Perlawanan tumpuan Premier League minggu ini menemukan penyandan juara, Liverpool dan pasukan yang lemah dan lembik, dari London Arsenal yang semakin yakin permainannya.
Tapi sayang perlawanan ini sedikit terencat kerana berlangsung di pertengahan minggu dan pada jam 3 pagi pulak doh.
Liverpool seperti biasa sebagai pasukan yang power akan terus menyerang-menyerang dan menyerang seawal wisel permulaan ditiup oleh pengadil dan Arsenal tenang menyerap segala asakan.
16 – Arsenal have won just one of their last 16 away league games against the reigning champions (D6 L9), beating Man City 2-0 in Jan 2015. However, the Gunners have won their last two visits to Anfield with Liverpool as reigning champions (2-0 May 1989, 1-0 March 1991). Battle. pic.twitter.com/D8V3ddO7VU
— OptaJoe (@OptaJoe) September 28, 2020
Seawal minit ketiga Sadio Mane telah dilayangkan kad kuning dan terselamat dari dibuang padang selepas kelihatan seperti menghayunkan tangan ke muka Kieran Tierney
Selepas 10 minit permainan satu sundulan berbahaya Virgil Van Dijk telah berjaya dikeluarkan dengan jayanya oleh David Luiz.
Sadio Mane berada dalam kedudukan terbaik untuk menjaringkan gol namun sayang rembatan kencangnya telah berjaya dihadang oleh tangan Bernd Leno.
Four players have made errors leading to goals in this season's Premier League:
🔵 Kepa Arrizabalaga (2)
🔴 Virgil van Dijk (1)
🔵 Thiago Silva (1)
🔴 Andrew Robertson (1)Chelsea and Liverpool's finest. pic.twitter.com/H1bJPwkVEf
— Squawka Football (@Squawka) September 28, 2020
Selepas 20 minit permainan 4 percubaan yang berjaya dilakukan oleh Liverpool berbanding Arsenal hanya satu.
Rembatan Trent Alexander-Arnold yang terbias kaki pemain Arsenal hampir saja menerjah jaring tetapi sayang terkena palang dan menafikan gol pendahuluan Liverpool.
Hantaran ke belakang Arsenal hampir mengundang padah apabila kehilangan bola dan mujurlah rembatan Georginio Wijnaldum lemah dan tepat ke Bernd Leno.
Sejurus selepas itu Arsenal terus melancarkan serangan dan Ainsley Maitland-Niles telah melakukan hantaran ke dalam kotak yang gagal dikeluarkan oleh Virgil Van Dijk.
7 – Alexandre Lacazette is the first Arsenal player to score in the first three matchdays of a Premier League season since Olivier Giroud in 2013-14. Opportunist. pic.twitter.com/acoYv6nP5C
— OptaJoe (@OptaJoe) September 28, 2020
Andrew Robertson cuba mengeluarkan bola tapi malangnya menjadi hantaran ke belakang kepada Alexandre Lacazette yang terus melibas dan melantunkan bola ke gawang menewaskan Alisson Becker yang sudah merebahkan badan.
Lemas Alisson Becker yang terkapai-kapai cuba menepis, namun Liverpool tidak panik dan segera membalas untuk kembali mengimbangi kedudukan.
Rembatan Mohamed Salah selepas melakukan larian cantik dari tepi telah ditepis Bernd Leno.
147 – There were just 147 seconds between Arsenal and Liverpool's first goals of the game. Snookered.
— OptaJoe (@OptaJoe) September 28, 2020
Tapi malangnya bola pergi tepat ke kaki Sadio Mane yang tidak dikawal lalu mudah saja buat Mane menolak ke gawang terkangkang luas.
Liverpool seolah-olah mempermainkan perasaan Arsenal apabila memberi satu gol dan mengambilnya balik dengan dua gol dalam tempoh lima minit.
Hantaran lintang Trent Alexander-Arnold membolehkan Andrew Robertson menebus kembali kesilapan dengan satu tolakan cantik dan tenang menewaskan Leno buat kali kedua.
7 – Andrew Robertson has either scored or assisted in seven of his last eight Premier League appearances for Liverpool, only failing to do so against Chelsea (2 goals, 5 assists). Redemption. pic.twitter.com/QHNGla7cP9
— OptaJoe (@OptaJoe) September 28, 2020
Tiada gol tambahan selepas itu sehingga tamat separuh masa pertama yang padu permainannya.
Percubaan padu Virgil van Dijk pada minit ke-60 berjaya dicangkuk keluar oleh Bernd Leno ke kawasan selamat.
Alexandre Lacazette membazirkan peluang keemasan apabila lorongan cantik Daniel Ceballos gagal di sempurnakan dengan jaringan ketika situasi satu lawan satu.
All three of Arsenal's shots on target so far have fallen to Alexandre Lacazette.
— Squawka Football (@Squawka) September 28, 2020
Mudah buat Alisson Becker menepis percubaan Lacazette yang mempunyai ruang yang cukup untuk menghasilkan gol.
Pada minit ke-80, Jurgen Klopp melakukan dua pertukaran serentak memasukkan James Milner dan Diogo Jota menggantikan Naby Keita dan Sadio Mane.
Diogo Jota mensia-siakan peluang apabila larian geluncuran Salah dari kanan disusuli hantaran kepada Jota yang tidak dikawal tidak mampu diterjemahkan dalam bentuk gol.
The last three players to score on their Premier League debut for Liverpool:
🔴 Sadio Mané
🔴 Mohamed Salah
🔴 Diogo JotaAnother forward making a flying start under Jürgen Klopp.
— William Hill (@WilliamHill) September 28, 2020
Hantaran Wijnaldum menemui Jota yang tidak dikawal namun belum sempat Jota bertindak Salah datang menggangu cuba merampas bola dari Jota dan semuanya sia-sia.
Pengulas menyifatkan Salah bersikap tamak namun dalam bola sepak semua boleh terjadi.
Diogo Jota akhirnya berjaya membuka buku rekod jaringan dalam debutnya di Premier League bersama Liverpool dengan satu rembatan menewaskan Leno buat kali ketiga.
Arsenal have not beaten Liverpool at Anfield in EIGHT YEARS.
September 2012: Mikel Arteta in midfield
September 2020: Mikel Arteta as managerThe more things change… pic.twitter.com/WawyVZIyOs
— Squawka Football (@Squawka) September 28, 2020
Arsenal gagal untuk menewaskan Liverpool di Anfield telah cukup 8 tahun dan kali terakhir Arsenal menang di Anfield pada September 2012 ketika Mikel Arteta masih bermain.
Akhirnya kemenangan berpihak kepada Liverpool yang jelas lebih baik dan tidak kejam untuk membelasah Arsenal dengan lebih teruk.
Dalam beberapa hari lagi Arsenal akan bertemu Liverpool sekali lagi, kali ini di saingan Carabao Cup.
Liverpool (4-3-3) Alisson Becker; Trent Alexander-Arnold, Joseph Gomez, Virgil van Dijk, Abdrew Robertson; Naby Keita, Fabinho, Georginio Wijnaldum; Mohamed Salah, Roberto Firmino, Sadio Mane.
Simpanan: Adrian, Neco Williams, James Milner, Curtis Jones, Takumi Minamino, Diogo Jota, Divock Origi.
Arsenal (3-4-3) Bernd Leno; Rob Holding, David Luiz, Kieran Tierney; Hector Bellerin, Mohamed Elneny, Granit Xhaka, Ainsley Maitland-Niles; Willian, Alexandre Lacazette, Pierre Emerick-Aubameyang.
Simpanan: Runar Alex Runarsson, Gabriel, Bukayo Saka, Sead Kolasinac, Daniel Ceballos, Nicolas Pepe, Edward Nketiah.