Premier League 2020/21: Everton 1-3 Manchester United

Perlawanan menentang Everton diwar-warkan sebagai perlawanan penentu nasib Ole Gunnar Solksjaer selaku pemimpin di Old Trafford selepas mencatatkan keputusan yang sangat teruk di musim ini..

Khabar angin bertiup kencang yang dikatakan dari sumber yang boleh dipercayai bahawa Manchester United telah membuka langkah untuk mengorat Mauricio Pochettino sebagai teman pengganti.

Ternyata Everton bermula langkah kanan dalam perlawanan ini apabila terlebih dahulu di depan dan memberi tekanan kepada Ole Gunnar Solksjaer dan Manchester United.

Sepakan Jordan Picford terus ditanduk oleh Dominic Calvert-Lewin kepada Bernard yang terus membuat rembatan rendah melalui celahan kaki Aaron Wan-Bissaka pada minit ke-19.

Namun Manchester United tidak panik dan sangat positif mencipta kebangkitan sensasi apabila mendahului perlawanan 13 minit bolos gol pertama.

Bruno Fernandes yang sendu dalam beberapa perlawanan sebelum ini telah kembali nadi pasukan apabila menjaringkan dua gol dalam tempoh 7 minit pada minit ke-25 dan 32.

Lebih menarik dua gol daripada Fernandes ini tidak melibatkan sepakan penalti dan gol penyamaan hadir melalui satu sundulan bebas hasil hantaran silang Luke Shaw.

Gol kedua Fernandes pula dicipta daripada cubaan Fernandes melakukan hantaran kepada Marcus Rashford namun tandukan Rashford tidak menyentuh bola.

Bola jatuh terkena tiang dan melantun masuk ke gawang. Selepas jaringan itu permainan menjadi milik Manchester United.

Everton mempunyai jentera tengah dan serangan yang mantap namun seperti semua sedia maklum barisan pertahanan Everton sangat rapuh.

Keghairahan Everton menyerang untuk sekurang-kurangnya meraih satu mata tidak membuahkan hasil malah Everton dihukum dalam situasi tersebut.

Ketika perlawanan hampir tamat Bruno Fernandes berjaya lolos untuk melakukan serangan balas pantas dan berpeluang mencipta hatrik.

Namun Fernandes nyata tidak tamat dan menghantar bola kepada Edison Cavani yang nyata mempunyai peluang dan ruang lebih besar untuk menjaringkan gol.

Dengan reputasi besar, Cavani tidak mempunyai masalah untuk menewaskan Jordan Pickford buat kali ketiga dan gol pertama Cavani bersama Setan Merah.

Bruno Fernandes kembali menjadi nadi kebangkitan Setan Merah dengan dua gol dan satu assist.

Everton: Pickford, Coleman, Holgate, Keane, Digne, Doucoure, Allan, Sigurdsson, Rodriguez, Calvert-Lewin, Bernard.

Subs: Mina, Tosun, Iwobi, Andre Gomes, Godfrey, Davies, Olsen.

Manchester United: de Gea, Wan Bissaka, Lindelof, Maguire, Shaw, McTominay, Fred, Mata, Bruno Fernandes, Rashford, Martial.

Subs: Pogba, Cavani, James, Henderson, Matic, van de Beek, Tuanzebe.

BACA:  Bintang Man Utd Ditawarkan Ke Kelab Lain Tanpa Pengetahuan Erik Ten Hag