Premier League 2021/22: Liverpool 2-0 Everton

Liverpool melayan kunjungan Everton ke bumi Anfield untuk aksi dalam saingan Premier League malam semalam.

Anak-anak buah Jurgen Klopp itu baru-baru ini kenyang makan kenduri selepas kejayaan mereka membelasah Manchester United 4-0.

Everton sementara itu baru sahaja mencatatkan keputusan seri 1-1 bertemu Leicester City dan menyebabkan mereka semakin menghampiri zon penyingkiran.

Aksi Merseyside derby pada tahun ini sangat menarik untuk disaksikan dek kerana kedua-dua pasukan turun dengan misi wajib menang.

Liverpool terdesak mahukan tiga mata penuh dalam usaha mereka mahu bersaing dengan Manchester City untuk memburu gelaran liga.

Everton sementara itu sangat-sangat memerlukan tiga mata penuh dalam usaha mereka untuk mengelak dari jatuh ke zon penyingkiran.

Nampak kehidupan antara dua darjat?

Sebaik sepak mula perlawanan dimulakan, Liverpool sudah mula melancarkan beberapa siri serangan untuk menguji gawang gol Everton.

Anak-anak buah Frank Lampard itu bermain ultra defensive dengan mereka menggunakan 10 pemain pertahanan ketika Liverpool masuk ke kawasan mereka.

10 minit pertama Liverpool jelas sekali mendominasi sepenuhnya perlawanan dengan mereka tak henti-henti bermain bertukar hantaran dalam usaha mahu mendapatkan ruang untuk menyerang.

The Reds sukar untuk mendapatkan ruang dek kerana Everton bermain terlalu bertahan dan pemain Liverpool perlu lepasi tiga baris barisan pertahanan.

20 minit pertama aksi para pemain Liverpool mula sedikit huru-hara dengan mereka kerap membuat hantaran-hantaran yang merbahaya.

Walau pasukan tuan rumah masih dominan, namun mereka masih gagal untuk melepasi barisan pertahanan Everton yang hari ini dilihat benar-benar tak mahu gawang mereka di bolosi.

Pada minit ke-24 permainan, Anthony Gordon telah dilayangkan kad kuning kerana melakukan aksi dive keterlaluan di dalam kotak penalti Liverpool.

Sebaik melihat aksi lakonan tak berkualiti beliau itu, para pemain kedua-dua pasukan dilihat mula mempamerkan aksi tolak menolak dan hampir bertumbuk.

Liverpool menguasai 89% penguasaan bola sementara Everton hanya memiliki 11% sahaja penguasaan dek kerana mereka terlalu bertahan.

Tak pasti apa yang direncanakan oleh Frank Lampard, kerana Everton dilihat membuang masa sejak dari awal permainan lagi.

Mereka jelas menunjukkan yang keputusan seri sudah cukup untuk aksi bertemu Liverpool hari ini, namun sepertinya mereka terlalu awal mempamerkan aksi buang masa yang menjijikkan.

Pada minit ke-45 permainan, Richarlison dilihat berpura-pura cedera dan menyebabkan para pemain Liverpool tetap meneruskan permainan seperti biasa.

Abdoulaye Doucoure kemudiannya mengeluarkan bola dengan mengasari Fabinho dan sekali lagi pergaduhan tercetus antara pemain kedua-dua pasukan.

Aksi babak pertama berakhir dengan keputusan seri tanpa jaringan dan sepertinya taktikal bertahan gila-gila Everton membuahkan hasil.

Masuk aksi babak kedua Everton masih kekal bermain dengan konsep bertahan, sementara Liverpool pula masih lagi tak henti-henti mencari ruang untuk menyerang.

Ketika pasukan tuan rumah ghairah mahu menyerang, Everton sesekali berjaya melakukan serangan pantas yang turut memberi bahaya ke kubu Liverpool.

Pada minit ke-62 permainan, Liverpool akhirnya berjaya merobek gawang gol Everton untuk mendahului perlawanan dengan keputusan 1-0.

Andy Robertson menanduk masuk bola hantaran silang dari Mohamed Salah untuk menewaskan Jordan Pickford.

Salah membawa bola masuk ke kotak penalti dan menghantar bola ke arah Origi yang kemudiannya menghantar semula bola tersebut kepada bintang Mesir itu.

Mohamed Salah kemudiannya menghantar bola ke tengah dan bola sampai betul-betul ke kepala Robertson yang kemudiannya menanduk masuk bola tersebut menewaskan Pickford.

Ketinggalan satu gol dibelakang, Everton masih lagi memilih untuk tidak menyerang dengan mereka masih lagi mahu bermain ultra defensive.

Apa yang diorang nak cari sebenarnya?

Liverpool masih terlalu dominan dalam perlawanan ini namun malangnya permainan bertahan Everton dalam perlawanan ini menyukarkan mereka untuk memburu tambahan jaringan.

Pada minit ke-85 permainan, pemain yang menganggap Everton sebagai pemuas nafsunya, Divock Origi berjaya untuk meledak gol seterusnya membantu Liverpool mendahului 2-0.

Jordan Henderson menghantar bola masuk ke kotak penalti dengan Luis Diaz kemudiannya menggunakan skill lipat gulung untuk menguji gawang gol Everton.

Bola hasil lipatan kemas Diaz itu itu melambung cantik ke depan gol dengan Origi ketika itu tenang menanduk bola tersebut masuk ke gawang gol pasukan pelawat.

Liverpool kemudiannya masih kekal dominan dengan Everton walau sudah ketinggalan dua gol mereka masih kekalkan corak permainan sama.

Pengadil perlawanan membunyikan wisel penamat menandakan kemenangan berpihak kepada Liverpool.

The Reds kekal satu mata di belakang Manchester City dalam perebutan untuk merebut gelaran Premier League pada musim ini.

Everton sementara itu terpaksa akur berada di zon penyingkiran dengan mereka kini dua mata dibelakang Burnley untuk berada di zon selamat.

Liverpool mencipta rekod dengan menguasai 83% penguasaan bola dalam perlawanan ini dan ia jelas menunjukkan Everton selayaknya berada di mana mereka berada pada ketika ini.

Liverpool: Alisson, Alexander-Arnold, Matip, van Dijk, Robertson, Keita (Origi 60), Fabinho, Thiago, Salah, Mane (Diaz 60), Jota (Henderson 82)

Pemain simpanan: Konate, Milner, Gomez, Jones, Tsimikas, Kelleher

Penjaring: Robertson 62, Origi 85

Kad kuning: Mane, Matip, Alexander-Arnold

Pengurus: Jurgen Klopp

Everton: Pickford, Coleman, Holgate, Keane, Mykolenko, Doucoure, Allan (Alli 73), Iwobi, Gray (Rondon 77), Richarlison, Gordon

Pemain simpanan: Kenny, Delph, Begovic, Lonergan, Branthwaite, El Ghazi, Price

Kad kuning: Gordon, Doucoure, Allan, Alli, Richarlison

Pengurus: Frank Lampard

BACA:  Henderson Nekad Bantu Liverpool Tamatkan Kemarau 29 Tahun Tanpa Kejuaraan Liga