Premier League 2020/21: Southampton 1-0 Liverpool

Pasukan paling hebat di muka bumi ketika ini tanpa dakwa-dakwi lagi, Liverpool power yang merupakan pasukan yang sentiasa gayat walaupun seri, seri dan seri turun untuk perlawanan pertama untuk tahun 2021.

Southampton atau lebih dikenali sebagai Liverpool B menjadi lawan pertama kepada Liverpool A untuk tahun baru ini dengan menyambut kedatangan Liverpool di Stadium Saint Mary.

Hanya dua minit diperlukan oleh southampton untuk berada di depan melalui satu peluang yang berpunca daripada sepakan percuma yang menjadi satu-satunya percubaan tepat mereka di separuh masa pertama.

Pakar sepakan percuma Premier League masakini James Ward-Prowse telah berjaya menghantar bola kepada Danny Ings yang berjaya lolos.

Bekas pemain Liverpool itu terus melambungkan bola ke penjuru gawang dengan penuh kebijaksanaan yang tidak terjangkau dek Allison Becker untuk gol pertama.

Serba salah Ings samada mahu meraikan atau tidak jaringan tersebut. Jelas beliau menahan kegembiraan dihati.

Seperti biasa Liverpool terus menguasai pegangan bola dengan 63 peratus namun penyudah sangat mencemburui Liverpool.

Pada penghujung babak pertama hantaran Danny Ings berjaya menemui Nathan Tella yang seterusnya melakukan satu larian dolo membelah pertahanan Liverpool dari tepi.

Namun sayang, percubaan Nathan Tella tidak cukup lencong bola tersasar dari gawang untuk kedudukan terus kekal untuk Southampton mendahului satu gol.

Bala apa yang menimpa Liverpool apa gagal untuk mendaftarkan sebarang percubaan tepat dalam tempoh 45 minit pertama.

Liverpool bermula memulakan separuh masa kedua dengan penuh penuh bernafsu untuk mencari gol penyamaan seperti pemangsa mencari mangsa.

Rembatan Giorginio Wijnaldum jelas telah dihadang dengan tangan oleh pemain Southampton namun tiada sepakan penalti diberikan. Kesian.

Selepas 15 minit Southampton masih utuh bertahan dengan menafikan segala percubaan Liverpool dengan permainan penuh berdisiplin.

Ketika perlawanan berbaki 10 minit tiada gol hadir dari Liverpool dan mujur juga tiada gol tambahan dari Southampton.

Pada minit ke-83, Yan Valery yang masuk menggantikan Theo Walcott seminit sebelum itu telah menerima hantaran lolos dari Jack Stephens.

Aliison Becker laju menerpa tanpa otak dan nasib baik percubaan yang dilakukan Yan Valery sangat lemah dan berjaya diselamat ketika hampir saja bola melewati gawang.

Gol yang dicari Liverpool tidak jua kunjung tiba dan wisel dipenuhi air liur ditiup Andre Marriner menandakan perlawanan telah tamat.

Entah apa alasan yang akan keluar dari penyokong Liverpool dengan kekalahan ini dan insiden handball sudah pasti menjadi bahan utama.

Hanya satu sahaja percubaan tepat yang dilakukan oleh Liverpool dalam perlawanan ini dan pada kebiasaannya hanya sekali setahun sahaja Liverpool berperangai begini.

Sang juara yang terOP dalam sejarah bola sepak mengalami kekalahan kedua musim ini dan gagal mencatatkan kemenangan dalam tiga perlawanan terakhir.

Walaupun tewas Liverpool masih lagi gayat di puncak liga. Padu kan?

Southampton: Forster, Walker-Peters, Bednarek, Stephens, Bertrand, Djenepo, Ward-Prowse, Diallo, Armstrong, Ings, Walcott.

Subs: Long, Valery, Smallbone, Tella, Vokins, Ramsay, N’Lundulu, Lewis, Chauke.

Liverpool: Alisson, Alexander-Arnold, Henderson, Fabinho, Robertson, Wijnaldum, Oxlade-Chamberlain, Thiago, Salah, Firmino, Mane.

Subs: Milner, Jones, Minamino, Shaqiri, Origi, Rhys Williams, Phillips, Kelleher, Neco Williams.

Pengadil: Andre Marriner.

BACA:  Liverpool Digesa Supaya Lupakan Niat Untuk Dapatkan Vida