Premier League 2020/21: Leeds United 1-1 Manchester City

Pendatang baru Premier League musim 2020/21, Leeds United sekali lagi bertemu pasukan atasan hanya selepas 4 perlawanan sahaja, pada perlawanan pembukaan liga mereka bertemu penyandang juara Liverpool.

Dua sepakan penalti daripada pengadil menyelamatkan Liverpool daripada keciciran mata dan sejak itu penyokong Liverpool mengiktiraf sepakan penalti sebagai sebahagian daripada bola sepak.

Pada perlawanan keempat Premier League bertemu Manchester City di bawah bimbingan Pep Guardiola yang merupakan anak didik Mahaguru Marcelo Bielsa.

Selepa kekalahan kepada Liverpool, Leeds mencatatkan dua kemenanan penuh bergaya sebelum bertemu City yang teruk terluka dibelasah Leicester City 5-2.

Raheem Sterling membuka tirai jaringan perlawanan pada minit ke-17 selepas kegagalan pemain Leeds United menahan bola dengan kemas walaupun berjaya membuka pintasan.

Pemain lincah England itu menerima bola dan membari dari kiri kotak masuk ke tengah dan boom! melepaskan rembatan menewaskan Illan Meslier.

Ibarat enjin stim semakin lama semakin panas, Leeds United bertambah rancak dan yakin lagi stabil menyukarkan pergerakan dan hantaran bola Manchester City.

Rodrigo Moreno akhirnya menyamakan kedudukan pada minit ke-59 untuk membukan buku jaringannya bersama Leeds United di Premier League selepas terpaan tidak tepat Ederson.

Sebelum itu Rodrigo hampir menjaringka gol namun rembatannya terbias dan selepas gol tersebut tandukkan menggelembung beliau hampir melemaskan Ederson, namun sempat ditolak keluar.

Corak permainan bertekanan tinggi(high pressing) diterapkan oleh Marcelo Bielsa seperti sebuah periuk tekanan membuatkan Manchester City mati kutu nak.

Leeds United menguasai 52 peratus penguasaan bola sesuatu yang jarang pasukan lawan mengatasi penguasaan Manchester City di padang tambahan pula pendatang baru Premier League.

Kevin De Bruyne yang super kreatif juga dimatikan dan Manchester City hanya membuat dua percubaan tepat sepanjang perlawanan dan itupun hadir pada separuh masa petama.

Pada separuh masa kedua tiada percubaan tepat dari Manchester City yang merekodkan 23 percubaan sepanjang perlawanan dan City bernasib baik beroleh satu mata.

Selepas 4 perlawanan Leeds United buat sementara berada dikedudukan kelima liga dengan 7 mata hasil dua kemenangan satu seri dan satu kalah.

Leeds United: Meslier, Ayling, Koch, Cooper, Phillips, Helder Costa, Klich, Dallas, Alioski, Bamford, Roberts.

Subs: Poveda-Ocampo, Llorente, Rodrigo, Struijk, Davis, Caprile, Shackleton.

Manchester City: Ederson, Walker, Dias, Laporte, Mendy, Rodri, Mahrez, De Bruyne, Foden, Torres, Sterling.

Subs: Stones, Ake, Steffen, Bernardo Silva, Fernandinho, Delap, Palmer.

BACA:  Premier League 2022/23: Manchester United Menang Mudah, Maguire Pamer Aksi Kelas Dunia