Premier League 2020/21: Manchester City 1-2 Leeds United

Dua gol Stuart Dallas pada lewat permainan setiap separuh masa telah menghadiahkan Manchester City kekalahan keempat musim ini selepas entah berapa lama tidak tewas di Premier League.

Lebih gila kemenangan Leeds United diperolehi selepas pasukan bimbingan Marcelo Bielsa itu bermain 10 orang untuk separuh masa kedua.

Stuart Dallas memberi kejutan kepada pasukan pelawat yang hanya menghitung hari untuk bergelar juara dengan gol pembukaan pada minit ke-42.

Tolakan Patrick Bamford terus disudahkan dengan satu rembatan leret oleh Stuart Dallas.

Selepas itu Liam Cooper telah melakukan satu terjahan yang boleh tahan ganas ke atas Gabriel Jesus yang lemah lembut dan terus dilayangkan kad merah.

Sejarah dicipta Liam Cooper apabila menjadi pemain pertama Leeds United dibuang padang dalam perlawanan Premier League sejak 2004.

Kali terakhir pemain Leeds United menerima kad merah di Premier League ialah Mark Viduka ketika menentang Bolton, 17 tahun lalu.

Satu tugas sukar untuk Leeds United mempertahankan satu gol dengan 10 pemain untuk baki 45 minit permainan.

Manchester City mendominasi babak kedua dan akhirnya Ferran Torres memberi gol penyamaan yang dicari-cari pada minit ke-75.

Gol pertama Ferran Torres di Premier League sejak disember.

Keghairahan Manchester City mencari gol kemenangan untuk membuat kebangkitan sensasi seperti Liverpool tidak kesampaian.

Hantaran lolos Ezgjan Alioski disusuli larian Stuart Dallas memberi gol kemenangan kepada Leeds United pada penghujung perlawanan.

Man City: Ederson, Joao Cancelo, Stones, Ake, Mendy, Bernardo Silva, Fernandinho, Zinchenko, Torres, Gabriel Jesus, Sterling.

Subs: Walker, Dias, Gundogan, Steffen, Rodri, De Bruyne, Mahrez, Foden, Garcia.

Leeds: Meslier, Ayling, Llorente, Cooper, Alioski, Phillips, Raphinha, Dallas, Roberts, Helder Costa, Bamford.

Subs: Koch, Poveda-Ocampo, Casilla, Hernandez, Struijk, Berardi, Gelhardt, Klich, Shackleton.

Referee: Andre Marriner.

Baca Juga

Baca Juga