Premier League 2020/21: Tottenham Hotspur 2-0 Arsenal

Tottenham Hotspur mudah menewaskan Arsenal dengan penuh bersahaja dalam perseteruan North London derby yang sudah pasti menemukan dua pasukan daripada Utara London.

Son Heung-Min membuka tirai jaringan perlawanan melalui satu serangan balas pantas pantas pada minit ke-13 selepas serangan Arsenal mudah dipatahkan.

Hantaran Arsenal ditanduk keluar dan ditanduk lagi sehingga bola sampai ke kaki Harry Kane yang terus menghantar ke Son yang sudah sedia untuk memecut.

Son membawa bola secara solo sebelum melepaskan satu rembatan lencong sangat cantik dari luar kotak penalti menewaskan Bernd Leno diulit intan.

Sebelum tamat separuh Son Heung Min pula mencipta peluang dan menyuap untuk Harry Kane pula mencetak nama selaku penjaring.

Gandingan Son-Kane memang tak boleh bawak bincang.

Entah apa yang tidak kena dengan Arsenal dalam perlawanan ini walaupun menguasai perlawanan tiada apa lagi yang mampu mereka lakukan.

Arsenal telah melakukan 32 percubaan melalui hantaran silang dan menjadi hantaran silang terbanyak pernah mereka lakukan sejak Februari 2016 menentang Leicester(36).

Mikel Arteta menjadi pengurus kedua Arsenal yang tewas dalam dua perlawanan pertama mereka dalam North London derby selepas Bertie Mee berkelakuan sedemikian rupa pada 1966/57.

Kekalahan Arsenal yang lemah dan lembik ini membuatkan penyokong Arsenal memaki hamun pasukan sendiri.

Tottenham Hostspur (a deliberately inflexible 4-3-3): Lloris; Aurier, Alderweireld, Dier, Reguilon; Sissoko, Hojbjerg, Lo Celso; Bergwijn, Kane Son.

Subs: Hart, Rodon, Davies, Winks, Moura, Bale, Vinicius.

Arsenal (a what can you do 4-3-3): Leno; Bellerin, Holding, Gabriel, Tierney; Xhaka, Partey, Saka; Willian, Lacazette, Aubameyang.

Subs: Runarsson, Mustafi, Elneny, Maitland-Niles, Ceballos, Willock, Nketiah.

Pengadil: Martin Atkinson (Drighlington)

BACA:  Wenger: Aubameyang Ke Arsenal Tidak Akan Berlaku