Premier League 2020/21: Tottenham Hotspur 2-1 Brighton & Hove Albion

Jika di Serie A Cristiano Ronaldo dan Zlatan Ibrahimovic mencuri tumpuan dan mendapat lampu tinggi dari peminat bola sepak dunia apabila kembali menggegar jaring selepas selesai proses kuarantin.

Di Premier League, Gareth Bale pula diberikan lampu tinggi yang terang menyuluh bulan apabila menjaringkan gol kemenangan Tottenham Hotspur yang menewaskan Brighton & Hove Albion 2-1.

Selepas 7 tahun dan 166 hari, Gareth Bale telah menjaringkan gol pertama untuk Spurs dan kali terakhir menjaringkan gol ketika penampilan perpisahan menentang Sunderland pada Mei 2013.

Gareth Bale masuka pada minit ke-70 ketika kedudukan terikat 1-1 menggantikan Erik Lamela dan hanya 200 saat diperlukan Bale untuk memberi Spurs 3 mata berharga.

Hantaran silang cantik Sergio Reguilon telah disudahkan Gareth Bale dengan satu sundulan bebas ketika tidak dicabar pemain Brighton & Hove Albion.

Harry Kane terlebih dahulu meletakkan Spurs dihadapan pada minit ke-13 melalui satu sepakan penalti selepas beliau dijatuhkan oleh Adam Lallana.

Harry Kane terus membuktikan bahawa beliau merupakan nadi pasukan Spurs apabila telah terlibat dalam 14 gol yang terhasil untuk Spurs.

Selepas hanya 7 perlawanan Premier League Harry Kane telah menjaringkan 6 gol dan mencipta 8 assist yang terbanyak dalam lima liga teratas Eropah.

Pemain kecik molek yang menjadi perhatian kelab besar, Tariq Lamptey menyamakan kedudukan dan itu merupakan gol pertama Lamptey diperingkat senior.

Tottenham Hotspur: Lloris, Doherty, Alderweireld, Dier, Reguilon, Sissoko, Hojbjerg, Lamela, Ndombele, Son, Kane.

Subs: Winks, Bale, Hart, Rodon, Lo Celso, Lucas Moura, Davies.

Brighton: Sanchez, Webster, Veltman, Burn, Lamptey, White, Bissouma, March, Gross, Lallana, Trossard.

Subs: Ryan, Mac Allister, Alzate, Welbeck, Propper, Zeqiri, Bernardo.

BACA:  Premier League 2021/22: Liverpool 1-0 West Ham United