Premier League 2020/21: Tottenham Hotspur 1-3 Manchester United

Manchester United turun untuk perlawanan ke-31 Premir League minggu ini berdepan dengan mimpi ngeri musim ini, Tottenham Hotspur yang membelasah Setan Merah 6-1 pada musim lalu.

Kemenangan akan mengukuhkan kedudukan Manchester United ditangga kedua selepas Jesse Lingard telah membantu menewaskan Leicester City dalam perlawanan yang berlangsung lebih awal.

Selepas kekalahan Manchester City kepada Leeds ada yang memasang kembali impian Setan Merah bergelar dengan menggunakan buah kalau.

Kalau Manchester City kalah semua baki perlawanan dan Manchester United menang semua maka gelaran juara dalam tangan. Secara matematik peluang masih ada, tapi…. kakakaaka.

Permainan yang agak lain macam ditunjukkan oleh Manchester United dalam perlawanan ini di mana Edison Cavani diturunkan sebagai penyerang dan disuap dengan secukupnya.

Tidak seperti selalu dalam perlawanan ini banyak bola dihantar ke dalam kotak penalti apabila kewujudan Cavani ada disitu.

Selepas setengah jam perlawanan berlangsung, Akhirnya Manchester United memecah kebuntuan melalui jaringan Edison Cavani pada minit ke-34 dengan penyudah yang tenang.

Hantaran Paul Pogba itu merupakan satu hantaran yang sudah lama menjadi idaman Edison Cavani yang amat jarang untuk mendapat suapan sebegitu.

Kontroversi tercetus apabila jaringan Cavani dibatalkan.

Hasil penelitian daripada Video Assistant Referee(VAR) jelas mendapati Scott McTominay telah melakukan satu kemungkaran terlebih awal.

Penampar Scott McTominay ke muka Son Heung Min ketika gerakan direncana nyata sangat berbisa dan telah menjadi punca gol Edison Cavani telah dibatalkan.

Son Heung Min yang berasal dari Asia di mana rotan dan penampar siro itu menjadi salah satu didikan untuk membentuk keperibadian supaya menjadi manusia di masa depan.

Tujuh minit kemudian Son Heung Min yang tersedar dan insaf meletakkan Tottenham Hotspur di depan dengan merembat masuk hantaran Lucas Mooura.

Manchester United tidak panik apatah lagi Ole Gunnar Solskjaer yang mampu tersenyum walaupun tewas dengan mencipta kebangkitan pada separuh masa kedua.

Pada minit ke-57 pemain yang selalu membuat hantaran kelaut dan posisi juga ke bulan, Fred menjaringkan gol dengan menyambar bola muntah rembatan Cavani di depan gol Spurs.

Manchester United terus menekan Spurs untuk mencari lebih lagi gol dan ini boleh dikatakan antara permainan terbaik Manchester United musim ini.

Mason Greenwood masuk pada minit ke-72 menggantikan Marcus Rashford yang agak tenggelam dan hanya memerlukan tujuh minit untuk menyuap bola kepada Tuan Guru Edison Cavani.

Hantaran lintang daripada Greenwood telah disambut oleh Tuan Guru Cavani dengan satu sundulan terbang yang penuh bergaya dan beraras tinggi.

Mason Greenwood melengkapkan kebangkitan Manchester United dengan gol lewat permainan dengan satu rembatan kaki kanan yang sangat la padu.

Sebenarnya mana satu kaki paling power Mason Greendwood ni? Sangat padu impak Greenwood yang masuk dari bangku simpanan dan menjadi nadi kebangkitan Setan Merah.

Potensi dan kepoweran Edison Cavani digunakan sepenuhnya dalam perlawanan ini tidak seperti perlawanan lain yang sekadar menjadi tunggul kayu.

Ada 4 atau 5 hantaran ke kotak penalti mencari Cavani dan dua menjelma menjadi gol dan satu daripadanya dibatalkan.

Tottenham Hotspur: Hugo Lloris, Serge Aurier, Eric Dier, Joe Rodon, Sergio Reguilon, Tanguy Ndombele, Pierre-Emile Hoejbjerg, Giovani Lo Celso, Lucas Moura, Heung-Min Son, Harry Kane

Subs: Joe Hart, Toby Alderweireld, Japhet Tanganga, Harry Winks, Erik Lamela, Moussa Sissoko, Dele Alli, Gareth Bale, Vinicius

Manchester United: Dean Henderson, Luke Shaw, Harry Maguire, Harry Maguire, Aaron Wan-Bissaka, Fred, Scott McTominay, Paul Pogba, Bruno Fernandes, Marcus Rashford, Edinson Cavani.

Subs: David De Gea, Alex Telles, Brandon Williams, Axel Tuanzebe, Juan Mata, Nemanja Matic, Donny van de Beek, Mason Greenwood, Amad Dialo

Manchester United 1-6 Tottenham Hotspur

Tottenham Hotspur terus garang walaupun dihimpit dengan masalah jadual perlawanan yang sangat padat apabila terpaksa mengarungi 4 perlawanan dalam tempoh 8 hari.

Dua tiga hari lalu, Spurs baru sahaja membelasah kelab Israel, Maccabi Haifa dalam pusingan kelayakan Europa League dan Spurs berjaya tembus ke peringkat kumpulan.

Entah apa yang telah dilakukan oleh Spurs yang semakin nampak yakin dan dengan keyakinan itu telah menghasilkan prestasi yang mengagumkan di padang bola sepak.

Mungkin Mourinho menghantar pemainnya ke kelas motivasi sifu-sifu yang bertebaran di muka buku.

Kejutan terbesar terjadi dalam perlawanan minggu ke-4 Premier League apabila Manchester United telah dibelasah teruk oleh Spurs di gelanggang keramat mereka, Old Trafford.

Bukan satu, bukan dua, bukan tiga, bukan empat, bukan lima tetapi 6 gol telah dijaringkan oleh Spurs dalam aksi kebangkitan penuh sensasi dan padu.

Manchester United memulakan perlawanan dengan terus pacak tegak kelangit apabila mendahului seawal minit kedua perlawanan melalui sepakan penalti Bruno Fernandes.

Terlalu awal Setan Merah mendahului dan mendapat sokongan penalti, dalam 30 saat permainan penalti diberikan selepas Anthony Martial dijatuhakan namun gol itu tidak bertahan lama apabila Spurs pantas bangkit.

Pada minit ke-4 Tanguy Ndombele telah mengimbangi keputusan perlawanan dan pada minit ke-7 Spurs telah mendahului perlawanan memberi sentakan kepada permulaan baik Setan Merah.

Sangat menarik gol penyamaan Tanguy Ndombele ini kerana hadir tanpa ancaman merbahaya dan terhasil kerana tindakan Harry Maguire menarik Luke Shaw yang mehu mengeluarkan bola.

Tandukan ke belakang yang lemah dari Maguire tidak sampai kepada David De Gea dan terus dikejar pemain Spurs namun Luke Shaw berjaya melindungi bola dengan baik.

Ketika Luke Shaw mahu mengeluarkan bola entah kenapa Maguire telah menarik dan menjatuhkan Shaw, mudah buat Tanguy Ndomebele menjaringkan gol.

Hanya lima minit diperlukan Spurs untuk bangkit dan mendahului 2-1 hasil jaringan Son Heung-Min yang deras mebuat larian melihat hantaran cantik Harry Kane.

Malang bertimpa buat Setan Merah apabila Anthony Martial dilayangkan kad merah kerana membuat tamparan tanpa perasaan ke muka Erik Lamela selepas mudah diprovoke.

Padah menimpa apabila cuba memulakan dari bawah dengan hantaran pendek berjaya dihidu Kane dengan satu pintasan dengan serta merta penuh Spurs di gawang United.

Son Heung-Min menghantar bola kembali kepada Harry Kane untuk gol ketiga sebelum Son teruk menjarakkan kelebihan gol kepada 4-1 tamat separuh masa pertama.

Serge Aurier telah menghantar bola kepada Son melalui celahan kaki Maguire sebelum penyudah Son pula melepasi kangkang De Gea. Penembusan ganda dua.

Enam minit perlawanan kembali bersambung, Serge Aurier mencetak nama selaku penjaring dengan satu rembatan yang mudah menewaskan De Gea buat kali kelima.

Kesilapan Paul Pogba melakukan satu terjahan dengan menggunakan badan mengundang penalti yang juga mudah disempurnakan oleh Harry Kane.

Segalanya mudah buat Spurs Yang bangkit dari ketinggalan satu gol dan membalas dengan enam gol.

Kebocoran teruk bahagian pertahanan Manchester United bukan benda baru dan berlakuk sejak musim lalu namun tidak dihukum sekeras ini.

Musim lalu walaupun terlalu mudah dibocori tetapi hanya 30 lebih sahaja bolos dicatatkan sepanjang musim di Premier League dan tiada tanda pemain pertahanan baru akan dibawa masuk.

Manchester United sibuk mendapatkan pemain dibahagian yang tidak kritikal dan pemain pertahanan baru masih bermain tarik tali.

Manchester United: De Gea; Wan-Bissaka, Bailly, Maguire, Shaw, Pogba, Matic, Greenwood, Fernandes, Rashford, Martial.

Subs: Lindelöf, Mata, Lingard, Fred, Henderson, Can de Beek, McTominay

Tottenham: Lloris; Aurier, Sanchez, Dier, Reguilon, Sissoko, Hojbjerg, Ndombele, Lamela, Kane, Son.

Subs: Doherty, Alderweireld, Winks, Hart, Alli, Lucas Moura, Davies.

BACA:  Solskjaer: United Tidak Boleh Jadi Macam Liverpool, Bertahun-tahun Tak Menang Liga