Premier League 2020/21: Liverpool 2-1 Tottenham Hotspur

Perlawanan paling sedap antara yang tersedap pertengahan minggu ini sudah pasti pertemuan antara Liverpool dan Tottenham Hotspur siapa menang akan terus memanjat ke puncak liga.

Enjit-enjit semut siapa sakit naik atas dan perlawanan ini siapa menang naik atas. Jika Liverpool tewas atau seri maka Spurs akan kekal gayat.

Seawal wisel permulaan ditiup oleh pengadil perlawanan, Anthony Taylor, Liverpool terus garang menyerang dan mengasak kubu pertahanan Spurs.

Dengan permainan high pressing sudah pasti Liverpool menguasai perlawanan dengan begitu ketara namun Spurs tenang sahaja menunggu dengan sabar.

Gandingan Harry Kane dan Son Heung Min sudah pasti menjadi senjata Jose Mourinho untuk melakukan serangan balas pantas yang sangat digeruni.

Akhirnya Mohamed Salah membuka tirai jaringan pada minit ke-26 melalui satu cubaan yang terbias pertahanan Spurs.

Biasan itu membantu cubaan Salah melepasi jangkauan Hugo Lloris.

Namun Son Heung Min kembali mengikat kedudukan apabila menyempurnakan hantaran lolos Giovani Lo Celso yang berjaya membelah pertahanan Liverpool.

Sentuhan penyudah Son Heung Min tiada ubatnya, Video Assistant Referee(VAR) meneliti jaringan Son samada offside atau tidak.

Dalam sekejapan masa gol itu disahkan dan tiada kecurangan berlakuk, kedudukan 1-1 kekal hingga masa rehat.

Awal babak kedua, Spurs hampir saja menggandakan kedudukan namun tiang menjadi penghalang.

Tandukan ke belakang Son Heung Min berjaya dihidu dan melakukan larian mebelah pertahanan Liverpool dan lencongan yang dilakukan Steven Bergwijn jauh melepasi jangkauan Alisson Becker.

Namun bola memilih untuk menghantuk tiang gol daripada masuk ke gawang Liverpool. Tiang sangat mencemburui Spurs.

Mohamed Salah sesekali terlepas dan dengan liarnya telah berjaya melepaskan rembatan namun gagal menewaskan Hugo Lloris buat kali kedua.

Pada minit ke-73 rembatan padu Sadio Mane sudah pun berjaya menewaskan Hugo Lloris tapi sayang bola sedikit tinggi mencium sipi-sipi palang dan keluar.

Liverpool tidak berputus asa dan berterusan mengasak namun kekebalan Spurs sesekali pecah namun tidak dijelmakan dengan jaringan gol.

Ketika masa perlawanan sebenar hampir tamat, Roberto Firmino menyudul masuk sepakan penjuru Andrew Robertson untuk meletakkan Liverpool kembali di depan.

Jaringan Firmino itu sudah cukup untuk Liverpool meraih 3 mata berharga dan gayat dipuncak dengan kelebihan tiga mata.

Kemenangan minit akhir Liverpool ini seakan menjelma kembali aura sang juara yang selama ini menyala dengan lemah.

Jarang-jarang Mourinho kena gol minit ke-90 dan tewas di Premier League, Firmino pemain ketiga melakukannya selepas Mark Viduka dan Oussama Assaidi.

Liverpool (4-3-3) Alisson; Alexander-Arnold, R Williams, Fabinho, Robertson; Jones, Henderson, Wijnaldum; Salah, Firmino, Mane.

Substitutes: Kelleher, Phillips, N Williams, Keita, Oxlade-Chamberlain, Minamino, Origi.

Tottenham Hotspur (4-2-3-1) Lloris; Aurier, Alderweireld, Dier, Davies; Sissoko, Hojbjerg; Bergwijn, Lo Celso, Son; Kane.

Substitutes: Hart, Reguilon, Rodon, Winks, Alli, Ndombele, Lucas Moura.

Referee Anthony Taylor.

BACA:  Siri Jelajah Liverpool; Serangan Hebat Namun Pertahanan Dalam Kebimbangan