Premier League 2020/21: West Bromwich Albion 3-3 Chelsea

Chelsea terus bergelut dengan kemasukan pemain bintang baru yang ternama apabila hampir saja diaibkan oleh West Bromwich Albion namun berjaya bangkit selepas ketinggalan tiga gol.

Pemain baru yang dibawa masuk Frank Lampard nyata masa memerlukan masa dan ruang untuk menyesuaikan diri dengan Premier League yang penuh kejutan terutamanya di jentera pertahanan.

Callum Robinson mudah meletakkan West Bromwich Albion ketika perlawanan belum pun memasuki minit ke-4 perlawanan melalui satu rembatan leret kerana kesilapan Marcos Alonso.

Kesilapan budak sekolah pula dilakukan oleh Thiago Silva yang gagal menahan dengan kemas hantaran biasa-biasa saja kelajuan bola telah dihukum Callum Robinson dengan jaringan kedua.

Seperti lipas kudung Callum Robinson merampas dan melarikan bola untuk sekali lagi menewaskan Wilfredo Caballero yang tidak berambut untuk mengusap kepala.

Selepas 27 minit permainan, West Bromwich Albion mendahulu Chelsea dengan tiga gol. Kali ini menerusi percubaan jarak dekat tidak seberapa Kyle Bartley yang berpunca dari sepakan penjuru.

Kemasukan Callum Hudson-Odoi pada awal separuh masa kedua menggantikan Mateo Kovacic nyata membuahkan hasil dan memberi inspirasi untuk mempamerkan aksi kebangkitan.

Mason Mount memulakan langkah kebangkitan dengan gol pertama Chelsea untuk mengurangkan defisit dengan satu rembatan mengelirukan yang sungguh cantik pergerakan beliau.

Permainan satu dua Callum Hudson-Odoi dan Kai Havertz begitu indah dan hasilnya adalah gol kedua buat Chelsea.

Ketika kemenangan hampir kepada West Bromwich Albion, Tammy Abraham muncul wira Chelsea dengan gol penyamaan dengan satu tolakan mudah dalam situasi kelam kabut depan gol.

Satu keputusan yang baik buat Frank Lampard yang berjaya keluar dari kekalahan selepas jauh ketinggalan dan nyata bahagian pertahanan Chelsea sangat kritikal musim ini.

West Brom (3-4-2-1) Johnstone; Ajayi, Bartley, O’Shea; Furlong, Livermore, Sawyers, Townsend; Pereira, Diangana; Robinson.

Substitutes: Button, Kipre, Phillips, Harper, Field, Robson-Kanu, Edwards.

Chelsea (4-2-3-1) Caballero; James, Christensen, Silva, Alonso; Kante, Kovacic; Mount, Havertz, Werner; Abraham.

Substitutes: Kepa, Tomori, Azpilicueta, Jorginho, Barkley, Giroud, Hudson-Odoi.

BACA:  Kelab-Kelab EPL Goyang Saingan Liga Bakal Tergendala Sekali Lagi