Premier League 2020/21: Fulham 1-1 Liverpool

Premier League meneruskan kelansungan jadual perlawanan sebelum memasuki fasa penuh padat dan kegilaan menjelang tahun baru seperti Hari Tinju/Kotak seperti musim-musim yang sudah.

Sebelum perlawanan menentang Fulham Liverpool terus dirundung keresahan apabila krisis kecederaan semakin membarah apabila pemain harapan dunia, Diogo Jota pula terpaksa direhatkan.

Diogo Jota menggalas tugas selaku mesin gol dengan jaringan penting sejak krisis kecederaan melanda Liverpool dan memberi sedikit kelegaan disebalik kecelakaan.

Jota dilaporkan akan berehat selama 2 bulan kerana kecederaan lutut dan ada penyokong menyalahkan Jurgen Klopp atas kecederaan yang dialami Diogo Joto.

Klopp lantang menyalak tentang jadual yang padat namun telah menurunkan skuad yang kuat ketika menentang Midtjylland yang sudah tidak membawa sebarang makna.

Fulham yang baru kembali ke Premier League musim ini di bawah bimbingan Scott Parker bukanlah lawan Liverpool jika dilihat dan dibandingkan di atas kertas.

Namun pemain Fulham mempunyai kaki dan bermain sangat baik di separuh masa pertama, Video Assistan Referee(VAR) membuat tugas dengan sangat adil dalam perlawanan ini.

Kenapa adil? Kerana tidak menghadiahkan Fulham sepakan penalti ketika Fabinho menerjah untuk mengeluarkan bola dan bola dulu disentuh sebelum kaki.

Namun tidak lama selepas itu Bobby Reid telah meletakkan Fulham dihadapan melalui satu rembatan kencang padu sendat menewaskan Alisson Becker.

Kecemerlangan dan ketangkasan Alisson Becker menafikan gol kedua Fulham dengan berjaya menepis keluar percubaan kelam kabut depan mata.

Separuh masa pertama hanya satu percubaan didaftarkan Liverpool daripada 4 percubaan berbanding Fulham dengan 4 percubaan tepat dari 6 percubaan.

Menurut pengulas di studio, Fulham mampu mendahului 3 gol pada separuh masa pertama namun kualiti pemain dari liga bawahan menafikan peluang mereka.

Awal babak kedua, Jurgen Klopp memasukkan Takumi Minamino menggantikan Joel Matip bagi menambah sengat di bahagian serangan yang agak bergelut.

Selepas 75 minit permainan, serangan demi serangan daripada Liverpool gagal untuk memecah masuk gawang Fulham untuk satu gol yang dipanggil gol penyamaan.

Terjahan keras Lookman ke atas Neco William hanya menyaksikan hanya kad kuning dilayangkan. Mujur.

Liverpool memperoleh sepakan penalti selepas sepakan percuma Georginio Wijnaldum terkena tangan pemain Fulham, Aboubakar Kamara.

Boleh disangsikan penalti itu jika keadilan yang dicari kerana tangan Kamara rapat ke badan ketika melombat untuk menghalang bola. Namun tangan tetap tangan.

Mohamed Salah mengambil sepakan yang berisiko dan menghantar bola ke tengah dan hampir saja Alphonse Areola yang cemerlang di babak kedua ini menyelamatkan bola.

Selepas jaringan tersebut, Fulham mempamerkan satu mentaliti melawan yang sangat kuat dan tidak mahukan sekadar satu mata, 3 mata yang dicari.

Selepas 12 perlawanan Premier League musim ini, Liverpool telah pun kehilangan 11 mata dengan keputusan 7 kemenangan, 4 seri dan 1 tewas.

Musim lalu, Liverpool muncul juara dan hanya kehilangan 15 mata sahaja sepanjang musim lalu.

Fulham (3-4-1-2): Areola, Aina, Andersen, Adarabioyo, Cordova-Reid, Anguissa, Lemina, Robinson, Loftus-Cheek, Lookman, Cavaleiro

Subs: Kebano, Cairney, Rodak, Ream, Reed, Bryan, Kamara

Liverpool (4-3-3): Alisson, Alexander-Arnold, Matip, Fabinho, Robertson, Henderson, Wijnaldum, Jones, Salah, Firmino, Mane

Subs: Oxlade-Chamberlain, Minamino, Origi, Phillips, Kelleher, Cain, Williams

BACA:  Mourinho: Kemenangan Ke Atas Liverpool Satu Keputusan Yang Sempurna