Premier League 2020/21: West Ham United 1-3 Manchester United King of Comeback

Pasukan paling agung dalam peradaban bola sepak dunia, Manchester United kembali beraksi di kancah domestik selepas mencatatkan keputusan yang mengecewakan di saingan Eropah.

Ole Gunnar Solskjaer merehatkan pemain utama mereka, Bruno Fernandes dan Marcus Rashford dalam perlawanan menentang West Ham United ini.

London Stadium menjadi saksi bersejarah apabila buat pertama kali perlawanan ini telah dihadiri oleh penonton West Ham United sejak bulan Mac yang lalu.

Garis panduan daripada England telah membenarkan seramai 2,000 penonton sahaja hadir ke stadium dan tidak boleh bawa bincang lagi. 2,000 sahaja.

Percaturan Ole Gunnar Solskjaer nyata tidak menjadi apabila Manchester United bermain tanpa pedoman dan kehilangan arah seperti GPS tidak dapat digunakan keranatelefon pintar kehabisan bateri.

West Ham United ternyata lebih menonjol dengan mencipta peluang demi peluang dan akhirnya berjaya berada dihadapan pada minit ke-38 melalui Tomas Soucek.

Deretan peluang dibazirkan West Ham United serta ada yang dinafikan tiang malah paling sendu apabila Sebastien Haller tergelecoh ketika gawang sudah terbuka.

Entah macam mana Sebastien Haller boleh terjatuh dalam situasi itu.

Separuh masa pertama menyaksikan pertahanan Manchester United bocor dengan sangat teruk dan melakukan kesilapan demi kesilapan dan mujur hanya bolos satu gol.

Ole Gunnar Solskjaer terus melakukan pertukar memasukkan Bruno Fernandes dan Marcus Rashford mengeluarkan Donny Van de Beek dan Edison Cavani untuk kembali mendapat pedoman.

Kestabilan mula kembali menjelma untuk Setan Merah dan selepas Anthony Martial yang tidak berguna satu sen dikeluarkan maka bermulalah aksi kebangkitan United.

Pada minit ke-65 Dean Henderson telah melakukan satu clearance terus ke atas dan bola berjaya menemui Bruno Fernandes dan membuat satu potongan ke dalam.

Bruno Fernandes telah membuat satu hantaran mudah kepada Paul Pogba yang datang membuat larian lalu melepaskan satu rembatan sangat padu.

Worldie gol daripada Pogba menyaksikan bola melencong deras menerjah jaring.

Mason Greenwood meletakkan dengan satu rembatan deras yang menggegarkan jiwa penyokong Liverpool selepas mengawal kemas hantaran Alex Telles.

Rashford akhirnya berjaya mencetak nama selaku penjaring selepas percubaan awalnya telah dinafikan tiang gol yang utuh berdiri.

Bertukar 360 darjah permainan Manchester United selepas kemasukan Bruno Fernandes dan sekali lagi mencipta kebangkitan sensasi. Ke sebab Martial keluar.

Hanya 45 minit sahaja diperlukan oleh Bruno Fernandes untuk menghasilkan 8 peluang untuk Setan Merah ketika menentang West Ham Unied.

Ini merupakan peluang terbanyak dicipta oleh seorang pemain untuk tempoh maksimum 45 minit sejak Jason Koumas melakukannya pada 2008 ketika menentang Sunderland.

Dengan kemenangan ini telah mengesahkan Manchester United sebagai King of Comeback yang sejati memotong Spurs yang memegang takhta itu selama ini.

Untuk rekod King of comeback atau mata yang dimenangi selepas ketinggalan di Premier league selama ini dipegang oleh Spurs.

1. Manchester United – 385 mata
2. Tottenham Hotspurs – 383 mata
3. Arsenal – 356 mata
4. Liverpool – 336 mata
5. Chelsea – 332 mata

Liverpool kalau penyokong mereka sembang mereka King of comeback tu buat-buat percaya jela, apa kau nak harap dengan penyokong Liverpool?

West Ham United: Fabianski, Balbuena, Ogbonna, Cresswell, Coufal, Rice, Soucek, Masuaku, Bowen, Fornals, Haller.

Subs: Benrahma, Lanzini, Snodgrass, Noble, Diop, Johnson, Randolph.

Manchester United: Henderson, Wan-Bissaka, Lindelof, Maguire, Telles, McTominay, Pogba, Greenwood, van de Beek, Martial, Cavani.

Subs: Mata, Rashford, Grant, Fernandes, Matic, Williams, Tuanzebe.

Pengadil: Andre Marriner (West Midlands).

BACA:  Bintang Manchester United Bengang Urusan Perpindahan Beliau Dihalang Pihak Kelab