Liverpool bertandang ke Bramall Lane untuk menamatkan rentetan 4 kekalahan berturut-turut dan memadamkan kemarau kemenangan menentang Sheffield United yang tenang berada ditangga terbawah.
Hanya kemenangan akan memastikan peluang Liverpool untuk terus memburu tempat empat teratas dan memastikan slot ke Champion League musim hadapan tidak tercicir.
Dengan prestasi tidak konsisten seperti Manchester City dipamerkan pasukan diatas maka peluang untuk Liverpool mengejar sehingga ke tangga kedua masih terhidang.
6 – Liverpool have lost six of their last nine Premier League games (W2 D1), as many as they had in their previous 100 in the competition (W75 D19). Adversity. pic.twitter.com/KGHRiUwToj
— OptaJoe (@OptaJoe) February 28, 2021
Adrian menggalas tugas menjaga gawang Liverpool tanpa kehadiran Alisson Becker yang kehilangan bapanya beberapa hari yang lalu.
Dalam perlawanan ini juga menyaksikan bahagian pertahanan diisi oleh pemain pertahanan yang sebenar Nathaniel Phillips dan tiada lagi bidan terjun.
Tempoh 45 minit pertama jelas terpampang bahawa penjaga gol Sheffield United, Aaron Ramsdale merupakan musuh dan penghalang utama buat Liverpool.
5 – Aaron Ramsdale made five saves in the first half against Liverpool – the most he's ever made in the first half of a Premier League game. Impenetrable. pic.twitter.com/O6iuHN0xPk
— OptaJoe (@OptaJoe) February 28, 2021
Ketangkasan dan aksi luar biasa Aaron Ramsdale telah menafikan peluang Liverpool untuk mendahului dengan tiga atau empat jaringan.
Aksi terlalu OP(Over power) Aaron Ramsdale akhirnya telah ditamatkan oleh jaringan Curtis Jones tiga minit selepas babak kedua bermula.
Usaha keras Trent Alexander-Arnold yang membuat hantaran ketika bola berada di atas garisan disudahkan Jones dengan satu stroke yang padu.
20 – Aged 20 years and 29 days, Curtis Jones is the youngest Liverpool player to score away from Anfield in the Premier League since Raheem Sterling against Burnley in December 2014 (20y 18d). Breakthrough. pic.twitter.com/T7AvxhaJPZ
— OptaJoe (@OptaJoe) February 28, 2021
Gelekan dan gelecekan yang sangat licik daripada Roberto Firmino ketika dikepung empat pemain Sheffield United membuatkan hasil.
Remabatan Firmino yang terkena kaki Kean Bryan telah menewaskan Aaron Ramsdale buat kali kedua.
Jaringan itu tidak dikreditkan kepada Firmino dan diberikan kepada Kean Bryan sebagai jaringan ke gawang sendiri.
7,000 – Liverpool’s second goal was their 7,000th in the English top-flight, becoming only the second team to reach that tally, after Everton (7,108 goals). Milestone. pic.twitter.com/8r1a2CDJVY
— OptaJoe (@OptaJoe) February 28, 2021
Selepas kalah 5 kali dalam 7 perlawanan kemenangan akhirnya kembali mesra dengan Liverpool dan selepas 7 perlawanan tanpa clean sheet Adrian berjaya bermain tanpa bolos.
Kini Liverpool kembali ke pangkal jalan selepas 4 perlawanan berturut-turut sesat di pangkal rahim.
Sheff Utd: Ramsdale, Ampadu, Jagielka, Bryan, Baldock, Norwood, Lundstram, Fleck, Stevens, McBurnie, McGoldrick.
Subs: Sharp, Mousset, Lowe, Burke, Foderingham, Osborn, Brewster, Ndiaye, Maguire.
Liverpool: Adrián, Alexander-Arnold, Phillips, Kabak, Robertson, Jones, Wijnaldum, Thiago, Salah, Firmino, Mané.
Subs: Milner, Keita, Oxlade-Chamberlain, Shaqiri, Origi, Rhys Williams, Neco Williams, Ojrzynski, Hughes.
Referee: Jonathan Moss (County Durham)