Premier League 2020/21: Liverpool 4-0 Arsenal

Perlawanan yang menemukan Liverpool dan Arsenal merupakan pertembungan tersedap Premier League bagi minggu yang ke-12 selepas kembali dari cuti rehat antarabangsa.

Namun perlawanan ini sedikit dibayangi oleh masa depan pengurus kesayangan ramai ketika ini Ole Gunnar Solskjaer yang dilihat berada dihujung tanduk selepas terkulai di kaki Watford.

Arsenal turun dengan keangkuhan dan yakin teramat sangat kepada diri sendiri apabila melalui 8 perlawanan terakhir tanpa tewas dengan 6 kemenangan dan dua seri selepas tewas kesemua tiga perlawanan awal.

Liverpool pula agak tidak konsisten apabila mencatatkan dua kemenangan tiga seri dan satu tewas sebelum cuti rehat, situasi ini menambahkan lagi keyakinan Arsenal.

Namun Liverpool merupakan pasukan penuh pengalaman untuk pasukan mudah dan mentah seperti Arsenal yang yakin tanpa pedoman.

Jurgen Klopp telah mengajar Mikel Arteta apa itu bola sepak sebenar apabila membelasah Arsenal 4 tanpa tanpa belas dan mengingatkan kembali bahawa Arsenal itu lemah dan lembik.

Permainan separuh masa pertama menyaksikan Arsenal tidak mempamerkan permainan mereka seperti sebelum ini dan kelihatan goyang. Liverpool pula tidak beraksi dengan baik namun lebih baik daripada Arsenal.

Aaron Ramsdale terpaksa bekerja keras menafikan percubaan bahaya dari Liverpool dan jelas kelihatan disini pengalaman yang ada pada barisan pemain Liverpool tidak mampu ditandingi skuad muda Arsenal.

Namun Arsenal masih lagi mengekang Liverpool dari mendahului.

Pada minit ke-32, situasi tegang ke tahap yang maksima apabila Mikel Arteta nyata hilang akal dan tidak dapat menahan amarahnya dan hampir bertumbuk dengan Jurgen Klopp.

Semua ini berpunca daripada kejahatan yang sangat jelas Sadio Mane ke atas Takehiro Tomiyasu di mana tiada sebarang kad yang dilayangkan kepada Mane.

Pertengkaran mulut mula tercetus di tepi padang antara Mikel Arteta dan Jurgen Klopp. Entah apa yang merasuk Arteta apabila dengan argesifnya cuba menyerang Klopp.

Namun Arteta sempat ditarik oleh staf kejurulatihan lalu pengadil perlawanan telah melayangkan kad kuning kepada kedua-dua pengurus dan perlawanan kembali bersambung.

Akhirnya Sadio Mane berjaya meletakkan Liverpool dihadapan pada minit ke-39 melalui satu sundulan tajam selepas menerima hantaran padu seperti biasa dari Trent Alexander Arnold.

Kedudukan ini kekal hingga tamat separuh masa pertama.

Diogo Jota menggandakan kedudukan buat Liverpool selepas tujuh minit permainan bersambung dengan gol yang penuh bergaya.

Kesilapan barisan pertahanan Arsenal dimanfaatkan oleh Jota apabila dengan mudah telah mengayam-ayamkan barisan pertahanan Arsenal termasuklah Aaron Ramsdale.

Ternyata percaturan Mikel Arteta yang cuba untuk menyerang sehabis daya memakan diri dan terus dihukum oleh Liverpool.

Pemain paling sensasi ketika ini, Mohamed Salah tidak mahu melepaskan peluang mencetak nama selaku penjaring apabila menjaringkan gol ketiga Liverpool pada minit ke-73 hasil umpanan Sadio Mane.

Pada minit ke-76, Jurgen Klopp mengeluarkan Diogo Jota dan memasukkan pemain yang berasal dari Jepun, Takumi Minamino.

Hanya seminit sahaja diperlukan Minamino untuk berada di padang apabila menjaringkan gol keempat Liverpool pada minit ke-77 dan Trent Alexander Arnold sekali lagi melakukan assist.

Sentuhan pertama Minamino dalam perlawanan ini terus menghasilkan gol.

Kemenangan ini membolehkan Liverpool terus mengekori Chelsea yang mudah menundukkan Leicester City dalam perlawanan yang berlangsung lebih awal dengan ketinggalan empat mata.

Walaupun tewas Arsenal masih lagi kekal ditangga yang kelima dengan 20 mata.

Liverpool: Alisson (8), Alexander-Arnold (8), Matip (7), Van Dijk (8), Tsimikas (7), Fabinho (7), Thiago (7), Oxlade-Chamberlain (8), Salah (8), Jota (8), Mane (8).

Pemain Gantian: Henderson (6), Minamino (7), Morton (n/a).

Arsenal: Ramsdale (6), Tomiyasu (6), Gabriel (5), White (5), Tavares (4), Partey (6), Lokonga (4), Saka (5), Smith Rowe (5), Lacazette (6), Aubameyang (5).

Pemain Gantian: Odegaard (5), Maitland-Niles (5), Elneny (n/a).

Man of the Match: Mohamed Salah.

BACA:  Premier League 2020/21: Arsenal 0-1 Manchester City