Premier League 2020/21: Manchester City 0-2 Manchester United

Manchester Derby yang sudah pasti menemukan dua pasukan daripada bandar Manchester iaitu Manchester United dan Manchester City berlangsung pada kebiasaannya dalam satu perlawanan yang tidak menarik dan membosankan.

Macnhester United menjadi harapan semua kelab di Premier League minggu ini untuk menewaskan Manchester City sekaligus mampu mengurangkan jurang mata.

Manchester City sangat gah dan diramal untuk menjadi juara dan kemenangan Manchester United sekurang-kurangnya dapat menangguhkan kejuaraan City menjadi sedikit lewat.

Gabriel Jesus memberi hadiah awal kepada Manchester United apabila telah melakukan satu sentuhan kepada Anthony Martial yang telah dikepung yang menyaksikan sepakan penalti diberikan tanpa dakwa-dakwi lagi.

Sudah pasti, Bruno Fernandes tidak berdepan masalah untuk menyempurnakan tugasnya itu dengan penuh yakin, penjaga gol Manchester City, Ederson berjaya membaca arah sepakan Bruno Fernandes.

Tapi sepakan Bruno Fernandes terlalu laju dan Ederson tertewas seawal minit kedua dan buat pertama kali Manchester City ketinggalan dalam 20 perlawanan terakhir.

Secara tepatnya gol Bruno Fernandes terhasil selepas saat ke-101 dan Manchester United pula tidak pernah tewas dalam 102 perlawanan Premier League selepas mendahului di separuh masa pertama.

Dalam 102 perlawanan Premier League selepas mendahului pada separuh masa pertama Manchester United mencatatkan 90 kemenangan dan 12 kali seri.

Kali terakhir mereka tewas dengan situasi ini pada September 2014 ketika dibawah Louis van Gaal, tewas 3-5 kepada kebangkitan gila Leicester City. Tak tahu la kan sekarang?

Selepas jaringan tersebut tiada apa lagi yang dilakukan oleh Manchester United kecuali bertahan dengan gila-gila menyerap segala asakan Manchester City tanpa rasa melekit.

Sesekali juga ada juga serangan balas yang dilakukan oleh pemain Manchester United usai berjaya memotong bola serangan Manchester City.

Pemain penyerang Manchester United juga boleh dilihat berada dalam kotak penalti sendiri membuktikan bahawa sangat gila cubaan Manchester United mempertahankan kelebihan satu gol sehingga tamat 45 minit pertama.

Lima minit bersambung separuh masa kedua menyaksikan Manchester United berjaya menggandakan kedudukan hasil jaringan Luke Shaw.

Luke Shaw membawa bola dari tengah dan menghantar kepada Marcus Rashford yang mengembalikan bola kepada Shaw. Satu rembatan leret dan meleleh dilepaskan Shaw dicelahan kelangkang pemain City.

Boom! Bola meleret jauh dari jangkauan Ederson yang tertewas buat kali kedua malam ini di kaki jiran mereka yang berwarna merah.

Manchester City terus menyerang dan Manchester United tidak bertahan gila-gila lagi dengan kelebihan dua gol dan cuba untuk terus menambah jaringan.

Minit ke-68 peluang terbaik terbaik hadir untuk gol ketiga Manchester United, namun Anthony Martial apa yang kau nak harapkan?

Anthony Martial memilih untuk melakukan penyudah agak fancy berbanding meledakkan satu rembatan ketika berdepan satu lawan satu dengan Ederson. Hasilkan bola dikeluarkan oleh kaki Ederson.

Pada minit ke-72 Marcus Rashford tidak mampu meneruskan perlawanan lagi kerana kecederaan dan digantikan dengan Mason Greenwood.

Kegarangan dan nafsu menyerang Manchester City mengedur berkadaran dengan masa yang berbaki atau mungkin pemain Manchester City mati akal dengan kehebatan taktikal Ole Gunnar Solskjaer.

Memasuki masa kecederaan Manchester City kembali bersungguh untuk mengurangkan defisit jaringan namun tidak kunjung tiba sehingga wisel penamat.

Ole Gunnar Solskjaer mencipta sejarah tersendiri apabila menjadi pengurus Manchester United pertama menang setiap perlawanan dalam 3 perlawanan pertama di Manchester City dalam semua perlawanan.

Kekalahan ini mengurangkan jarak mata City dengan United kepada 11 mata dengan Premier League bebaki 10 perlawanan lagi, seperti tak memberi kesan kepada Manchester City.

Man City: Ederson, Joao Cancelo, Ruben Dias, John Stones, Oleksandr Zinchenko, Ilkay Gundogan, Rodri, Kevin De Bruyne, Riyad Mahrez, Gabriel Jesus, Raheem Sterling.

Subs: Kyle Walker, Sergio Aguero, Zack Steffen, Aymeric Laporte, Bernardo Silva, Ferran Torres, Benjamin Mendy, Fernandinho, Phil Foden.

Man Utd: Dean Henderson, Aaron Wan Bissaka, Victor Lindelof, Harry Maguire, Luke Shaw, Scott McTominay, Fred, Daniel James, Bruno Fernandes, Marcus Rashford, Anthony Martial.

Subs: Eric Bailly, Mason Greenwood, Lee Grant, Amad Diallo, Alex Telles, Namenja Matic, Brandon Williams, Axel Tuanzebe, Shola Shoretire.

Referee: Anthony Taylor.

BACA:  Lingard: Ini Musim Terbaik Saya Sepanjang Bergelar Pemain Manchester United