subs: Batshuayi, Mateta, Van Aanholt, Kelly, Clyne, Butland, Rak-Sakyi.
Arsenal (4-2-3-1): Leno 7; Chambers 6.5, Holding 6.5, Gabriel 6.5, Tierney 7 (Xhaka 78); Partey 6 (Martinelli 78), Elneny 6; Saka 7 (Odegaard 65, 6), Smith Rowe 7, Pepe 8; Aubameyang 5.5.
Subs: Ryan, Willian, Martinelli, Lacazette, Odegaard, Soares, Mari, Ceballos, Xhaka.