Premier League 2021/22: Everton 1-0 Manchester United

Manchester United berkunjung ke Goodison Park untuk beraksi bertemu Everton dalam aksi saingan Premier League.

Skuad kendalian Ralf Rangnick itu sangat terdesak memburu tiga mata penuh dalam perlawanan ini agar harapan untuk mereka mengakhiri saingan liga di kelompok empat teratas terus hidup.

Minggu lalu, Manchester United sekadar mampu mencatatkan keputusan seri 1-1 bertemu Leicester City dan jelas sekali skuad setan merah tidak mahu keciciran mata lagi.

Everton sementara itu lebih terdesak memburu tiga mata penuh dalam usaha mereka untuk mengelak dari berada di zon penyingkiran.

Skuad kendalian Frank Lampard itu sebelum ini berdepan dengan empat kekalahan dari lima perlawanan terakhir dalam saingan Premier League.

Everton pada ketika ini hanya satu mata sahaja dipisahkan dari zon penyingkiran dan mereka jelas sekali wajib mencatat kemenangan andai mahu mengelak terjerumus ke zon penyingkiran.

Lima minit pertama permainan sepertinya didominasi sepenuhnya oleh Everton dengan pasukan tuan rumah lebih kerap melancarkan serangan ke kubu lawan.

Pada minit ke-8, Marcus Rashford berpeluang untuk meletakkan United di hadapan, namun rembatan super padu beliau berjaya diselamatkan oleh Jordan Pickford.

Beberapa minit selepas itu, Rashford sekali lagi disajikan dengan kesempatan emas untuk meledak gol, namun tandukan beliau kali ini sekali lagi dinafikan oleh Pickford.

20 minit permainan berlangsung, perlawanan nampak mulai seimbang dengan kedua-dua pasukan dilihat saling berbalas serangan.

30 minit permainan berlangsung United mula sedikit dominan namun sayangnya tiada tambahan jaringan yang berjaya dihasilkan.

Tamat aksi babak pertama, keputusan 1-0 kekal dengan Man Utd dilihat benar-benar bersungguh mahu mencari gol penyamaan, namun malangnya barisan pertahanan Everton beraksi dengan sangat cemerlang.

Everton bermula dengan sangat garang sebaik aksi babak kedua permainan dimulakan dengan mereka terus melancarkan serangan merbahaya ke kubu pasukan pelawat.

55 minit permainan berlangsung, United dilihat hilang arah dengan segala perancangan mereka nampak serba tak menjadi.

Everton sesekali turut cemerlang melancarkan serangan merbahaya namun mereka gagal untuk memperoleh tambahan jaringan.

65 minit permainan berlangsung, Everton dilihat sedikit dominan dengan United terlalu mudah hilang bola dan kerap melakukan kesilapan mudah.

75 minit permainan berlangsung, masih tiada tambahan jaringan yang berjaya dihasilkan dengan jentera serangan setan merah mati kutu memikirkan cara terbaik untuk memperoleh gol penyamaan.

Masa sebenar permainan sudah tamat namun pengadil perlawanan memberikan lima minit tambahan masa dengan United dilihat mula aggressive.

Wisel penamat dibunyikan, Everton berjaya menewaskan Manchester United seterusnya membawa pulang tiga mata berharga dari perlawanan tersebut.

Ia jelas sekali keputusan yang menyakitkan untuk skuad setan merah, namun mereka harus akur dengan kekalahan bertemu pasukan di kedudukan keempat tercorot liga itu.

Harapan Manchester United untuk mengakhiri saingan liga di kelompok empat teratas sepertinya semakin sukar kerana mereka terlalu kerap keciciran mata.

Mereka kini hanya perlu memastikan tiada lagi keputusan seri atau kalah, dalam usaha untuk memastikan mereka setidak-tidaknya akan mampu beraksi di pentas Europa League pada musim hadapan.

Everton (4-2-3-1): Pickford 7; Coleman, 6 Keane 7, Godfrey 7, Mykolenko 7; Allan 7, Delph 7.5 (Doucoure 84); Gordon 8, Iwobi 7.5, Richarlison 7; Calvert-Lewin 6.5 (Gray, 71, 7)

Pemain simpanan: Begovic, Kenny, Holgate, Gomes, Branthwaite, Rondon, Dele

Penjaring: Gordon 27

Kad kuning: Gordon, Pickford

Manchester United (4-2-3-1): De Gea 6; Wan Bissaka 5 Lindelof 4, Maguire 4 Telles 4; Matic 5 (Mata 64, 6), Fred 6 (Pogba 36 4); Sancho 6, Fernandes 7, Rashford 4 (Elanga 64 6); Ronaldo 4

Pemain simpanan: Heaton, Henderson, Jones, Lingard, Dalot, Mejbri

Kad kuning: Pogba, Ronaldo

Pengadil: Jonathan Moss 7

BACA:  Southgate Menegaskan Pemain Man Utd Kecuali Maguire Perlu Berusaha Keras Untuk Ke Piala Dunia