Premier League 2020/21: Wolverhampton Wanderers 1-3 Manchester City

Manchester City akhirnya turun dalam perlawanan pertama mereka di musim baharu Premier League 2020/21 dan tidak berdepan masalah untuk mencatatkan kemenangan ke atas Wolverhampton Wanderers.

Kevin De Bryune membuka tirai jaringan melalui satu sepakan penalti pada minit ke-20 permainan selepas beliau telah dijatuhkan oleh pemain pertahanan Woves, Romain Saiss.

Phil Foden raka seperjuangan Mason Greenwood yang kantoi membawa perempuan ke hotel ketika bersama pasukan England menggandakan kedudukan 12 minit kemudian.

Pada minit ke-78 Raul Jimenez merapatkan kedudukan kepada 2-1 selepas menyundul masuk hantaran tepat ke kepala Daniel Podence menewaskan Ederson.

Daniel Podence melakukan satu gerakan sangat menarik sebelum membuat hantaran dengan menutmeg Kevin De Brune untuk melepasi pemain tersebut.

Gabriel Jesus mematikan semangat kebangkitan Wolves untuk seri apabila menjaringkan gol ketiga pada penghujung perlawanan.

Satu rembatan cantik Jesus yang sedikit terbias kaki pemain Wolves.

Pemain yang baru diikat Manchester City Nathan Ake bermula dari kesebelasan utama dan Ferran Torres masuk lewat permainan menggantikan Raheem Sterling.

Wolves XI: Rui Patrício, Boly, Coady (C), Saïss, Traoré, Rúben Neves, João Moutinho, Marçal, Podence, Jiménez, Neto

Subs: Dendoncker, Ruddy, Rúben Vinagre, Fabio Silva, Vitinha, Buur, Kilman

Man City XI: Ederson, Walker, Stones, Ake, Mendy, Rodrigo, Fernandinho (C), De Bruyne, Foden, Sterling, Jesus

Subs: Steffen, Torres, Mahrez, Otamendi, Delap, Doyle, Bernabe

BACA:  Premier League 2021/22: Crystal Palace 1-3 Liverpool