Premier League 2020/21: Everton 5-2 West Brom

Everton meneruskan rentak permainan penuh meyakinkan dalam perlawanan kedua Premier League musim 2020/21 dengan meneruskan rekod kemenangan 100 peratus.

West Bromwich Albion bertandang ke Goodison Park dan menjadi lawan Everton untuk perlawanan kedua dan tewas 5-2 dalam perlawanan penuh drama dan aksi kebangkitan.

James Rodriguez sudah pasti terus menjadi tumpuan dengan kualiti yang ada pada dirinya dan kali ini telah mencetak nama selaku penjaring.

Grady Diangana membuka jaringan untuk West Bromwich Albion seawal minit ke-10 namun Everton tidak panik dan bangkit mengejar.

Dominic Calvert-Lewin menjaringkan gol penyamaan tetapi dibatalkan pada mulanya kerana offside selepas semakan dibuat oleh Video Assistant Referee(VAR) gol itu disahkan.

James Rodriguez kemudian menjaringkan gol pertamanya buat Everton dan meletakkan Everton di depan sebelum tamat separuh masa pertama.

Satu insiden tidak sepatutnya terjadi apabila Kieran Gibbs dilayangkan kad merah kerana mendatangkan kekasaran ke muka James Rodriguez.

Kemudian pengurus West Bromwich Albion, Slaven Bilic pula dilayangkan kad merah.

Awal separuh masa kedua Matheus Pereira kembali menyamakan kedudukan dengan satu sepakan percuma cantik yang menewaskan Jordan Pickford.

Bermain 10 orang mula memberi impak kepada West Bromwich Albion apabila Michael Keane kembali meletakkan Everton di depan.

Dominic Calvert-Lewin menambah dua lagi jaringan untuk melengkapkan hatrik beliau dalam perlawanan ini untuk kemenangan 5-2.

Empat gol sudah Dominic Calvert-Lewin dalam dua perlawnan untuk Everton. Tajam. Richarlison pula mencatatkan dua bantuan gol.

Tiga gol pertama James Rodriguez di tiga liga berbeza hadir ketika beliau bermain di bawah pimpinan Carlo Anceloti. Semuanya di bulan September.

Real Madrid – September 2014: James Rodríguez menjaringkan gol pertama di La Liga bawah kendalian Carlo Ancelotti.

Bayern Munich – September 2017: James Rodríguez menjaringkan gol pertama di Bundesliga, bawah kendalian Carlo Ancelotti.

Everton – September 2020: James Rodríguez menjaringkan gol pertama di Premier League, bawah kendalian Carlo Ancelotti.

Everton (4-3-3): Pickford 6: Coleman 7, Keane 7, Mina 6.5, Digne 7; Gomes 6, Allan 6, Doucoure 6 (Sigurdsson 65 6); Rodriguez 7.5 (Kean 76 6), Calvert-Lewin 9 (Iwobi 71), Richarlison 8

Subs not used: Kenny, Bernard, Davies, Virginia

West Brom (5-3-2): Johnstone 6; Furlong 5, Bartley 5, Ajayi 6, O’Shea 5, Gibbs 4; Pereira 6.5 (Phillips 71 6), Livermore 6, Sawyers 4 (Field 75 6); Robinson 6, Diangana 7 (Edwards 71 6)

Subs not used: Robson-Kanu, Harper, Kipre, Button

BACA:  Premier League Memberi Lampu Hijau Untuk Pengambilalihan Newcastle