Premier League 2020/21: Liverpool 0-0 Manchester United

Perlawanan minggu ke-18 Premier League menjadi perlawanan ditunggu-tunggu musim ini yang menemukan pasukan paling hebat di muka bumi, Liverpool dan pasukan teragung dalam peradaban bola sepak dunia, Manchester United.

Liverpool merupakan penyandang juara dan pasukan hebat yang memenangi pelbagai gelaran dan menjadi pasukan bola sepak bertaraf penakluk dunia walaupun sering kali mengeluh dengan dengan penalti.

Manchester United bukan pasukan yang mempunyai rekod yang baik sejak bersaranya Sir Alex Ferguson namun selalu dan sentiasa meniti dibibir peminat Liverpool dan selalu dijadikan perbandingan.

Permusuhan antara Liverpool dan Manchester bukanlah satu perkara baru, malah telah berlanjutan sejak penghujung abad ke-18 dan ketika itu, pertelingkahan ini lebih kepada perlumbaan ekonomi antara dua bandar yang jaraknya hanyalah kira-kira 60km.

Kau bayangkan pegawai daerah Nilai berlumba dengan pegawai daerah Padang Jawa untuk menaikkan taraf ekonomi daerah masing-masing. Tak ke Padang Jawa tu dah jadi bandaraya sekarang kan?

Disebabkan ketidak berlagaa angina antara dua bandar ini, maka apa sahaja yang dilakukan oleh satu pihak akan mengundang kebencian daripada pihak yang lagi satu dan sifat buruk ini turut dibawa ke sukan bola sepak.

Selama tiga dekad, dari than 1960-an sehingga awal 1990-an, Liverpool nyata lebih unggul dan berbanding Manchester United dengan kejuaran demi kejuaraan.

walaupun skuad Manchester United bangkit seketika di bawah pimpinan bekas kapten Liverpool, Sir Matt Busby pada lewat 1960-an, apabila United memenangi gelaran eropah pertama mereka.

Peristiwa Munich pada tahun 1958 ternyata memberi kesan yang cukup mendalam kepada skuad United. Andai peristiwa Munich itu tidak berlaku, tidak mustahil dekad 60-an kita dapat saksikan persaingan yang lebih sengit antara dua kelab ini.

Jumlah kejuaraan antara kedua-dua kelab juga hampir sama namun amat malang kerana mereka tidak pernah memenangi Piala Emirates seperti Arsenal.

Premier League 2020/21: Liverpool 0-0 Manchester United

Bertandang ke Anfield bukanlah satu perkara mudah buat pasukan lawan dan menjadi medan keramat Liverpool dan terlalu liat untuk Liverpool melepaskan mata kepada mana-mana lawan mereka.

Namun Manchester United pula sebaliknya di bawah kendalian Ole Gunnar Solskjaer yang mempunyai rekod yang terlalu cemerlang di tempat lawan. Jenis tak hormat tuan rumah ni.

Separuh masa pertama menyaksukan perlawanan berlangsung dengan biasa-biasa dan Manchester United bermain dengan lebih banyak bertahan dengan penuh disiplin.

Trio serangan terhebat dunia, Mohamed Salah, Roberto Firmino dan Sadio Mane agak tumpul di babak pertama dengan hanya berjaya membuat satu percubaan tepat dari 9 percubaan.

Manchester United pula hanya berjaya membuat satu sahaja percubaan tanpa percubaan tepat dan mengumpul 7 kesalahan offsaid yang majoritinya menjadi milik Marcus Rashford.

Percubaan paling menarik pula hadir melalui sepakan percuma Bruno Fernandes yang sedikit tersasar.

Pada minit ke-60, Edison Cavani masuk menggantikan Anthony Martial yang tidak berfungsi sama seperti perlawanan yang lain dan hanya sekadar mencukupkan pemain.

Percubaan terbaik Manchester United hadir lagi kali ini melalui rembatan Bruno Fernandes lagi dan Alisson Becker telalu cemerlang yang entah bagaimana masih mampu menghadang.

Alisson Becker terus cemerlang apabila menyelamat remabtan padu jarak dekat Paul Pogba. Mungkin Alisson Becker terkejut bola menuju ke muka lalu tindak balas pantas terjadi.

Perlawanan berakhir dengan keputusan seri tanpa jaringan dan kecemerlangan Alisson Bercker menafikan dua percubaan besar Manchester United.

Liverpool secara keseluruhan menguasai 65 peratus perlawanan dengan 17 percubaan dan hanya 3 percubaan tepat. Percubaan lain tu sekadar nak cantikkan statistik ke?

Keputusan seri ini terus mengekalkan Manchester United untuk terus gayat dipuncak dua mata di depan Leicester City yang menolak Liverpool ditangga ketiga.

Kedudukan Liverpool ditangga ketingga turut diancam Manchester City dan Everton.

Liverpool (4-3-3) Alisson; Alexander-Arnold, Fabinho, Henderson, Robertson; Shaqiri, Thiago, Wijnaldum; Salah, Firmino, Mane.

Substitutes: Kelleher, R Williams, N Williams, Phillips, Milner, Oxlade-Chamberlain, Jones, Minamino, Origi.

Manchester United (4-2-3-1) de Gea; Wan-Bissaka, Lindelof, Maguire, Shaw; McTominay, Fred; Pogba, Fernandes, Martial; Rashford.

Substitutes: Henderson, Bailly, Telles, Tuanzebe, Mata, Matic, van de Beek, Cavani, Greenwood.

BACA:  Premier League 2021/22: Liverpool 3-1 Norwich City