Premier League 2020/21: Manchester United 1-6 Tottenham Hotspur

Tottenham Hotspur terus garang walaupun dihimpit dengan masalah jadual perlawanan yang sangat padat apabila terpaksa mengarungi 4 perlawanan dalam tempoh 8 hari.

Dua tiga hari lalu, Spurs baru sahaja membelasah kelab Israel, Maccabi Haifa dalam pusingan kelayakan Europa League dan Spurs berjaya tembus ke peringkat kumpulan.

Entah apa yang telah dilakukan oleh Spurs yang semakin nampak yakin dan dengan keyakinan itu telah menghasilkan prestasi yang mengagumkan di padang bola sepak.

Mungkin Mourinho menghantar pemainnya ke kelas motivasi sifu-sifu yang bertebaran di muka buku.

Kejutan terbesar terjadi dalam perlawanan minggu ke-4 Premier League apabila Manchester United telah dibelasah teruk oleh Spurs di gelanggang keramat mereka, Old Trafford.

Bukan satu, bukan dua, bukan tiga, bukan empat, bukan lima tetapi 6 gol telah dijaringkan oleh Spurs dalam aksi kebangkitan penuh sensasi dan padu.

Manchester United memulakan perlawanan dengan terus pacak tegak kelangit apabila mendahului seawal minit kedua perlawanan melalui sepakan penalti Bruno Fernandes.

Terlalu awal Setan Merah mendahului dan mendapat sokongan penalti, dalam 30 saat permainan penalti diberikan selepas Anthony Martial dijatuhakan namun gol itu tidak bertahan lama apabila Spurs pantas bangkit.

Pada minit ke-4 Tanguy Ndombele telah mengimbangi keputusan perlawanan dan pada minit ke-7 Spurs telah mendahului perlawanan memberi sentakan kepada permulaan baik Setan Merah.

Sangat menarik gol penyamaan Tanguy Ndombele ini kerana hadir tanpa ancaman merbahaya dan terhasil kerana tindakan Harry Maguire menarik Luke Shaw yang mehu mengeluarkan bola.

Tandukan ke belakang yang lemah dari Maguire tidak sampai kepada David De Gea dan terus dikejar pemain Spurs namun Luke Shaw berjaya melindungi bola dengan baik.

Ketika Luke Shaw mahu mengeluarkan bola entah kenapa Maguire telah menarik dan menjatuhkan Shaw, mudah buat Tanguy Ndomebele menjaringkan gol.

Hanya lima minit diperlukan Spurs untuk bangkit dan mendahului 2-1 hasil jaringan Son Heung-Min yang deras mebuat larian melihat hantaran cantik Harry Kane.

Malang bertimpa buat Setan Merah apabila Anthony Martial dilayangkan kad merah kerana membuat tamparan tanpa perasaan ke muka Erik Lamela selepas mudah diprovoke.

Padah menimpa apabila cuba memulakan dari bawah dengan hantaran pendek berjaya dihidu Kane dengan satu pintasan dengan serta merta penuh Spurs di gawang United.

Son Heung-Min menghantar bola kembali kepada Harry Kane untuk gol ketiga sebelum Son teruk menjarakkan kelebihan gol kepada 4-1 tamat separuh masa pertama.

Serge Aurier telah menghantar bola kepada Son melalui celahan kaki Maguire sebelum penyudah Son pula melepasi kangkang De Gea. Penembusan ganda dua.

Enam minit perlawanan kembali bersambung, Serge Aurier mencetak nama selaku penjaring dengan satu rembatan yang mudah menewaskan De Gea buat kali kelima.

Kesilapan Paul Pogba melakukan satu terjahan dengan menggunakan badan mengundang penalti yang juga mudah disempurnakan oleh Harry Kane.

Segalanya mudah buat Spurs Yang bangkit dari ketinggalan satu gol dan membalas dengan enam gol.

Kebocoran teruk bahagian pertahanan Manchester United bukan benda baru dan berlakuk sejak musim lalu namun tidak dihukum sekeras ini.

Musim lalu walaupun terlalu mudah dibocori tetapi hanya 30 lebih sahaja bolos dicatatkan sepanjang musim di Premier League dan tiada tanda pemain pertahanan baru akan dibawa masuk.

Manchester United sibuk mendapatkan pemain dibahagian yang tidak kritikal dan pemain pertahanan baru masih bermain tarik tali.

Manchester United: De Gea; Wan-Bissaka, Bailly, Maguire, Shaw, Pogba, Matic, Greenwood, Fernandes, Rashford, Martial.

Subs: Lindelöf, Mata, Lingard, Fred, Henderson, Can de Beek, McTominay

Tottenham: Lloris; Aurier, Sanchez, Dier, Reguilon, Sissoko, Hojbjerg, Ndombele, Lamela, Kane, Son.

Subs: Doherty, Alderweireld, Winks, Hart, Alli, Lucas Moura, Davies.

BACA:  [VIDEO]: Gol Arif Aiman Menentang Selangor Persis Jaringan Willian Untuk Chelsea Benam Man City