Premier League 2020/21: Manchester United 1-1 Fulham

Manchester United turun menentang Fulham yang telah selamat disingkirkan dari Premier League dengan jayanya selepas ditewaskan oleh Liverpool dan mendapat rehat yang cukup dengan mengharungi jadual padat.

Buat pertama kali selepas hampir setahun kesunyian, Old Trafford telah kembali dihuni oleh penyokong di mana seramai 10,000 orang penonton dibenarkan masuk untuk menyaksikan perlawanan menentang Fulham ini.

Mereka ini ada penyokong yang merindui aksi bola sepak depan mata bukannya perusuh.

Sebelum permainan berlangsung, Manchester United telah mengumumkan Luke Shaw yang cemerlang, gemilang dan terbilang sebagai pemain terbaik tahunan kelab mengatasi Bruno Fernandes bagi musim 2020/21.

Bruno Fernandes pula telah dipilih sebagai pemain terbaik kelab melalui undian peminat untuk anugerah yang digelar Sir Matt Busby Player of the Year.

Gol Bruno Fernandes menentang Everton dipilih gol terbaik Manchester United musim ini.

David De Gea telah diturunkan sebagai penjaga gol utama menggantikan Dean Henderson, adakah penjaga gol Sepanyol itu kembali mendapat tempat sebagai penjaga gol utama?

Minit ke-13 Edison Cavani meminta penalti selepas mendakwa beliau telah dipeluk oleh pemain Fulham namun permintaan itu tidak dilayan.

Berpunca dari sepakan gol David De Gea, Bruno Fernandes telah melakukan filck bijak mencari Edison Cavani yang dengan genius telah menjaringkan satu gol yang lawa amat.

Melihat penjaga gol Fulham, Alphonse Areola keluar dari gawang, Edison Cavani terus melakukkan percubaan dari tengah padang.

Lemas dan tiada apa yang mampu dilakukan Alphonse Areola selain melihat bola itu cantik menerjah gawang dan jika dilihat dari ulang tayang seperti Bruno Fernandes langsung tidak menyentuh bola.

Tetapi bijak sungguh tindakan Bruno Fernandes yang mengelirukan pemain Fulham.

Selepas gol yang padu daripada Cavani dan disebut-sebut mampu menjadi gol terbaik musim ini di Premier League tiada yang istimewa daripada Manchester United.

Banyak peluang gagal disudahkan dan Setan Merah sangat tidak klinikal dihadapan gol lawan. Selepas Scott McTominay keluar digantikan Marcus Rashfod, Setan Merah semakin barai

Marcus Rashford terus kelaut dengan gelecekan demi gelecekan dan hanya mahu menghantar bola kepada rakan apabila sudah terdesak. Kalau boleh tiang gol pun nak gelecek.

Mason Greenwood tampak tidak meyakinkan dalam perlawanan ini seakan sudah terpengaruh dengan Rashford. Fred jangan cakap la dia bukan kelaut tapi terus ke bulan.

Kesenduan semua ini akhirnya membolehkan Fulham bangkit dan menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-76 hasil jaringan Joe Bryan.

Ketiadaan Harry Maguire sangat dirasai Setan Merah dan jelas kelihatan bahagian pertahanan hancur lebur dengan Axel Tuanzebe dan Victor Lindelof ke laut perginya.

Harry Maguire sebelum ini dikatakan tidak layak menjadi kapten dan Bruno Fernandes insan terpaling sesuai menggalas tugas itu.

Dalam perlawanan Bruno Fernandes menjadi kapten namun gagal teruk ditambah dengan sifat diva yang semakin jelas kelihatan, nak marah je keje walaupun silap sendiri.

Keputusan perlawanan ini tidak membawa sebarang makne kepada Manchester United dan Fulham namun jika aksi seperti ini terus di pamerkan maka gelaran juara Europa League akan menjadi milik Unai Emery.

Manchester United: David De Gea, Aaron Wan-Bissaka, Axel Tuanzebe, Victor Nilsson Lindelof, Luke Shaw, Fred, Scott McTominay, Paul Pogba, Bruno Fernandes, Mason Greenwood, Edinson Cavani

Subs: Henderson, Bailly, Mata, Rashford, Diallo, Telles, Matic, Williams, Van de Beek

Fulham: Alphonse Areola, Joe Bryan, Tim Ream, Tosin Adarabioyo, Andre-Frank Zambo Anguissa, Harrison Reed, Ademola Lookman, Fabio Carvalho, Mario Lemina, Bobby Reid, Ivan Cavaleiro

Subs: Rodak, Tete, Hector, Odoi, Andersen, Loftus-Cheek, Onomah, Maja, Aina

BACA:  Pemain Takut Sertai Manchester United Kerana Ia Langkah Ke Belakang Untuk Karier?