Premier League 2020/21: Manchester United 0-0 Chelsea

Share on facebook
Share on twitter

Manchester United sudah pasti masih dibuai kenangan kemenangan 4 gol tanpa balas ketika menentang Chelsea pada musim lalu sehingga ada menggelar Chelsea perempuan simpanan Manchester United.

Namun Chelsea musim ini telah diperkuatkan dengan muka baru dengan nilain sehingga ratusan juta tetapi benda baru tidak semestinya bagus dan kadang kala memerlukan masa untuk serasi bersama.

Peralawanan yang berlangsung dalam hujan lebat di Old Trafford sedikit sebanyak merencatkan kelancaran permainan atau sememangnya dua pasukan ini yang hambar.

Tempoh 20 minit pertama dirasakan sangat perlahan dan membosankan dengan bol banyak berlegar-legar dikawasan tengah dan kegagalan menembuasi benteng pertahanan.

Edouard Mendy telah menghiburkan semua dengan satu aksi yang tidak disangka-sangka dan tidak masuk akal apabila hantaran beliau ke gawang sendiri hampir mengundang padah.

Harry Maguire yang kembali beraksi juga sudah menunjukkan peningkatan apabila telah memeluk lelaki yang betul di dalam kotan penalti dan bukan lagi rakan sendiri.

Cesar Azpilicueta telah dipeluk dengan begitu ketat, padat dan sendat oleh Harry Maguire ketika perebutan bola tinggi dan berjaya menanduk keluar bola.

Ajaibnya tiada apa-apa tindakan daripada pengadil dan tiada rujukan Video Assistant Referee(VAR) dilakukan. Pelukan ketat-ketat atau headlock yang selamat dari Maguire.

Percubaan terbaik dalam separuh masa pertama adalah daripada Juan Mata yang berjaya melencongkan bola daripada celahan pemain pertahanan Chelsea.

Namun Edouard Mendy nyata tangkas dengan satu tindakan reflek yang mengagumkan dengan satu layangan badan menepis keluar percubaan Juan Mata.

Sebelum itu Edouard Mendy telah berjaya menghadang percubaan deras Marcus Rashford dalam situasi satu lawan satu.

Hampir 15 minit babak kedua berlangsung, Ole Gunnar Solksjaer melakukan dua pertukaran serentak mengeluarkan Juan Mata dan Daniel James.

Paul Pogba dan penjaring terbanyak sepanjang zaman Paris Saint-Germain, Edison Cavani yang memakai jersi keramat bernombor 7 dimasukkan dan membuat debut untuk Manchester United.

Beberapa saat di padang Cavani telah menunjukkan biasanya dengan satu kuisan bersahaja yang berpunca daripada hantaran Bruno Fernandes.

Bola menerjah sisi jaring dan cukup untuk membuatkan Edouard Mendy menggelupur.

Hantaran panjang Harry Maguire berjaya mencari Marcus Rahsford yang berjaya membuat larian solo klasik beliau dan melakukan satu flick sebelum merembat.

Sayang percubaan itu berjaya dihadang pertahanan Chelsea.

Berbaki 20 minit, Frank Lampard mengeluarkan Kai Havertz dan Timo Werner yang tidak berfungsi memasukkan Tammy Abraham dan Mason Mount.

Perlawanan terus berlangsung hambar dan ramai pemain mula terjatuh tergolek dan mengalami kecederaan dengan aksi kekasaran demi kekasaran dari kedua belah pihak.

Edouard Mendy terus cemerlang dengan aksi yang fantastik apabila sekali lagi melayangkan badan menepis keluar rembatan Marcus Rashford dengan penuh bergaya.

Akhirnya pengadil meniup wisel penamat menandakan perlawanan tamat seri tanpa jaringan, Ole Gunnar Solskjaer kelihatan tersengih-sengih dengan keputusan itu.

Manchester United: de Gea, Wan Bissaka, Lindelof, Maguire, Shaw, McTominay, Fred, Mata, Bruno Fernandes, James, Rashford.

Subs: Pogba, Cavani, Greenwood, Henderson, Matic, van de Beek, Tuanzebe.

Chelsea: Mendy, Azpilicueta, Thiago Silva, Zouma, James, Jorginho, Kante, Chilwell, Havertz, Pulisic, Werner.

Subs: Rudiger, Abraham, Caballero, Kovacic, Giroud, Mount, Ziyech.

BACA:  Courtois: Cintaku Tertinggal di Madrid
Share on facebook
Share on twitter