Premier League 2020/21: Tottenham Hotspur 4-1 Crystal Palace

Sejak lewat malam semalam membawa ke pagi, aksi bola sepak Inggeris yang penuh kejutan mewarnai dunia peminat bola sepak dan perlawanan Madrid Derby juga berlangsung.

Kekalahan Liverpool kepada Fulham menjadi pembuka selera buat semua sebelum masuk ke hidangan utama, Manchester Derby yang sentiasa berlangsung dengan penuh kebosanan.

Kejutan terjadi, Manchester yang merah berjaya mengejutkan Manchester biru muda mengecewakan peminat Liverpool yang berharap Manchester United tewas.

Perlawanan antara Tottenham Hospur menentang Crystal Palace boleh dianggap sebagai pencuci mulut dengan kemenangan 4 gol berbalas satu.

Perlawanan ini dihidangkan dengan Dua gol dari Gareth Bale dan Dua gol dari Harry Kane dengan dua assist di mana gol ketiga Harry Kane menjadi calon gol tercantik musim ini.

Gareth Bale menjaringkan gol pembukaan pada minit ke-25 selepas menolak mudah umpanan Harry Kane namun Cristian Benteke berjaya menyamakan kedudukan sebelum tamat separuh masa pertama.

Bersambung babak kedua pada minit ke-49 Gareth Bale kembali meletakkan Spurs dihadapan dengan menyambung tandukan Harry Kane dengan satu sundulan.

Tiga minit kemudian, Harry Kane terus menjarakkan kedudukan dengan gol ketiga yang merupakan gol yang sangat genius dan menjadi calon gol terbaik musim ini.

Ketika perlawanan berbaki 15 minit satu lagi penyudah cantik dari Kane sebelum menerima hantaran Son Heung-Min yang jelas tidak tamak dan tidak mahu mencuba sendiri.

Disyaki offside, VAR mula menjalankan tugasnya namun selepas peneletian dilakukan tiada kecurangan dan gol itu sah tarafnya.

Kane dan Son kini telah melakukan 14 asssit sesama mereka untuk 14 gol di Premier League memecahkan rekod sepanjang zaman yang dipegang Alan Shearer dan Chris Sutton.

Tiga mata yang dikutip ini melonjakkan Spurs ke tangga ke-6 liga melonjak dua anak tangga dan menendang penyandang juara, Liverpool ke tangga ke-8.

Kemenangan Spurs ini juga menjadi tamparan ketiga berturut-turut dalam tempoh satu pagi buat penyokong Liverpool yang semestinya tidak mahu Spurs mencatatkan kemenangan.

Tamparan pertama: Nak Liverpool menang tapi kalah.
Tamparan kedua: Nak Manchester United kalah tapi menang.
Tamparan ketiga: Nak Spurs kalah tapi menang.

Tottenham Hotspur (4-2-3-1) Lloris; Doherty, Sanchez, Alderweireld, Reguilon; Winks, Hojbjerg; Bale, Lucas Moura, Son; Kane.

Substitutes: Hart, Davies, Lamela, Dier, Sissoko, Alli, Ndombele, Bergwijn, Vinicius.

Crystal Palace (4-4-2) Guaita; Ward, Kouyate, Cahill, van Aanholt; Townsend, Riedewald, Milivojevic, Eze; Ayew, Benteke.

Substitutes: Butland, Dann, Kelly, Hannam, Schlupp, Zaha, Mateta, Wickham, Batshuayi.

Referee Stuart Attwell.

Baca Juga

Baca Juga