Premier League 2021/22: Leeds United 2-4 Manchester United

Manchester United yang sebelum ini mengalami masalah teruk di bahagian pertahanan semakin berakal bahagian pertahanan mereka dan di tahun 2022 ini bahagian serangan pula tidak berakal.

Perlawanan yang sepatutnya menjadi tiga mata mudah berakhir dengan keputusan seri dan ada juga dengan kekalahan sehingga tersingkir dari saingan Piala FA.

Leeds United bergelut dengan sangat teruk musim ini kerana masalah kecederaan dan kecergasan pemain lalu mmbuatkan mereka tidak mampu mengulangi prestasi cemerlang mereka pada musim lepas.

Pada perlawanan pembukaan musim 2021/22 menyaksikan Setan Merah kemenangan penuh bergaya ke atas Leeds United sebelum terus merosot sehingga membawa kepada pemecatan Ole Gunnar Solskjaer.

Manchester United bermula baik dalam perlawanan ini seperti perlawanan-perlawanan yang lalu, jika bola sepak dimainkan selama 45 minit sahaja pasti Setan Merahlah akan menjadi juara.

Pada minit ke-12 Robin Koch telah mengalami kecederaan teruk selepas berlaga dengan Scot McTominay menyebabkan luka berdarah lecer dan terpaksa dibalut kepalanya.

Selepas 15 minit pelanggaran tersebut Robin Koch tidak mampu meneruskan permainan dan digantikan dengan Junior Firpo pada minit ke-30.

Minit ke-34 menyaksikan satu keajaiban berlaku apabila Manchester United berada dihadapan melalui satu tandukan tajam dari Harry Maguire yang berpunca dari sepakan penjuru Luke Shaw.

Ini merupakan gol dari sepakan penjuru pertama Setan Merah sejak bulan April 2021 yang dijaringkan ketika menentang Burnley. Selepas 138 sepakan penjuru musim ini Maguire telah menghapuskan badi tersebut.

Ekoran kecederaan dialami Robin Koch menyaksikan masa kecederaan separuh masa pertama sebanyak lima minit diberikan oleh pengadil perlawanan.

Minit ke-45+5, Bruno Fernandes telah menggandakan kedudukan dengan satu tandukan penuh bergaya selepas menyundul masuk hantaranlambung penuh bersahaja Jadon Sancho.

Gol ini menjadikan Bruno Fernandes pemain pertama Setan Merah menjaringkan empat gol di liga menentang Leeds United dalam semusim.

Manchester United tidak dapat lagi lari daripada tabiat lama yang tidak keruan serta hilang akal di separuh masa kedua.

Leeds United menyamakan kedudukan dalam tempoh kurang dua minit sahaja.

Rodrigo menjaringkan satu gol yang sangat cantik lagi indah bola telah menuju ke penjuru gawang melepaskan David De Gea, mengingatkan kembali bagaimana Ronaldinho melemaskan David Seaman.

Tidak habis lagi Leeds United meraikan gol pada minit ke-53 itu, Daniel James laju datang dari kiri untuk membuat hantaran yang disudahkan Rapinha pada minit ke-54.

Daniel James sebelum perlawanan menyatakan beliau tidak teragak-agak untuk meraikan jaringan jika beliau menjaringkan gol dan assist dari James sudah cukup untuk diraikan.

Manchester United seakan terkesima dengan dua gol pantas itu dan kembali hilang akal seperti perlawanan yang lalu dan tidak tahu apa perlu dilakukan.

Pada minit ke-67 Ralf Rangnick melakukan satu pertukaran yang agak berani mati mengeluarkan Paul Pogba dan memasukkan Sir Lord Fred. Jesse Lingard dikeluarkan untuk Anthony Elanga.

Terangkat kening penyokong Setan Merah melihat pertukaran ini. Fred membuktikan keputusan Rangnick itu tepat untuk tempoh tiga minit sahaja.

Pada minit ke-70, Fred mengubah keputusan perlawanan dengan kembali meletakkan Setan Merah dihadapan dengan merembat masuk tolakan Jadon Sancho.

Anthony Elanga terus membunuh peralawanan pada minit ke-88 dengan gol keempat selepas melakukan penyudah yang tenang.

Pertukaran Rangnick membuatkan hasil dan dua pemain yang dimasukkan berjaya mengubah perlawanan untuk meraih tiga mata.

Kemenangan ini juga membolehkan Setan Merah menjadi pasukan pertama meraih kemenangan ke-700 di Premier League.

Leeds United : Meslier, Ayling, Koch, Llorente, Struijk, Dallas, Forshaw, Klich, James, Harrison, Rodrigo.

Pemain Simpanan : Klaesson, Firpo, Raphinha, Roberts, Bate, Gelhardt, Cresswell, Shackleton, Kenneh.

Manchester United : De Gea, Wan-Bissaka, Lindelof, Maguire, Shaw, McTominay, Fernandes, Pogba, Lingard, Sancho, Ronaldo.

Pemain Simpanan : Henderson, Mata, Rashford, Fred, Varane, Dalot, Telles, Matic, Elanga.

Baca Juga

Baca Juga