Premier League 2020/21: Manchester City 1-2 Chelsea

Pertemuan Manchester City menentang Chelsea bola diibaratkan sebagai perlawanana pemanas badan atau pra final Champions League yang akan berlangsung pada hujung bulan ini.

Misi Manchester City ini sangat jelas dan sudah pasti kemenangan yang dicari bagi membolehkan kejuaraan Premier League mereka dapat disahkan secara rasmi.

Chelsea juga pasti mahukan kemenangan bagi mengesahkan slot mereka ke Champions League dan memintas Leicester City serta masih berpeluang untuk mengejar tempat kedua walaupun agak tipis.

Separuh masa pertama, Manchester City lebih dominan dan Chelsea tidak mendapat rentak yang diperlukan mereka dalam perlawanan ini.

Pada minit ke-43 larian dari sebelah kanan Gabriel Jesus berjaya menerobos pertahanan Chelsea dan menarik keluar Eduoard Mendy sebelum hantaran dilakukan mencari Sergio Aguero.

Malang buat Aguero ketika gawang sudah luas terbuka sentuhan pertamanya agak kelaut dan kelam kabut mujur Raheem Sterling yang berada dibelakang datang mencilok.

Raheem Sterling segera menolak bola ke gawang sebelum Eduoard Mendy sempat kembali untuk menghalang.

Pada masa kecederaan, Manchester City memperoleh peluang untuk menggandakan kedudukan selepas Billy Gilmour menjatuhkan Gabriel Jesus di dalam kotak penalti.

Sergio Aguero tampil mengambil tanggungjawab membuat sepakan penalti dan mimpi ngeri Manchester City bermula apabila Aguero telah melakukan sepakan panenka.

Satu sepakan yang memerlukan keyakinan dan teknik yang tinggi serta mampu memaksa penjaga terbang ke kiri atau kanan terlebih dahulu.

Malang bua Aguero segalanya sudah sempurna namun penjaga gol Chelsea Eduard Mendy belum terbang dan hanya menggunakan sebelah tangan untuk menyelamatkan sepakan Aguero.

Separuh masa kedua, Chelsea memperkemaskan permainan dan tampak makin berbisa yang akhirnya berjaya melakukan kebangkitan ke atas Manchester City.

Dua kali berturut-turut Chelsea berjaya menjaringkan gol namun mujur buat Manchester City apabila jaringan tersebut dibatalkan kerana offside.

Hakim Ziyech akhirnya berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-63 selepas tenang menyempurnakan hantaran Cesar Azpilicueta dengan satu ketenangan abadi.

Raheem Sterling dua kali dinafikan sepakan penalti selepas dua kali Kurt Zouma datang menghalang dalam situasi yang hampir sama.

Chelsea tampak semakin yakin dan Manchester City pula semakin sendu dan agak bergelut di separuh masa kedua.

Ketika perlawanan hampir tamat dan perlawanan tampak akan berakhir dengan keputusan seri, Marcus Alonso hadir dengan gol kemenangan pada minit ke-92.

Kekalahan ini telah menangguhkan hajat Manchester City yang mahu dinobatkan sebagai juara secara rasmi dan kegagalan sepakan penalti Aguero seakan menjadi punca.

Chelsea pula berjaya naik ke tangga ketiga memintas Leicester City yang agak menjunam prestasi mereka dalam beberapa perlawanan terakhir ini.

Manchester City: Ederson, Ake, Dias, Laporte, Joao Cancelo, Rodri, Mendy, Torres, Aguero, Sterling, Gabriel Jesus.

Subs: Walker, Gundogan, Zinchenko, Steffen, Bernardo Silva, Fernandinho, Mahrez, Foden, Garcia.

Chelsea: Mendy, Azpilicueta, Christensen, Rudiger, Kante, James, Ziyech, Gilmour, Alonso, Pulisic, Werner.

Subs: Arrizabalaga, Jorginho, Abraham, Zouma, Giroud, Hudson-Odoi, Havertz, Emerson Palmieri, Livramento.

Referee: Anthony Taylor (Cheshire).

BACA:  Arsenal Sedia Jual Sanchez, Sasar Malcom Sebagai Pengganti