Premier League 2020/21: Liverpool 2-0 Southampton

Sang penyandang juara, penakluk Eropah, pasukan paling hebat di muka bumi, Liverpool masih lagi mencari dan berjuang mendapatkan slot untuk bermain di Eropah musim hadapan.

Ketika pasukan atasan turun bermain hanya untuk melengkapkan jadual, Liverpool terus membuktikan mereka penyandang juara paling lemah dan tidak berguna dalam sejarah.

Menentang pasukan Southampton yang pernah dibelasah Manchester United 9-0 sepatutnya menjadi perlawanan yang mudah tetapi seperti dinyatakan sebelum ini Liverpool pasukan lemah.

Perlawanan Liverpool sudah pasti menarik dan berbaloi untuk ditonton walaupun mereka lemah kerana ada sahaja hiburan yang mereka sajikan.

Dalam perlawanan ini kedua-dua pasukan agak seimbang dari segi penguasaan bola dan percubaan dan hanya dibezakan dengan jaringan gol sahaja.

Sadio Mane membuka tirai jaringan pada minit ke-31 selepas menanduk tajak hantaran yang dilakukan oleh rakan karib Mane, Mohamed Salah.

Southampton juga tidak duduk diam apabila berterusan mencari gol penyamaan namuk kecemerlangan Alisson Becker menafikan segala percubaan pemain Southampton.

Alisson Becker sangat ligat untuk naik ke atas dan hampir saja menghadiahkan Southampton gol percuma namun mujur sembat kembali menutup ruang.

Liverpool tidak hanya puas dengan satu gol dan terus mencari dan akhirnya berjaya menggandakan kedudukan pada minit ke-90 melalui Thiago Alcantara.

Kemenangan ini telah meletakkan Liverpool dibelakang West Ham United dengan satu mata dan enam mata dibelakang Leicester City yang bermain lebih satu perlawanan.

Dengan baki empat perlawanan peluang Liverpool untuk ke Champions League masih ada jika Leicester City terus sendu dan kehilangan mata.

Liverpool: Alisson, Alexander-Arnold, Phillips, Williams, Robertson, Fabinho, Thiago, Wijnaldum, Jota, Mane, Salah

Subs: Adrian, Firmino, Oxlade-Chamberlain, Jones, Tsimikas, Shaqiri, Woodburn, Williams, Koumetio.

Southampton: Forster, Walker-Peters, Bednarek, Vestegaard, Stephens, Tella, Ward-Prowse, Armstrong, Redmond, Walcott, Adams

Subs: McCarthy, Djenepo, Obafemi, Salisu, Diallo, Ramsay, N’Lundulu, Ferry, Jankewitz

Baca Juga

Baca Juga