Manchester United turun untuk perlawanan Premier League yang ke-25 bagi musim 2020/21 dan kemenangan dicari bagi kembali ke tempat kedudukan selepas Leicester City berjaya menewaskan Aston Villa.
Newcastle United yang tiga mata dari zon penyingkiran sudah berkunjung ke Old Trafford yang pasti dalam misi mengutip tiga mata berharga bagi meneruskan kelangsungan hidup di Premier League untuk semusim lagi.
Anthony Martial yang merupakan pemain kesayangan dan dekat dihati peminat Manchester United menerajui bahagian serangan Setan Merah dengan wajah tanpa perasaan seperti biasa.
1 – Newcastle have won just one of their last 35 away league games against Manchester United (D9 L25), with that lone victory coming back in December 2013. Dreams. pic.twitter.com/rsFa9Yoe8A
— OptaJoe (@OptaJoe) February 21, 2021
Permainan terbuka dipamerkan oleh kedua-dua pasukan dan secara majoritinya penguasaan bola jelas menjadi milik anak buah Ole Gunnar Solskjaer.
Pada minit ke-30 akhirnya Marcus Rashford berjaya memecahkan kebuntuan dengan satu jaringan hasil gerakan solo yang disusuli rembatan padu.
Rashford secara solo memotong daro kiri padang masuk ke kotak tanpa memberi signal dan mencilok pemain Newcastle United dan berjaya menewaskan Karl Darlow di sudut sempit.
40 – Marcus Rashford's opener was his 40th goal in all competitions since the beginning of last season, with only Raheem Sterling (44), Harry Kane (45) and Mohamed Salah (47) managing more amongst all Premier League players. Consistency. pic.twitter.com/wq1tsUX1ws
— OptaJoe (@OptaJoe) February 21, 2021
Untuk rekod, Harry Maguire mencetak nama selaku pencipta bantuan gol.
Newcastle United mula memberi reaksi balas dengan jaringan itu, Allan Saint-Maximin membuat satu rembatan padu dari luar kotak penalti namun berjaya ditepis David De Gea.
Berpunca dari sepakan penjuru ini, Allan Saint-Maximin akhirnya berjaya menyamakan kedudukan dengan satu half-volley dan kali ini De Gea terciduk.
Walaupun penguasaan bola jelas menjadi milik Manchester United namun dari segi percubaan tepat menyaksikan Newcastle United lebih tajam dan separuh masa pertama tamat dengan kedudukan 1-1.
Man Utd 1-1 Newcastle HT:
Shots: 5-6
Shots on target: 2-4
Passing accuracy: 88%-72%
Possession: 73%-27% https://t.co/eGh7zI1pa2— Squawka Football (@Squawka) February 21, 2021
Usai permainan bersambung, Newcastle terus mempamerkan kegarangan mereka dan nama Allan Saint-Maximin kerap dijerit oleh pengulas untuk tempoh 10 minit pertama.
Selepas sendu seketika, Setan Merah mula menyerang dan Namenja Matic secara membabi buta masuk ke kotak penalti dan menolak kepada Bruno Fernandes.
Bola kemudian sampai ke kaki Daniel James yang langsung tidak dikawal lalu melepaskan rembatan untuk menewaskan Karl Darlow buat kali kedua dan Setan Merah kembali mendahului.
5 – Dan James has scored five goals in 13 games for Manchester United this season, one more than he managed in 46 games across all competitions last season. Contribution.
— OptaJoe (@OptaJoe) February 21, 2021
Anthony Martial kemudian memperoleh peluang dari sudut yang sama seperti jaringan James namun jaringannya berjaya dihadang Karl Darlow.
Setan Merah tidak menoleh lagi selepas kembali mendahului dan melancarkan serangan bertali arus dari segenap ruang yang ada.
Pada minit ke-75, pakar sepakan penalti, Bruno Fernandes menjaringkan gol ketiga dan sudah pasti dari sepakan penalti. Dah lama tak tengok. Rindu pulak rasa di hati.
7 – Bruno Fernandes has scored and assisted in a league game for the seventh time this season; the most of any player across the top five European leagues in 2020-21. Multifaceted. https://t.co/5dwaatjzGk
— OptaJoe (@OptaJoe) February 21, 2021
Penalti berpunca daripada Marcus Rashford yang dijatuhkan dan tanpa rasa was-was dan merujuk kepada VAR penalti terus diberikan.
Dua tandukan dari dua sepakan penjuru berturut-turut berjaya disundul Harry Maguire, satu ditepis Karl Darlow dan satu lagi sedikit tersasar.Gawang dan Maguire ternyata tiada jodoh.
Pemain muda berusia 17 tahun, Shola Shoretire diberikan peluang oleh Ole Gunnar Solskjaer untuk masuk beraksi menggantikan Marcus Rashford ketika permainan berbaki dua minit.
Manchester United: de Gea, Wan Bissaka, Lindelof, Maguire, Shaw, Fred, Matic, James, Bruno Fernandes, Rashford, Martial.
Subs: Bailly, Mata, Greenwood, Diallo, Henderson, Alex Telles, Williams, Tuanzebe, Shoretire.
Newcastle: Darlow, Krafth, Lascelles, Clark, Lewis, Willock, Hayden, Shelvey, Almiron, Joelinton, Saint-Maximin.
Subs: Dubravka, Dummett, Carroll, Ritchie, Gayle, Hendrick, Fraser, Murphy, Sean Longstaff.
Referee: Paul Tierney (Lancashire)