Premier League 2020/21: Everton 2-2 Liverpool

Aksi Premier League kembali bersambung selepas berhenti rehat selama dua minggu untuk memberi ruang kepada aksi peringkat antarabangsa selepas Tragedi Oktober terjadi dengan begitu sedih dan pedih.

Liverpool telah dibelasah tanpa belas kasihan oleh Aston Villa dengan jaringan 7-2 dan nyata Liverpool perlu bangkit dalam perlawanan ini untuk meneruskan perjuangan mempertahankan gelaran.

Perlawanan pembuka selera disajikan dengan Merseyside Derby menemukan dua pasukan berjiran yang sentiasa panas, Everton yang kian menakutkan dan Liverpool yang terluka.

Liverpool bermula dengan sangat bekeng dan terus mengasak kubu Everton usai perlawanan bermula kerana menyedari kerapuhan benteng Everton walaupun mempunyai jentera serangan dan tengah yang padu.

Seawal minit ketiga Sadio Mane telah meletakkan Liverpool di depan dengan satu rembatan padu jarak dekat yang tidak mampu untuk Jordan Pickford memberi sebarang tindak balas.

Gol itu terhasil daripada satu hantaran cantik Andrew Robertson yang tepat menghantar bola ke kaki Mane anak Pak Imam.

Selepas lima minit permainan, berita buruk menimpa Liverpool apabila pemain pertahanan terbaik dunia, Virgil Van Dijk terpaksa dikeluarkan selepas mengalami kecederaan.

Pertembungan Virgil van Dijk dan Jordan Pickford nyata memberi faedah kepada pemain pertahanan Belanda yang terpaksa menerima rawatan sebelum dikeluarkan.

Video Assistant Referee(VAR) cuba menilai situasi samada penalti atau tidak namun Virgil Van Dijk telah dikesan berada dalam kedudukan offside terlebih dahulu.

Ketiadaan Virgil Van Dijk digunakan Everton sebaiknya dan mula menebuk ruang pertahanan Liverpool dengan penuh bergaya.

Akhirnya berpunca daripada sepakan penjuru James Rodriguez, sundulan tajam Michael Keane gagal untuk diselamatkan oleh Adrian untuk gol penyamaan.

Sepakan percuma kencang dan cantik Trent Alexander Arnold telah berjaya ditepis dengan penuh bergaya oleh Pickford.

Separuh masa pertama berakhir dengan kedudukan terikat 1-1.

Mohamed Salah yang tidak berfungsi dan gagal memberi impak dalam perlawanan ini kembali meletakkan Liverpool dihadapan pada minit ke-72. Mungkin itulah satu-satunya jasa Salah dalam perlawanan ini.

Gol yang ke-100 Mohamed Salah bersama Liverpool selepas 159 perlawanan dalam semua kejohanan, hanya Roger Hunt dan Jack Parkinson yang mencatatkan 100 gol dengan jumlah perlawanan yang sedikit.

Pemain penyerang yang dalam semangat membara musim ini, Dominic Calvert-Lewin meneruskan semangat kebangkitan Everton dengan gol penyamaan juga melalui satu sundulan.

Hantaran Lucas Digne telah dinanti Dominic Calvert-Lewin dengan satu lonjakan yang gagal dihalang Andrew Robertson lalu ditanduk menewaskan Adrian.

Satu reaksi balas yang sangat lambat ditunjukkan Adrian di mana bola hampir masuk barulah beliau melayangkan badan.

Everton terpaksa bermain 10 orang selepas Richarlison dilayangkan kad merah pada minit ke-90 selepas melakukan terjahan yang bukan-bukan ke atas Thiago dan ini satu peluang besar buat Liverpool.

Jordan Henderson menjaringkan gol kemenangan Liverpool pada minit-minit akhir permainan dan meraikan jaringan tersebut seperti tiada hari esok.

Ternyata tiada apa lagi yang paling mengujakan lagi menggembirakan mendapat gol kemenangan menentan musuh ketat pada minit akhir.

Malangnya, VAR lebih adil apabila telah membatalkan jaringan tersebut ekoran Sadio Mane terlebih dahulu berada dalam kedudukan offside.

Sangat halus dan nipis kedudukan Mane untuk dikatakan offside namun VAR telah membuat keputusan muktamad. Kekecewaan besar buat Liverpool.

Apa yang pasti peminat Liverpool akan koyak teruk dan menyalahkan Adrian.

Everton: Pickford, Coleman, Mina, Keane, Digne, Doucoure, Allan, Andre Gomes, Rodriguez, Calvert-Lewin, Richarlison.

Subs: Delph, Sigurdsson, Iwobi, Bernard, Godfrey, Davies, Olsen.

Liverpool: Adrian, Alexander-Arnold, Matip, van Dijk, Robertson, Henderson, Fabinho, Thiago, Salah, Firmino, Mane.

Subs: Wijnaldum, Milner, Gomez, Jones, Minamino, Jota, Kelleher.

BACA:  Kelab Arab Saudi Batal Niat Pancing Wijnaldum