Premier League 2020/21: Liverpool 2-1 Aston Villa

Pertemuan antara Liverpool dan Aston Villa sudah pasti akan menjelmakan sesuatu di benak fikiran ramai berhubung kait dengan satu kisah yang memalukan lagi mengaibkan.

Dibarisi penjaga gol, pertahanan, tengah dan trio serangan terbaik dunia dan memegang gelaran juara bertahan di belasah Aston Villa 7-2 di Villa Park.

Aston Villa yang hanya semata dari zon penyingkiran musim lepas membelasah juara bertahan sehingga tidak mampu mengangkat muka. Memalukan.

Sejam sebelum itu dunia temasuk penyokong Liverpool bergelak tawa dan menganjing Manchester United yang dibelasah Tottenham Hotspur 1-6 di Old Trafford.

Liverpool musim ini jauh berbeza dengan musim lepas yang terbukti hebat dan musim ini kehebatan mereka hanyalah di gigi penyokong mereka.

Dalam tidak hebat Liverpool mereka berjaya menewaskan Aston Villa kali ini 2-1 dengan aksi kebangkitan gol minit akhir yang sangat sensasi di Anfield pula.

Kemenangan ini telah melonjakkan Liverpool ke tangga keempat liga dan merasai sedikit aura Eropah terulung dan itu hanya sementara.

Kemenangan Chelsea ke atas Crystal Palace dengan empat gol berbalas satu telah menolak kembali Liverpool ke tangga kelima.

Usai perlawanan bermula, Liverpool garang menyerang mungkin turun dengan penuh dendam 7-2, percubaan Mohamed Salah pada minit ke-5 berjaya ditepis Emiliano Martinez.

Pada minit ke-12 hantaran tidak berbahaya Diogo Jota menjadi bahaya secara tiba-tiba apabila pemain Aston Villa, Tyrone Mings cuba membuat hantaran kebelakang.

MKerana terlalu casual Tyrone Mings Mohamed Salah pantas menerpa namun Martinez sudah berjaga-jaga menutup ruang dan tolakan Salah sedikit tersasar, kelegaan besar buat Mings.

Ollie Watkins yang pernah merobek Liverpool dalam perlawanan lepas meletakkan Aston Villa dihadapan sebelum tamat separuh masa pertama.

Mudah sahaja gol Ollie Watkins yang menerima hantaran daripada John McGinn, lalu ditahan dengan kaki kanan dan rembatan dilepaskan dengan kaki kiri.

Roberto Firmino menjaringkan gol penyamaan pada masa kecederaan separuh masa pertama namun dibatalkan kerana Diogo Jota terlebih awal offside.

Akhirnya gol penyamaan Liverpool hadir melalui Mohamed Salah yang jelas berusaha keras dan bermain bola sejak awal permainan lagi.

Rembatan Andrew Robertson telah berjaya ditepis Emiliano Martinez dan sepantas kilat Mohamed Salah membuat tandukan susulan.

Trezeguet hampir saja meletakkan kembali Aston Villa dihadapan namun percubaannya dinafikan tiang.

Serangan bertali arus Liverpool ketika masa permainan sebenar sudah tamat akhirnya membuahkan hasil yang sudah lama tidak dirasai di Anfield.

Voli Thiago Alcantara depan muka berjaya ditepis Emiliano Martinez dan bola yang dikeluarkan sampai kepada Trent Alexander Arnold yang segera masuk kembali ketengah.

Selepas membuat imbasan di mana ruang dan peluang yang ada, Trent Alexander-Arnold melepaskan satu rembatan yang melencong secukup rasa untuk gol kemenangan.

Maka selepas ini Trent Alexander-Arnold akan diangkat kembali sebagai pemain hebat dan Gareth Southgate akan dipaksa memanggil pemain ini.

Ini merupakan kemenangan pertama Liverpool di Anfield bagi tahun 2021 dalam saingan Premier League dan pasukan terakhir Premier League merasai nikmat kemenangan di rumah sendiri. tahun ini.

Liverpool(4:3:3): Alisson 5; Alexander-Arnold 7, Phillips 6, Kabak 5(Shaqiri 89 6), Robertson 8; Milner 6, Fabinho 6, Wijnaldum 6 (Thiago Alcantara 70 6); Salah 7, Firmino 6 (Mane 74 6), Jota 7.

Substitutes not used: Keita, Adrian, Oxlade-Chamberlain, Tsimikas, Davies, R Williams.

Aston Villa(4:2:3:1): Martinez 7; Cash 6, Konsa 6, Mings 5, Targett 7; Douglas Luiz 7, Nakamba 6 (Barkley 65 6); Traore 6 (El Ghazi 68 6), McGinn 7, Trezeguet 6(Ramsey 81 6); Watkins 7.

Substitutes not used: Heaton, Taylor, Engels, El Mohamady, Davies, Hause.

Referee: Paul Tierney.

Aston Villa 7-2 Liverpool

Pasukan paling power dan padu di muka bumi yang hanya pinjaman sementara, Liverpool telah diaibkan dan dimalukan dengan begitu saja dengan pasukan Aston Vilaa yang biasanya bergelut untuk kekal di liga.

Liverpool pasukan yang mempunyai deretan pemain terbaik dunia disegenap posisi termasuklah tukang bancuh air dan telah mengecap pelbagai gelaran sejak dua musim yang lalu. Benda dah lepas kira sejarah la kan?

Bagi peminat mereka yang cepat koyak dan tisu apabila dipersoalkan kehebatan pemain mereka maka berjela-jela senarai anugerah dan piala mereka menangi di persembahkan.

Aston Villa tiba-tiba menjadi pasukan yang bukan kaleng-kaleng apabila membenam Liverpool bersama peminat mereka dengan 7 kaki ke dalam. Maaf, 7 gol.

Peminat Liverpool bergembira dan mengejek sakan Manchester United selepas tewas 6-1 kepada Spurs pada perlawanan berlangsung lebih awal.

Ollie Watkins nyata menjadi apabila meletakkan Aston Villa dua gol dihadapan pada minit ke-22 melalui satu gol kelakar dan satu gol serius padu.

Andrian cuba menghantar bola kepada Gomez tetapi tidak sampai dan Jack Grealish memintas dan menghantar kepada Ollie Watkins untuk gol pertama.

Mohamed Salah cuba memberi saingan dengan mengajar kedudukan pada minit ke-33 dan gol itu memberi harapan bahawa kebangkitan akan terjadi.

Dua minit kemudian John McGinn menjaringkan gol ketiga Aston Villa dengan satu rembatan kencang yang terbias kaki pemain pertahanan terbaik dunia membuatkan Adrian tewas lagi.

Ollie Watkins mencipta hatrik pada minit ke-39 melalui satu sundulan untuk kedudukan separuh pertama memihak kepada Villa 4-1 dan pada ketika ramai sudah hilang.

Separuh masa kedua menyaksikan gol kelima terhasil melalui satu rembatan yang terbias dan bola cantik melencong ke penjuru gawang, tidak ada apa lagi yang mampu dilakukan Adrian.

Setakat ini hanya 10 pemain sahaja yang berjaya menjaringkan hatrik ketika menentang Liverpool dan Ollie Watkins merupakan yang ke-10.

Mohamed Salah menjaringkan gol kedua Liverpool ketika semangat kebangkitan hampir pudar dan penyokong Liverpool mula lenyap dari muka bumi.

Jack Grelish menjaringkan dua gol untuk melengkapkan kemenangan penuh kegilaan buat Aston Villa ke atas penyandang juara. Juara nasib ke ni?

Buat pertama kali dalam sejarah Premier League, penyandang juara dibelasah 7-1 yang begitu memalukan dan tidak bermaruah.

Aston Villa: Martínez, Cash, Konsa, Mings, Targett, McGinn, Douglas Luiz, Barkley, Trezeguet, Watkins, Grealish

Subs: Davis, Nakamba, Traoré, El Ghazi, Steer, Hourihane, Ahmed Elmohamady

Liverpool: Adrian, Alexander-Arnold, Gomez, Van Dijk, Robertson, Fabinho, Wijnaldum, Keita, Salah, Firmino, Jota

Subs: Kelleher, Milner, Henderson, Jones, Minamino, Origi, N. Williams.

BACA:  EPL: Villa Pintas Kedudukan Man City Dan Lanjutkan Derita Guardiola