Premier League 2020/21: Liverpool 0-1 Brighton & Hove Albion

Pasukan paling hebat di muka bumi ini, Liverpool sekali lagi seolah-olah mahu membuktikan bahawa kehebatan mereka selaku penyandang juara hanyalah di mulut bacot peminat mereka yang tidak mahu kalah.

Selepas terkoyak hati mereka melihat kemenangan 9-0 Manchester United, peminat Liverpool memasang impian dan angan-angan bahawa pasukan mereka akan menang besar juga.

Pasukan bawahan, Brighton & Hove Albion menghadirkan kekalahan keempat Liverpool musim ini dan membuatkan media sosial penuh dengan rungutan wasit curang.

Penyokong Liverpool mula ‘play victim’ dan memberi alasan tidak masuk akal seolah-olah semua pihak tidak mahu mereka menang.

Dalam bola sepak berformat liga pasukan yang menjaringkan gol yang lebih daripada pasukan lawan akan menjadi pemenang dan itulah dilakukan oleh Brighton & Hove Albion.

Jaringan tunggal perlawanan oleh Steven Alzate sudah cukup untuk memberi Brighton & Hove Albion tiga mata berharga dan memberi sedikit jarak dari zon penyingkiran.

Liverpool menguasai 63 peratus penguasaan perlawanan namun itu tidak dikira untuk ditentukan pasukan mana sebagai pemenang.

Kesian pengadil mesti disalahkan?

Liverpool: Kelleher, Alexander-Arnold, Phillips, Henderson, Robertson, Thiago, Milner, Wijnaldum, Shaqiri, Firmino, Salah. Subs: Adrian, Oxlade-Chamberlain, Jones, Tsimikas, Origi, Davies, Rhys Williams, Cain, Neco Williams.

Brighton: Sanchez, Burn, Dunk, Webster, White, Gross, Bissouma, Alzate, March, Maupay, Trossard. Subs: Karbownik, Connolly, Lallana, Moder, Tau, Zeqiri, Walton, Weir, McGill.

Referee: Kevin Friend.

Baca Juga

Baca Juga