Premier League 2020/21: Newcastle United 1- 4 Manchester United

Manchester United perlu mencari tonik dan formula yang segar juga wajib dirumuskan oleh Ole Gunnar Solskjaer yang kedudukannya selaku pengurus dilihat semakin terancam selepas prestasi yang tidak menentu.

Rehat cuti perlawanan antarabangsa harus digunakan sebaiknya untuk merubah nasib si Setan Merah yang bertemu Newcastle United usai Premier League kembali bersambung.

Harry Maguire terus dirundung kecaman selepas dilayangkan kad merah ketika beraksi bersama England yang menyaksikan skuad Tiga Singa tewas kepada Denmark.

Pelbagai spekulasi terus dilemparkan kepada Maguire dan ada yang mahu Maguire direhatkan oleh Ole Gunnar Solskjaer. Adakah ini satu pembunuhan karakter dilansungkan kepada Maguire?

Manchester United tidak bermula baik dalam perlawanan ini apabila ketinggalan seawal minit kedua kepada Newcastle United.

Lebih malang apabila gol tersebut merupakan jaringan sendiri Luke Shaw dan ini menjadi cabaran dan ujian yang hebat buat Setan Merah.

Hantaran silang daripada Emil Krafth telah terbias kaki Luke Shaw dan bola deras menerjah gawang membuatkan David De Gea tidak mampu berbuat apa-apa.

Pada minit kedua puluh jaringan penyamaan Bruno Fernandes hasil permainan satu-dua yang menarik dengan Juan Mata tidak disahkan oleh pengadil perlawanan.

Gol itu dibatalkan kerana Juan Mata terlebih dahulu offside semasa membina serangan.

Dua minit selepas kejadian itu Kapten Marvel dan Avengers, Harry Maguire telah menjaringkan gol penyamaan yang sah melalui satu sundulan berpunca dari sepakan penjuru.

Ternyata sundulan tajam sang kapten Marvel telah menyuntik semangat kebangkitan pemain Manchester United secara perlahan-lahan.

Separuh masa kedua seperti biasa Video Assistant Referee(VAR) tidak salah membuat keputusan untuk menghadiahkan sepakan penalti selepas Marcus Rashford dikasari.

Seperti biasa Bruno Fernandes tampil mengambil tanggungjawab tetapi kali ini gagal apabila tenang ditepis Karl Darlow dan sepakan dilakukan tidak seperti biasa.

Ketika perlawanan seakan berakhir dengan keputusan seri, Bruno Fernandes telah menjaringkan satu gol cantik dari sudut sukar hasil tolakan bijak Rashford. Dah macam Henry.

Pada minit ke-90 Aaron Wan-Bissaka mendonia dengan jaringan ketika selepas menerima hantaran Rashford. Satu rembatan tanpa otak dilepaskan Bissaka menggegar jaring.

Bosan asyik menghasilkan bantuan gol, Rashford turut mencetak nama selaku penjaring untuk gol ke-4 dan mengimbau kenangan kepada Fergie Time.

Satu kebangkitan yang sensasi daripada Manchester United yang diinspirasikan oleh Harry Maguire dan membuatkan ramai haters kecewa teruk.

Perlawanan ini merupakan kebangkitan ke-10 Manchester United keatas Newcastle United di Premier League.

Ole time ke Fergie time?

Newcastle United: Darlow, Krafth, Fernandez, Lascelles, Lewis, Hayden, Shelvey, Hendrick, Saint-Maximin, Joelinton, Wilson

Subs: Gillespie, Schar, Manquillo, Murphy, Almiron, Fraser, Carroll

Manchester United: De Gea, Wan-Bissaka, Lindelof, Maguire, Shaw, Fred, McTominay, Mata, Fernandes, James, Rashford.

Subs: Henderson, Bailly, Telles, Matic, Pogba, Van de Beek, Ighalo

BACA:  Senarai Pemain Yang Bakal Sertai Newcastle