Premier League 2020/21: Liverpool 0-1 Fulham

Liverpool sekali lagi turun di gelanggang keramat mereka, Anfiled yang kini tidak lagi menjadi kubu kebal dan memberi kelebihan kepada mereka menentang Fulham.

Fulham yang berada di zon penyingkiran seperti tiada masalah untuk menjadi mangsa santapan The Reds yang sebelum ini mecatatkan rekod dan sejarah tersendiri.

Kecundang kepada Chelsea menyaksikan Liverpool tewas 5 kali berturut-turut buat pertama kali di Anfield sejak ditubuhkan pada 1892.

twitter.com/OptaJoe/status/1368556499576950790

Sudah pasti Liverpool mahu bangkit dalam perlawnaan ini dengan aksi buruk ketika kalah kepada Chelsea dengan hanya menghasilkan satu sahaja percubaan tepat.

Jurgen Klopp melakukan beberapa pertukaran dengan merehatkan Sadio Mane, Trent Alexander Arnold, Thiago dan Fabinho dan Diogo Jota, Xherdan Shaqiri dan James Milner diturunkan untuk beraksi.

Pemain utama direhatkan mungkin untuk memberi fokus kepada perlawanan Champions League pertengahan minggu ini bertemu RB Leipzig untuk perlawanan kedua.

Perlawanan mudah tidak nampak mudah buat Liverpool apabila terus bergelut untuk mecari gol dan keramat gelanggang kebanggaan mereka semakin suram, mungkin kerana ketiadaan penyokong.

Gol dicari tak kunjung tiba walaupun separuh masa pertama hampir tiba. Gol yang dicari kebolosan yang mendapat. Malang terus menghantui Liverpool atau sememangnya Liverpool lemah.

Sepakan pecuma Fulham yang agak lemah dengan begitu sahaja telah dipatahkan oleh Liverpool dan bola tiba kepada Mohamed Salah yang ketika itu termanggu sendirian.

Mohamed Salah telah bermimpi di tempat yang salah iaitu di tengah padang menyaksikan bola telah dirampas oleh Mario Lemina yang membuatkan Salah terpinga-pinga.

Satu rembatan mencari penjuru gawang berjaya dilakukan oleh Maria Lemina membelah kawasan 6 ela secara menyerong dan membuatkan Alisson Becker tertewas walaupun sudah berhabis jangkauan dilakukan.

Bersambung baki 45 minit kedua, Liverpol terus garang bagi mencari gol penyamaan dan cubaan cantik Diogo Jota hadir namun berjaya ditepis penjaga gol Fulham, Alphonse Areola.

Serangan demi serangan, tekanan demi tekanan telah diberikan oleh Liverpool namun Fulham berjaya melakukan beberapa serangan balas namun kualiti pemain menjadi penghalang untuk gol yang diseterusnya dijaringkan.

Melewati minit ke-80, Liverpool masih gagal mencari penyamaan dan masa semakin suntuk untuk Liverpool untuk mengelakkan rekod terburuk dalam sejarah terus dilebarkan.

Sebanyak 7 minit masa kecederaan diberikan oleh pengadil dan ini membesarkan sedikit peluang buat Liverpool untuk sekurang-kurangnya seri dan tidak tewas lagi.

Namun itu tidak terjadi apabila kekalahan tetap menjadi milik Liverpool dan melebarkan rekod buruk apabila Liverpool tewas 6 kali berturut-turut buat pertama kali di Anfield sejak ditubuhkan pada 1892.

Liverpool: Alisson Becker, Neco Williams, Rhys Williams, Nathan Phillips, Andrew Robertson, James Milner, Giogirnio Wijnaldum, Naby Keita, Xherdan Shaqiri, Mohamed Salah, Diogo Jota.

Subs: Adrian, Fabinho, Thiago Alcantara, Sadio Mane, Alex Oxlade-Chamberlain, Curtis Jones, Tsimikas, Divock Origi, Trent Alexander-Arnold.

Fulham: Areola, Tete, Andersen, Tosin, Aina, Reed, Lemina, Lookman, Cavaleiro, Decordova-Reid, Maja.

Subs: Fabri, Hector, Mitrovic, Ream, Loftus-Cheek, Bryan, Anguissa, Kongolo, Robinson.

The referee: Kevin Friend.

BACA:  Pelabur Dari Dubai Rancang Bida $5 Bilion Untuk Dapatkan Liverpool