Perlawanan agak epik dan paling dramatik dalam aksi kebangkitan yang agak aneh dari Arsenal selepas ketinggalan tiga gol kepada West Ham United hanya dalam tempoh 32 minit permainan berlangsung.
Minggu tidak banyak perlawanan Premier League yang berlangsung kerana memberi laluan kepada suku akhir saingan FA Cup dan pasukan yang beraksi di liga sudah terang telah tamat kempen mereka lebih awal.
Jika dilihat kepada senarai penjaring, 5 gol telah dijaringkan oleh pemain West Ham United dan hanya satu dijaringkan pemain Arsenal.
Jesse Lingard just loves playing against Arsenal 🕺 pic.twitter.com/zss9RsMrt9
— B/R Football (@brfootball) March 21, 2021
Entah apa masalah Jesse Lingard dengan Arsenal kerana pemain ini sangat gemar menjaringkan gol ketika menentang Arsenal.
Namun hanya 3 sahaja menjadi milik anak buah David Moyes dan 2 menjadi milik Arsenal kerana itu jaringan sendiri. Kelakar bukan?
Gol pertama West Ham United pada minit ke-15 adalah hasil air kaki Jesse Lingard yang tenang menyudahkan suapan daripada Michail Antonio yang disudahkan dengan slice shot yang meroket.
5 – Jesse Lingard has scored his fifth goal against Arsenal in all competitions, the most he has netted against any opponent in his professional career. Fantastic. pic.twitter.com/N9GyD6gMaL
— OptaJoe (@OptaJoe) March 21, 2021
Kini Jesse Lingard kelihatan semakin ceria dan gembira menjadi pemain bola sepak semulas sejak keluar dari Manchester United sebagai pemain pinjaman.
Dua minit kemudian Jesse Lingard datang lagi, kali ini sebagai pencipta peluang gol kepada Jarrod Brown untuk West Ham United menggandakan kedudukan.
Gol ini berpunca daripada sepakan percuma pantas lagi genius dari Lingard yang datang melenggang ke arah bola dan menolak kepada Jarrod Brown.
15': West Ham 1-0 Arsenal
17': West Ham 2-0 ArsenalJesse Lingard scores the first and assists the second. pic.twitter.com/XSFI1m0WFl
— Squawka News (@SquawkaNews) March 21, 2021
Minit ke-32 menyaksikan Tomas Soucek terus menjarakkan kedudukan dengan gol ketiga berpunca dari assist kedua Michail Antonio.
Enam minit kemudian mungkin kesian dengan prestasi yang dipamerkan Arsenal, Tomas Soucek menjaringkan gol sendiri dan memulakan kebangkitan Arsenal.
Namun jelas kelihatan bola dirembat terus oleh Alexandre Lacazette mungkin sedikit terbaik nama Soucek diberikan sebagai penjaring.
1998 – Tomas Soucek is the first player to score both a goal and an own goal in the same home Premier League game for West Ham since Frank Lampard v Leicester at Upton Park in November 1998. Box-to-box. pic.twitter.com/OiMfRC90Kf
— OptaJoe (@OptaJoe) March 21, 2021
Kedudukan 3-1 kekal hingga tamat separuh masa pertama
Melihat seperti Arsenal tidak mampu bangkit lagi, Craig Dawson dengan bekengnya meletakkan bola ke gawang sendiri pada minit ke-61.
Pada minit ke-82 Alexandre Lacazette menjaringkan gol penyamaan dan kali ini jaringan diberikan ke atas nama Lacazette dengan satu sundulan tajam.
Jesse Lingard since joining West Ham on loan:
🏟️ 7 appearances
⚽ 5 goals
🤝 3 assists#MUFC pic.twitter.com/JPZK7Kc1we— Man United News (@ManUtdMEN) March 21, 2021
Dan selepas 6 gol terhasil itulah gol terakhir dalam perlawanan ini dan perlawanan berakhir dengan keputusan seri 3-3.
Jesse Lingard telah membuat 7 penampilan bersama West Ham United dan telah menjaringkan 5 gol serta 3 assist. Tajam.
West Ham United naik ke tangga kelima dan Arsenal pula melonjak ke tangga ke-10 setelah masing-masing menambah satu mata dan mungkin akan berubah selepas pertemuan Aston Villa vs Spurs.
West Ham: Fabianski, Cresswell, Coufal, Diop, Dawson, Rice, Soucek, Bowen, Lingard, Benrahma, Antonio.
Subs: Martin, Trott, Balbuena, Lanzini, Ibsen, Noble, Fredericks, Johnson, Odubeko.
Arsenal: Leno, Tierney, Mari, Chambers, Luiz, Partey, Xhaka, Saka, Odegaard, Aubameyang, Lacazette.
Subs: Ryan, Gabriel, Holding, Ceballos, Cedric, Pepe, Elneny, Smith Rowe, Martinelli.