Premier League 2021/22: Chelsea 1-1 Manchester United

Manchester United terus mencari calon pengurus interim mereka dan Ralf Rangnick yang mendapat jolokan The Godfather of German Football dan bapa gegenpressing sudah bersetuju untuk menyertai Setan Merah.

Nama Ralf Rangnick yang berbakti bersama Lokomotiv Moscow sebagai Pengarah Sukan dan Pembangunan kini menjadi sebutan dan kehebatan serta falsafah bola beliau menjadi igauan ramai.

Berita mengenai cara permainan yang bakal diterapkan Ralf Rangnick rancak dibicarakan dan pemain yang bakal dibeli juga antara topik hangat untuk dibualkan.

Ralf Rangnick hanya akan menjadi pengurus interim selama 6 bulan sehingga penghujung musim dan akan dilantik menjadi perunding kelab selama dua tahun selepas itu.

Itulah yang telah dilaporkan media dan setakat ini sebelum perlawanan menentang Chelsea belum ada sebarang kenyataan rasmi dari Man Utd mengesahkan Rangnick akan menjadi pengurus interim.

Kejutan telah dilakukan Michael Carrick sejam sebelum perlawanan apabila barisan kesebelasan utama yang dikeluarkan untuk menentang Chelsea sangat mengejutkan.

Cristiano Ronaldo diletakkan dibangku simpanan bersama Phil Jones yang lama menghilang, tujuh pemain mentaliti bertahan diturunkan dengan tiga penyerang sahaja.

Scott McTominay, Nemanja Matic dan Fred membentuk triple pivot? Hanya Bruno Fernandes, Jadon Sancho dan Marcus Rashford berada di depan.

Perlawanan ini nyata menjadi milik Chelsea sepenuhnya dari awal permainan lagi lantaran Manchester United turun hanya untuk bermain bertahan gila-gila.

Hakim Ziyech terlebih dahulu mencuba dengan satu rembatan yang terbias sedikit kaki Victor Lindelof namun berjaya didakap kemas David De Gea.

Callum Hudson Odoi pula datang selepas Aaron Wan Bissaka terlepas bola dan Victor Lindelof mudah diperdaya dan sekali lagi De Gea menjadi penghalang.

Mujurlah Callum Hudson Odoi tidak menghantar bola kepada Timo Werner yang bebas tidak dikawal. Hantar pun tak gol kan?

Kesian Eduoard Mendy apabila wajahnya sangat jarang muncul dalam siaran langsung ini dan hanya muncul ketika hantaran kebelakang dilakukan itu pun sangat jarang.

Chelsea berterusan menekan dan menekan dan Manchester United agak bacul untuk cuba menyerang, bawa bola ke final third dan hilang begitu saja.

Selepas 20 minit barulah bola percubaan Manchester United masuk dalam kotak Chlesea itupun dari percubaan jarak jauh mengarut Bruno Fernandes.

Peluang terbaik Chelsea hadir pada minit ke-30 melalui Antonio Rudiger dengan satu percubaan jauh yang terkena palang.

Callum Hudson Odoi datang mencuba lagi, lemah sangat rembatannya, mudah untuk De Gea. Perlawanan yang agak hambar ini berakhir tanpa sebarang jaringan untuk tempoh 45 minit pertama.

First touch yang menakutkan dari Jorginho mengundang padah apabila clearance Bruno Fernandes dari kawasan sendiri gagal ditahan dengan kemas.

Jadon Sancho segera mengambil peluang merampas bola dan melakukan satu larian deras dengan Marcus Rashford datang menyokong disebelah kiri.

Jorginho pemain terakhir dibelakang dan menyebabkan Eduoard Mendy berdepan dengan situasi dua lawan satu, mudah buat Sanco meletakkan Setan Merah di depan.

Pada minit ke-64, Jadon Sancho telah dikeluarkan dan Cristiano Siu Ronaldo dimasukkan. Tak pasti samada perlukan yang tepat atau tidak.

Anthony Taylor telah menghadiahkan penalti kepada Chelsea selepas Aaaron Wan Bissaka telah merembat dan menyapu kaki Thiago Silva ketika mahu melakukan clearance.

Video Assistant Referee (VAR) mengesahkan itu adalah penalti. Jorginho mengambil tanggungjawab membuat sepakan untuk menebus kesilapan silam.

Mudah buat buat Jorginho Jorginho meletakkan bola ke gawang dengan menghantar De Gea ke arah yang salah.

Jesse Lingard dimasukkan menggantikan Marcus Rashford dan permainan berterusan bosan dengan Chelsea menguasai perlawanan.

Manchester United terus berkampung dikawasan sendiri dan Chelsea terus buta kayu.

Berbaki tiga minit permainan Donny Van De Beek dimasukkan menggantikan Bruno Fernandes. Kemudian McTominay mengalami kecederaan terkena rembatan di muka.

Fred mempamerkan aksi luar biasa dengan satu percubaan yang sangat padu membuatkan rakan sepasukan tercengang termasuklah pemain Chelsea.

Permainan diteruskan dengan masa kecederaan 5 minit diberikan Antonio Rudiger memperoleh peluang terbaik namun percubaannya jauh dari palang.

Keputusan berakhirnya dengan keputusan seri menyaksikan Chelsea selaku pendahulu liga kehilangan mata berharga kepada pasukan yang sepatutnya menjadi lubuk mata

Timo Werner merupakan pemain paling banyak melakukan percubaan dengan lima rembatan namun tidak mampu diterjemah dengan jaringan. Kaki bangku.

Chelsea (3-4-2-1) Mendy; Chalobah, Thiago, Rudiger; James, Loftus-Cheek, Jorginho, Alonso; Ziyech, Hudson-Odoi; Werner.

Pemain Simpanan: Arrizabalaga, Christensen, Lukaku, Azpilicueta, Barkley, Mount, Saul, Pulisic, Havertz.

Man Utd (possible 4-3-3) de Gea; Wan-Bissaka, Bailly, Lindelof, Telles; McTominay, Matic, Fred; Sancho, Fernandes, Rashford.

Pemain Simpanan: Henderson, Jones, Dalot, Mata, Lingard, van de Beek, Ronaldo, Martial, Greenwood.

Pengadil perlawanan: Anthony Taylor.

BACA:  Hazard: Jika Diberi Pilihan, Saya Mahu Kembali Bekerjasama Dengan Mourinho