Premier League 2020/21: Manchester United 1-0 West Brom

Ole Gunnar Solksjaer seakan telah mengaktifkan pelan menyelamat karier beliau di Old Trafford apabila terus mencatatkan kemenangan selepas Premier League kembali bersambung selepas memberi laluan kepada perlawanan antarabangsa.

Kemenangan ke atas Everton meredakan khabar angin tentang pemecatan Ole Gunnar Solksjaer dan seperti sebelum ini jika berita pemecatan bertebaran Ole akan mencatatkan perlawanan tanpa kalah.

Adakah ini akan terjadi lagi?

West Bromwich Albion mengunjungi Old Trafford untuk merasai kekalahan yang berpunca daripada sepakan penalti Bruno Fernandes yang merupakan gol tunggal perlawanan.

Senjata rahsia Setan Merah – Penalti Bruno Fernandes.

Anthony Martial yang mempamerkan aksi penyerang berkelas dunia gagal untuk menjaringkan gol walaupun bermain dengan baik dengan beberapa peluang yang disia-siakan.

Video Assistant Referee(VAR) telah menafikan penalti West Brom pada awal separuh masa kedua selepas Bruno Fernandes jelas kelihatan menyepak kaki pemain West Brom.

Tidak lama berselang, Manchester United dihadiahkan penalti dan Bruno Fernandes gagal menyudahkan sepakan.

Namun sepakan semula diberikan dan peluang kedua tidak menjadi masalah untuk Bruno Fernandes menjaringkan gol.

Gol tunggal yang sudah cukup untuk memberi Manchester United tiga mata berharga.

Manchester United (4-2-3-1) de Gea; Wan-Bissaka, Lindelof, Maguire, Telles; Fred, Matic; Mata, Fernandes, Rashford; Martial.

Substitutes: Henderson, Tuanzebe, Williams, James, McTominay, van de Beek, Cavani.

West Bromwich Albion (5-4-1) Johnstone; Furlong, Ajayi, Ivanovic, Bartley, Townsend; Pereira, Sawyers, Gallagher, Diangana; Grant.

Substitutes: Button, O’Shea, Phillips, Harper, Krovinovic, Robson-Kanu, Robinson.

BACA:  [VIDEO]: Roy Keane Diserang Dan Ditanduk Penyokong Arsenal Di Emirates