Premier League 2020/21: West Bromwich Albion 0-1 Tottenham Hotspur

Jaringan lewat akhir permainan daripada penyerang sensasi yang sentiasa tajam Harry Kane sudah cukup untuk membawa Tottenham Hotspur ke puncak liga buat pertama kali sejak Ogos 2014.

Ketika perlawanan seperti hampir pasti dengan keputusan seri tanpa jaringan ekoran prestasi cemerlang Hugo Lloris dan kegagalan Spurs menyempurnakan peluang Harry Kane datang memberi jawapan.

Jaringan kemenangan ini merupakan gol ke-150 Harry Kane di Premier League dan memberi tiga mata berharga buat Spurs merasai nikmat gayat selepas 6 tahun.

Hanya sedikit kealpaan dan kurang konsentrasi daripada West Bromwich telah dihukum oleh Harry Kane yang berjaya lepas dari kawalan untuk menaduk masuk hantaran Matt Doherty.

Mungkin Spurs tidak akan kekal lama di di puncak kerana Leicester dan Liverpool akan turun beraksi selepas ini.

West Brom (3-5-2) Johnstone; Bartley, O’Shea, Ajayi; Furlong, Gallagher Livermore, Krovinovic, Townsend; Grant, Robinson.

Substitutes: Button, Gibbs, Peltier, Phillips, Diangana, Sawyers, Edwards.

Tottenham Hotspur (4-2-3-1) Lloris; Doherty, Alderweireld, Dier, Reguilon; Sissoko, Hojbjerg; Bale, Ndombele, Son; Kane.

Substitutes: Hart, Rodon, Aurier, Davies, Lo Celso, Lucas Moura, Vinicius.

BACA:  Premier League 2021/22: Liverpool 1-1 Chelsea