Premier League 2021/22: Arsenal 0-2 Liverpool

Dikehangatan perlawanan Champions League turut berlangsung dalam masa yang sama perlawanan Premier League menemukan pasukan paling hebat di muka bumi, Liverpool dan Arsenal yang lemah dan lembik.

Liverpool dan Arsenal sudah pasti mempunyai misi yang sama iaitu untuk mencari tiga mata namun dengan tujuan berbeza, Liverpool mahu bergelar juara dan Arsenal mahu memastikan berada dalam slot Champions League.

Pemain yang menjadi bahan media minggu ini yang menimbulkan pelbagai reaksi di kalangan penyokong Liverpool berkenaan kontrak baru yang tidak mencapai kata sepakat Mohamed Salah tidak diturunkan.

Pemain pertahanan terbaik dunia, Virgil Van Dijk mencuba kehandalan Aaron Ramsdale pada minit kedua dengan satu sundulan tajam dan memaksa penjaga gol Arsenal itu melayangkan badan.

Gabriel Martinelli yang sudah lama memikat hati Jurgen Klopp lincah di bahagian kiri dan beberapa kali berjaya lolos namun gagal untuk menghasilkan gol.

Kedua-dua pasukan tampak bergelut untuk memecahkan kubu pertahanan antara satu-sama lain menyaksikan bola banyak berlegar di bahagian tengah.

Nak tengok taktikal battle ok la kot tapi dengan permainan bermula jam 4:15 pagi agak perit untuk mata menikmati.

Selepas setengah jam perlawanan dari segi statistik Arsenal lebih mengancam dengan tiga percubaan dengan satu percubaan tepat berbanding Liverpool yang hanya melakukan satu percubaan tepat.

Bukayo Saka kelihatan kurang fokus dan agak kubang permainannya mungkin terlalu cuak untuk perlawanan besar.

Pada penghujung separuh masa pertama, hantaran lolos jauh lagi panjang melalui jalan udara dari Trent Alexander Arnold berjaya mencari Sadio Mane yang melakukan larian cantik.

Sentuhan pertama Sadio Mane hampir sempurna dan ketika mahu melepaskan rembatan Gabriel datang menekan dan cukup untuk membuatkan percubaan Mane melepasi palang.

Sadio Mane akhirnya memecahkan kebuntuan di awal babak kedua apabila menyempurnakan hantaran sedap dari Jordan Henderson, malangnya Mane berada dalam kedudukan offside dan gol dibatalkan.

Gabriel Martinelli terus menghadirkan ancaman dengan kepantasan kakinya menggelecek dari sebelah kiri mudah melepasi Alexander Arnold dengan begitu saja.

Jordan Henderson dan Luis Diaz datang mengepung sekali lagi Martinelli mudah lolos dengan permainan di atas garisan gol tapi sayang hantarannya berjaya dikeluarkan.

Kedunguan Thiago Alcantara melakukan hantaran kebelakang mencari Alisson Becker tanpa menyedari kehadiran Alexander Lacazette hampir mengundang padah.

Mujur Alisson Becker tangkas untuk menepis keluar rembatan Martin Oedegaard yang menerima hantaran Lacazette. Kalau tidak satu aksi kelakar terjadi.

Dalam sekelip mata Thiago Alcantara menutup kebodohan awal dengan satu hantaran penuh genius mencari Diogo Jota untuk meletakkan Liverpool dihadapan.

Hantaran genius disusuli penyudah yang sempurna.

Sejurus selepas jaringan tersebut, Diogo Jota dan Luis Diaz dikeluarkan dan Mohamed Salah serta Firmino masuk untuk menambah sengat Liverpool.

Hanya 6 minit sahaja diperlukan Roberto Firmino untuk menampakkan satu pertukaran genius telah dilakukan oleh Jurgen Klopp dengan gol kedua.

Cutback dari Firmino disusuli dengan rembatan dari Salah berjaya dikeluarkan namun bola datang kembali dan Andrew Robertson menghantar kembali bola ke kotak penalti.

Satu penyudah bersahaja dari Firmino yang dilayangkan kad kuning apabila meraikan gol secara berlebihan dengan peminat membuatkan pengadil berbulu.

Gabriel Martinelli hampir mencetak nama selaku penjaring gol saguhati tetapi rembatan sipi lalu dibahagian luar tiang gol.

Kedudukan 2-0 kekal hingga tamat perlawanan dan Liverpool kini hanya satu mata sahaja dibelakang pendahulu Liga Manchester City.

@footballxfc_ Arsenal vs Liverpool #arsenal #liverpool #arsenalliverpool #pl #fyp #foryoupage ♬ Right Foot Creep – YoungBoy Never Broke Again

Kesebelasan Utama Arsenal : Ramsdale, Cedric, White, Gabriel, Tierney, Partey, Xhaka, Saka, Odegaard, Martinelli, Lacazette.

Pemain simpanan : Leno, Smith Rowe, Holding, Pepe, Tavares, Sambi Lokonga, Elneny, Nketiah, Swanson.

Kesebelasan Utama Liverpool : Alisson, Alexander-Arnold, Matip, van Dijk, Robertson, Henderson, Fabinho, Thiago, Diaz, Jota, Mane.

Pemain simpanan : Konate, Keita, Firmino, Salah, Gomez, Oxlade-Chamberlain, Jones, Minamino, Kelleher.

Referee Perlawanan : Andre Marriner (West Midlands).

Baca Juga

Baca Juga